Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Kacang melata di atas kota,
     Mari ditanam di kebun Cina;
Salah satu kuambil juga,
     Kalau tak dapat diri merana.


Lihat selanjutnya...(62)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salah satu langkah / salah satu langkah-langkah? Mana yang betul?
Ayat yang betul ialah salah salah satu langkah ...
Tatabahasa21.02.2020
Minta kepastian daripada DBP. Yang mana betul ? selain itu / selain daripada itu; salah satu / salah satu daripada; melentur bulur biar dari rebung / melentur buluh daripada rebung; semua data murid perlu dimasukkan. . ./ data murid perlu dimasukkan. . Terima kasih.Frasa yang betul ialah selain itu, salah satu daripada,  peribahasa yang terakam dalam buku Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Melentur biarlah waktu rebung",  ...semua data murid perlu dimasukkan.Tatabahasa12.08.2013
Kenapa salah satu daripada faktor salah ? bukankah lebih gramatis kalau diucapkan salah satu daripada faktor berbanding dengan salah satu faktor ? terima kasih.Frasa salah satu daripada faktor tidak salah tetapi frasa salah satu faktor telah lengkap, maknanya boleh digunakan kedua-dua frasa dan kebiasaannya kita menggunakan ayat yang pendek.Tatabahasa26.09.2007
salah satu daripada faktor? atau salah satu faktor? atau salah satu daripada faktor-faktor?yang betul ialah salah satu faktorTatabahasa19.09.2007
Saya ingin bertanya. Adakah penggunaan "salah satu" merupakan satu bentuk kesilapan tatabahasa? Guru bahasa Melayu saya pernah menyatakan bahawa penggunaan "salah satu" tidak tepat menurut hukum tatabahasa. Mohon penjelasan. Terima kasih.Frasa "salah satu" banyak ditemukan dalam data korpus bahasa Melayu dan ini menunjukkan penggunaannya telah mantap dalam kalangan pengguna bahasa. Namun ada ketikanya frasa "salah satu" boleh digantikan dengan kata sendi nama "antara" berdasarkan konteks penggunaannya dalam ayat.Tatabahasa27.02.2015
Yang manakah betul? Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional ATAU Congkak adalah salah satu jenis permainan tradidional.Yang betul ialah - Congkak ialah salah satu jenis permainan tradisional.Tatabahasa06.05.2010
Assalamualaikum, tuan. Saya mohon penjelasan tuan tentang frasa 'salah satu' untuk menyatakan maksud antara. Contohnya, salah satu faktor kemalangan ialah sikap pemandu.Frasa "salah satu" dalam konteks ayat yang diberikan memang boleh ditukarkan dengan "antara". Contohnya: Antara faktor kemalangan ialah sikap pemandu.  "Antara" ialah kata sendi nama dan kata kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang.Tatabahasa20.03.2012
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan "Salah satu..." Sebagai contoh, "Salah satu makanan sihat yang perlu diambil ialah sayur-sayuran." Adakah penggunaan ayat "Salah" ini salah dalam bahasa Melayu? Saya pernah masuk bengkel buku teks, dan panel munshi bahasa yang dilantik oleh DBP ada maklumkan bahawa penggunaan "Salah satu" adalah salah, dan diminta tukar kepada "Satu daripada..." Mohon penjelasan pihak DBP. Sekian, Terima kasih.Frasa yang baku ialah satu daripada. Frasa salah satu telah mantap dan banyak digunakan dalam wacana bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks rasmi seperti penulisan buku gunalah frasa yang baku.Tatabahasa11.08.2021
"lembar" ialah salah satu penjodoh bilangan? jika lembar ialah salah satu penjodoh bilangan, sila bina ayat dengan "lembar" Terima kasihLembar ialah penjodoh bilangan bagi sesuatu yang nipis dan lebar seperti kertas, daun dan kain. Contoh ayat, Dia dihadiahi dua lembar kain yang mempunyai corak batik.Lain-lain22.01.2022
"raga" ialah salah satu penjodoh bilangan? jika raga ialah salah satu penjodoh bilangan, sila bina ayat dengan "raga" Terima kasihRaga ialah kata nama dan bukan penjodoh bilangan. Tidak semua kata nama diberikan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan lazimnya mengikut bentuk atau konsep sesuatu benda. Setiap penjodoh bilangan tidak semestinya bergantung pada fizikal tetapi mengikut konteks atau kesesuaian dalam ayat.Lain-lain22.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas