Apakah istilah "Plum blossom" dalam Bahasa Melayu? | Cherry blossom (sakura) dan plum blossom (ume) tergolong dalam famili tumbuhan yang sama. (Dalam kurungan ialah nama pokok dalam bahasa Jepun). Untuk cherry blossom, istilahnya ialah bunga sakura. Oleh itu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu untuk plum blossom ialah bunga ume. | Istilah | 13.02.2018 |
selamat sejahter Saya ingin bertanya, untuk nama jenis-jenis sulaman, perlukah kita tulis dengan huruf besar (nama khas)? Contohnya sulaman Bunga Sakura, sulaman Bunga Carnation, sulaman Bunga Kekwa dan sulaman Bunga Lavendar. Harap maklum. | Nama jenis sulaman ialah kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil seperti sulaman bunga sakura dan sulaman bunga teluki. | Lain-lain | 20.09.2017 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya. Nama-nama jenis sulaman seperti sulaman bunga carnation, bunga sakura, bunga lavender atau bunga kekwa, adakah perlu ditulis dalam huruf besar nama bunga-bunga tersebut? | Huruf kecil | Ejaan | 19.09.2017 |