Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul ? 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Terima kasih. | Selamat sejahtera. Ayat yang betul ialah: 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Ayat yang salah ialah: 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ.
| Tatabahasa | 07.04.2013 |
"Ini buku aku" Ayat ini betul atau salah? Kalau salah apa sebabnya? Terimakasih. | Ayat yang betul ialah ini buku saya atau ini bukuku. Penggunaan aku dalam ayat ini merupakan penggunaan bahasa yang kasar dan tidak rasmi. | Tatabahasa | 27.09.2008 |
Salam. Perkataan umi (drpd bhs. arab) bermaksud ibuku. Adakah 'umi' kata nama khas atau KN am? adakah penggunaan ayat berikut betul atau salah? 1. Aku pergi ke kedai bersama umiku. 2. Aku dan umi menonton. televisyen. (umi huruf kecil) 3. Aku dan Umi menonton televisyen. (umi huruf besar) tk | umi merupakan gelaran yang sama untuk ibu.Penggunaannya sama dengan ibu. DItulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
manakah yang betul, " aku menyisih dari stesen bas itu" atau " aku bersisih dari stesen bas itu" ? sekiranya kedua-dua salah, apakah ayat yang betul? atau sekiranya kedua-kedua betul, apakah maksud imbuhan me dan ber itu? | Ayat yang betul ialah “Aku menyisih dari stesen bas itu.” Menyisih bermaksud beralih ke tepi untuk memberi jalan kepada orang lain; menepi: mengasingkan atau menjauhkan (diri). Bersisih pula bermaksud berpisah, berasing. | Lain-lain | 12.09.2021 |
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya, apa cara yang betul untuk menulis dialog yang dipetik dalam dialog? Contohnya: "Farah kata "Aku tak mahu lagi dah kena uji macam ni!" pada aku semalam." Adakah contoh ini betul? Kalau salah, macam mana cara yang tepat untuk menulisnya? Terima kasih. | Penggunaan tanda petik pada contoh ayat yang diberikan tidak betul. Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik (“ ”). Contoh: “Aku tahu engkau menghina aku apabila kau kata, ‘kerja itu sesiapa pun boleh buat’ semasa makan tengah hari tadi.” Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat (DBP, 2023), halaman 125 – 126. | Lain-lain | 28.09.2023 |
Cara yang betul menulis ku Tidak akanku berputus asa atau Tidak akan kuberputus asa. Andaiku toleh ke kiri atau Andai kutoleh ke kiri. | Ku sebagai kata klitik diikuti kata kerja tanpa imbuhan awalan. Kubuat Kuambil Kudambakan Kutitipkan Kuberbuat (salah) Kuperbuat (salah) Kumengambil (salah) Andai kutoleh ke kiri (betul) Tidak akan aku berputus asa (betul) Jika kata kerjanya berimbuhan awalan, ku secara automatis ditukarkan menjadi aku (penuh). | Lain-lain | 19.08.2021 |
"Mahukah kau mengikut aku meronda kawasan kampung pada malam ini?" tanya Pak Azam kepada Norman. Apakah kesalahan bagi ayat di atas dan mengapakah perkataan tersebut salah? Apakah pengganti bagi perkataan yang salah itu jika ada? | Ayat ini betul. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Tuan, saya hendak menanyakan soalan berkaitan dengan penggunaan "daku". Nik Safiah Karim, dalam bukunya Bimbingan Pelajar Bahasa Kita Jilid 2, pernah mengatakan bahawa kata ganti nama diri orang pertama "daku"mesti digunakan selepas kata yang berakhir dengan huruf n, seperti dalam dua ayat ini: 1. Aku berharap engkau tidak lupa akan daku. 2. Jangan tinggalkan daku. Soalan yang ingin saya ajukan ialah: Jika kata "daku" diganti dengan kata "aku" dalam ayat (1) dan ayat (2), adakah ayat menjadi salah? Saya merasakan kedua-dua ayat tersebut salah jika "daku" diganti dengan "aku" sebab kata ganti nama diri orang pertama yang mengikut kata kerja transitif yang berakhir dengan huruf n (contohnya, tinggalkan) dan kata sendi nama yang berakhir dengan huruf n (contohnya, akan) mestilah berbentuk "daku", dan bukan "aku". Peraturan ini dikemukakan oleh Nik Safiah Karim. | Daku sama maksudnya dengan aku, khususnya bagi penggunaan kata sebelumnya yang berakhir dengan huruf n. Tidak ada maklumat lain dalam data kami tentang penggunaan kata tersebut. Bagi mengelakkan kekeliruan, sila gunakan perkataan tersebut mengikut kelaziman penggunaannya. | Tatabahasa | 15.02.2015 |
Perhatikan ayat di bawah: "Tuhan, aku sungguh menuji-Mu!" Soalan: Bolehkah "sungguh" dipadankan dengan "menuji"? Jika tidak boleh, apakah jawapan yang sepatutnya... Terima Kasih. | Dalam Kamus Dewan edisi keempat, sungguh bererti 1. tidak bohong, benar, betul; 2. sungguh hati = sungguh-sungguh, tidak main-main, dengan segenap hati, dengan tekun; 3. amat sangat, terlalu; 4. memang, sebenarnya, sebetulnya. Dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, halaman 368, dinyatakan bahawa adverba kesungguhan “mempersungguhkan” sesuatu perbuatan atau peristiwa. Contoh ayat: Dia betul-betul menafikan hal itu. Berdasarkan keterangan di atas, ayat “Tuhanku, aku sungguh memuji-Mu.” tidak salah. Namun, ayat “ Tuhanku, aku benar-benar memuji-Mu.” lebih sejadi. | Tatabahasa | 28.04.2011 |
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa | Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan; Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); | Makna | 21.08.2009 |