Sala sejahtera, 1. Cadangan Jadual Kem Motivasi 2. Jadual Cadangan Kem Motivasi 3. Jadual Kem Motivasi Cadangan Yang manakah betul dan tepat ? Terima kasih. | Untuk makluman, yang paling tepat ialah Cadangan Jadual Kem Motivasi | Lain-lain | 29.03.2017 |
sala. minta penjelasan..apakah kata honorifik yang betul bagi gelaran Dato' atau Datuk..? saya keliru sama ada Dato' Joseph Salang Gandum atau Datuk Joseph Salang Gandum? | Untuk makluman tuan, Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, jika gelaran tersebut diperoleh daripada kerajaan Negeri Sarawak, maka gelaran yang betul ialah Datuk. | Lain-lain | 17.05.2013 |
Assamualaikum dalam sala sejahtera. Untuk makluman pihak tuan, pemohonan saya menyertai Dana Penerbitan Buku Sendiri 2014 telah diluluskan sebelum ini dan telah menerima pembayaran awal sebelumnya. Saya telah menghantar manuskrip penuh bertajuk Puteri Intan Di Awan Biru namun sehingga kini belum menerima apa-apa respon dan maklumbalas untuk tindakan saya seterusnya. Terima kasih | Alaikumussalam. tuan boleh menghubungi Bahagian Penyelarasan Penerbitan dan Kawal Selia Penswastaan melalui talian 03-21479492 atau 03-21479493 untuk mendapatkan maklum balas. Terima kasih. | Lain-lain | 05.01.2015 |