Asalamulaikum tuan, Ingin saya tahu perbezaan dan benar atau salahnya salah satu daripada istilah-istilah berikut iaitu: - "Hal-hal lain atau Lain-lain hal" Sekian, jawapan tuan adalah dihargai. Terima kasih. | Yang betul ialah Hal-hal Lain. | Tatabahasa | 05.05.2008 |
Mohon pihak DBP memberi respon ayat-ayat berikut. kalau salah, dimanakah salahnya. Kalau betul, tolong terangkan juga. 1. Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka. 2. Restoran ini menjual pelbagai makanan. 3. Lagu 'Negaraku' ialah kebangsaan Malaysia. 4. Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor. | 1. Ayat Makanan di restoran ini sedap-sedap belaka betul kerana penggandaan penuh kata adjektif dalam ayat tersebut memberi makna keadaan sifat yang menyeluruh. 2. Ayat Restoran ini menjual pelbagai makanan betul kerana pelbagai menunjukkan maksud berbagai-bagai. 3. Ayat yang sepatutnya ialah Lagu 'Negaraku' ialah lagu kebangsaan Malaysia. 4. Ayat Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya terletak di Selangor betul. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
As Salamu Alaikum, mohon bantuan tentang ayat di bawah. Apakah bezanya atau salahnya: 1. Rumah saya terletak jauh dari sini. 2. Rumah saya jauh dari sini. | Dalam ayat pertama binaan predikat terdiri daripada frasa kerja, manakala dalam ayat kedua predikatnya ialah frasa adjektif. | Tatabahasa | 02.10.2012 |
'Buku itu terbaca oleh saya' Betul atau salah ayat di atas? Kalau salah, di mana salahnya? | Saudara, Ayat di atas salah. Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 10.04.2010 |
bolehkah kata bantu aspek "belum" dan "pernah" digunakan serentak dalam ayat: CTH: Saya belum pernah ke sini. | Puan Norliza, Ayat di atas tidak ada salahnya. Kita seharusnya berfikir dalam bahasa Melayu sebelum bertutur, dan begitu juga sebaliknya jika kita bertutur dalam bahasa Melayu sedangkan kita berfikir (menterjemahnya) dalam bahasa Inggeris maka ayat yang akan lahir tentu lebih cenderong mengikut tatabahasa Bahasa Inggeris | Tatabahasa | 16.04.2010 |
apakah maksud kejurulatihan?dalam bidang sukan. | Menurut Kamus Dewan, jurulatih bermaksud orang yang melatih orang lain seperti ahli sukan dll supaya mahir. Kejurulatihan berkaitan dengan jurulatih dalam segala aspeknya. Contoh ayat : Di manakah salahnya yang menyebabkan kekalahan ini ataupun sistem kejurulatihan yang menjadi puncanya. | Lain-lain | 25.07.2007 |
Salam sejahtera, Apakah perbezaan penggunaan antara "naik turun" dan "berubah-ubah" bagi terjemahan perkataan "fluctuation"? Sila terangkan contoh penggunaan yang betul bagi perkataan-perkataan ini. Terima kasih. | Frasa "turun naik" dan "berubah-ubah" hanya kelaziman berbahasa sahaja, tiada apa salahnya. Kita boleh menggunakan kedua-dua frasa ini silih berganti mengikut konteks penggunaan dan ayat. Misalnya, 1. "Krisis ekonomi kini menyebabkan harga barang turun naik". Frasa "berubah-ubah" juga boleh digunakan dalam ayat 1. Ayat 2. Abu segan hendak turun naik tangga mahkamah itu. Contoh 2 menunjukkan frasa "berubah-ubah" tidak sesuai digunakan. Ayat 3. Hati Ahmat tidak berubah-ubah mengenai perasaan kepada Aminah. Frasa "naik turun" pula tidak sesuai menggantikan ayat 3 ini. Terima kasih. | Tatabahasa | 09.02.2015 |
Sejahtera dan selamat pagi! semasa saya membuka kamus Melayu-Inggeris dan juga "google translate" saya merasa kecewa dan sedih melihat bahasa Melayu. Setiap bahasa memiliki kata sapaannya yg tersendiri, seperti bahasa Inggeris menyebut "Hello!", bahasa Cina menyebut "Nihao!", bahasa Tamil menyebut "Vanakkam!" dan sebagainya. Tapi alangkah sygnya bahasa Melayu tidak ada. Bahasa Melayu meminjam daripada bahasa Inggeris utk perkataan "helo". Apa salahnya memadankan perkataan yg lebih bersifat Melayu spt "Sejahtera!", "Damai!", "Amboi!', "Ampun!", "Tabik!", "Sana!", "Salam!" dan sebagainya? banyak kali saya menasihati, tapi tidak ada pernah didengari. Memang bagi kita, hal itu kecil tetapi bagi anak-anak bangsa kita akan datang pasti mereka tidak merasa bangga dgn leluhur mereka kerana sikap kita yg terlalu menginggeriskan bahasa Melayu sekarang. Maaf sekadar menasihati dan semoga ianya dpt membuka mata kita semua dan semoga bahasa kita terpelihara keasliaannya. Sekian, terima kasih! | Syabas atas keprihatinan tuan. Pelbagai promosi penggalakan penggunaan bahasa kebangsaan telah diadakan sejak sekian lama, namun hasilnya belum boleh dibanggakan kerana tahap kepedualian masyarakat terhadap usaha pemerkasaan bahasa kebangsaan bukanlah pada tahap yang tinggi. Semoga usaha berterusan ini dapat menarik minat dan keprihatinan masyarakat untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan. | Lain-lain | 13.02.2017 |
Dak Apis Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang perkataan "tentatif" yang diambil dari perkataan bahasa inggeris "tentantive" yang bermaksud "sementara".. Kebanyakan penjawat awam menggunakan perkataan tersebut dengan maksud tentatif = jadual sementara.. Sebagai contoh ayat yang mereka sering guna, "Saya mahu lihat tentatif program tersebut" yang membawa maksud "Saya mahu lihat sementara program tersebut".. Penggunaan perkataan dengan membentuk ayat yang tidak membawa maksud apa-apa.. Apa salahnya dengan menggunakan perkataan "deraf jadual".. Saya melihat penggunaan perkataan ini semakin berleluasa dikalangan penjawat awam.. Saya memohon pencerahan dari pihak DBP.. Terima kasih.. | Assalamualaikum En. Dak Apis. Ayat yang betul ialah “saya mahu melihat jadual sementara / program tentatif tersebut”. Tentatif program merupakan terjemahan literal untuk “tentative programme” dalam bahasa Inggeris. Draf bermaksud (nota tulisan (nota, surat, karangan, dsb) atau lukisan yg disediakan secara kasar pd peringkat awal atau permulaan (biasanya perlu diperbaik atau dihalusi lagi): ~ surat itu telah disemak dan ditaip bersih. Oleh itu, draf jadual tidak sama dengan program tentatif. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.07.2017 |
Selamat sejahtera. Saya memerlukan kepastian antara frasa "keluar masuk" dan 'pergi balilk' . Mengapakah tiada penyelarasan? Jika mengikut kebiasaan, kita akan masuk dahulu kemudian keluar dan bukan sebaliknya. Manakala frasa "pergi balik' tepat penggunaannya kerana kita pergi dahulu kemudian balik. Harap dapat penjelasan. Terima kasih. | Frasa "keluar masuk" dan "pergi balik" hanya kelaziman berbahasa sahaja. Begitu juga dengan frasa "turun naik". Kita masih boleh menggunakan frasa "naik turun, tiada apa salahnya. Terima kasih. | Lain-lain | 08.09.2014 |