Salah satu langkah / salah satu langkah-langkah? Mana yang betul? | Ayat yang betul ialah salah salah satu langkah ... | Tatabahasa | 21.02.2020 |
1. Adakah penggunaan perkataan 'antaranya @ antara' boleh hadir di pangkal ayat? Contoh ayat; Antara langkah-langkah membanteras gejala rasuah adalah..., Antaranya ialah... 2. Adakah penggunaan perkataan 'ia' boleh digunakan untuk merujuk kepada sesuatu tajuk? Contoh ayat; Bergotong-royong merupakan salah satu cara untuk mewujudkan masyarakat penyayang. Secara tidak langsung, ia akan memastikan kerjasama dalam masyarakat terjalin erat. | 1. (i) Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya. (ii) Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah ... (iii) Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalami penggandaan separa seperti adik-beradik, yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik. (iv) Kata sendi nama antara boleh juga diikuti bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu, jauh perbezaannya. (v) Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara kita, jauh berbeza. 2. Ia, kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan adalah betul sama seperti penggunaan it dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan. | Tatabahasa | 23.08.2014 |
Semasa ingin menjelaskan faktor-faktor berlakunya masalah sosial, salah satu faktor yang saya berikan ialah kekurangan didikan agama dalam kalangan remaja. Bagaimanakah saya kembangkan isi tersebut? Kelemahan saya semasa menulis karangan ialah huraian dan contoh. Tajuk ini (masalah sosial) memang popular, tetapi biasanya soalan itu keluar tentang langkah-langkah mengatasi dan bukannya faktor. Bolehkan DBP bantu saya? | Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan penulisan esei dan peperiksaan sila berbincang dengan guru dan rujuk buku rujukan mata pelajaran tersebut. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
As salam, Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah bahasa Inggeris multimodality .... apakah istilah yang tepat dalam bahasa Melayu? Adakah multimodal? multimodaliti? atau kepelbagaian modal? 2) Apakah perbezaan antara teori dan pendekatan? Terdapat pengkaji yang menggunakan teori dalam tajuk mereka dan ada yang menggunakan pendekatan. Mohon pencerahan dari pihak tuan/puan. Terima kasih. | Istilah yang betul dan tepat dalam bahasa Melayu bagi padanan perkataan multimodality ialah multimodal dan kepelbagaian modal, kedua-duanya boleh digunakan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, teori bermaksud pendapat (bersifat pandangan yg tidak dapat dibuktikan dgn kukuhnya) yg dikemukakan utk menerangkan sesuatu perkara dll ; 2. prinsip-prinsip am atau asas-asas kasar yg menjadi dasar pembentukan (perkembangan) sesuatu pengetahuan: Manakala pendekatan pula bermaksud perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan;2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): Oleh itu, berdasarkan maksud yang diberikan dalam kamus, penggunaan perkataan teori lebih kepada untuk menerangkan atau menjelaskan pendapat atau prinsip yang menjadi dasar sesuatu pengetahuan, manakala perkataan pendekatan pula untuk menerangkan kaedah atau langkah-langkah untuk melaksanakan tugas. Kedua-dua perkataan ini mempunyai maksud yang berbeza dan seharusnya kedua-dua perkataan ini digunakan dalam membuat kertas kajian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pemilihan hanya salah satu perkataan ini juga bergantung pada format di universiti. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.10.2018 |
pertanyaan saya apakah peranan DBP dan strategi yang dirangka utk memupuk minat membaca dikalangan rakyat malaysia | Salah satu fungsi DBP ialah melaksanakan kegiatan peluasan dan pemantapan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Salah satu langkah yang diambil untuk memantapkan penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan rakyat ialah memperbanyakkan penerbitan buku untuk pelbagai peringkat umur. Usaha ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan jumlah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia setahun. | Lain-lain | 15.07.2009 |
Betul atau salah penggunaan Kata Sendi "dengan" dalam ayat berikut: " Antara langkah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggalakkan pelajar membaca surat khabar". Sila beri penerangan. | Penggunaan kata pemeri "adalah" dan diikuti kata sendi nama "dengan" dalam ayat tersebut betul. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 05.03.2013 |
Apakah terjemahan untuk terma 'Elephant Walk' iaitu salah satu formasi yang digunakan oleh tentera udara? | Kami mencadangkan elephant walk diterjemahkan sebagai "langkah gajah". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 27.03.2022 |
Untuk melindungi harta intelek, kerajaan sanggup mengambil pelbagai langkah termasuk penubuhan Mahkamah Harta Intelek. Munsyi, apakah perkataan yang sesuai digantikan penubuhan kerana mengikut buku, jawaban yang salah ialah penubuhan. TK | Perkataan menubuhkan sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila rujuk kamus untuk mengenal pasti perkataan yang tepat dalam konteks sesuatu ayat.
| Tatabahasa | 04.07.2012 |
Bolehkah saya tahu akan perkataan ‘khuatir’ mahu bertukar kepada “mengkhuatir” menjadi betul?Adakah “mengkhuatir dengan” telah salah berdasarkan Tatabahasa asas? KKM kuathir dengan situasi ini dan mengambil langkah segera untuk meningkatkan lagi kapasiti merawat Covid-19 pada lapangan | Untuk makluman puan, ayat di atas tepat, manakala perkataan mengkhuatir tidak boleh digunakan dalam ayat di atas. Perkataan khuatir boleh menerima apitan "meN-...-kan" menjadi mengkhuatirkan yang membawa maksud menyebabkan (menimbulkan) rasa khuatir, membimbangkan, menakutkan. Contoh ayat: ... tempat ini dikawal, tiada apa yang mengkhuatirkan.
| Tatabahasa | 16.07.2021 |
assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya. bagi penulisan minit mesyuarat, adakah salah atau tidak untuk meletak kan nama pencadang isu atau pertanyaan daripada ahli mesyuarat. sebagai contoh: A.1 Encik Ali bertanya apakah risiko sekiranya langkah teersebut dilaksanakan? | Lazimnya yang dilaporkan dalam minit ialah keputusan mesyuarat dan siapa yang mengambil tindakan tersebut. Minit tidak mencatatkan siapa pencadang, yang penting ialah keputusan yang telah dipersetujui dalam mesyuarat. | Tatabahasa | 13.04.2011 |