Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.lam] | سلام

Definisi : 1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas ~ rakyat baginda; ~ takzim salam dan hormat; berjabat ~ ber-jabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb); bersalam berjabat tangan: ia telah dikerumuni oleh orang-orang yg ingin ~ dengannya; bersalaman, bersalam-salaman saling ber-tukar salam (berjabat tangan): kami ~ sambil bertukar senyum; menyalami bersalam dgn: dia ~ lelaki tua itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : sj tumbuhan (pokok), jiwat, Eugenia cumini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : Id salmon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.lam] | سلام

Definisi : 1 aman damai; sejahtera (biasanya digunakan dlm kata majmuk saja): darussalam negeri yg aman damai. 2 tanda menghormati seseorang ketika bertemu, sama ada dgn perkataan atau dgn perbuatan: Dia membalas ~ sahabat-sahabatnya. memberi ~ memberi hormat dgn mengucapkan assalamualaikum dll. bersalam berjabat tangan (tanda memberi hormat): Sebelum berangkat, baginda telah ~ dgn penduduk-penduduk kampung itu. bersalam-salaman saling berjabat tangan; saling memberi salam: Kami ~ dahulu sebelum mengadakan mesyuarat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salam
1. Bersinonim dengan kata hormat
( ucap selamat, tabik, )
(kata nama:)
Berantonim dengan makian

2. Bersinonim dengan sejahtera
( damai, sakinat, aman, tenang, harmoni, sentosa, sejahtera, tenteram, rukun, selamat, )
(adjektif:)
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersalam, bersalaman, bersalam-salaman,

Puisi
 

Assalamualaikum salam,
     Kayu birah dimakan api;
Siapa lalu semalam,
     Baju merah gelang di kaki.


Lihat selanjutnya...(13)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan salam sejahtera..boleh saya tahu ada tak buku kisah2 nabi yg dari terbitan DBP utk bacaan kanak2 prasekolah?boleh bg contoh gmbr dan tajuk..terima kasihUntuk makluman saudara, tiada buku kisah-kisah nabi yang diterbitkan khas untuk bacaan kanak-kanak prasekolah oleh DBP. Walau bagaimanapun, saudara boleh mendapatkan Buku Kumpulan Cerita Sahabat Nabi Pemegang Pedang Rasulullah melalui portal dbpniaga.my, Saudara juga boleh mendapatkan maklumat penerbitan DBP yang lain melalui portal tersebut.Lain-lain15.06.2023
Selamat sejahtera, kenapa bahasa Melayu hari ini dilihat banyak menyempitkan makna perkataan? Contohnya dlm perkataan "salam". Dpt diperhatikan, kata "salam" hanyalah digunakan dlm golongan kata iaitu kata sifat dan kata nama semata-mata, padahal perkataan itu juga boleh diperluaskan dan digunakan dlm bentuk kata seru, tak salah sekiranya dipadankan dgn kata seru "helo", "hai" dan "selamat tinggal" memandangkan hal itu dpt dibuktikan dgn penggunaannya sehari-hari khususnya dlm masyarakat Nusantara ini sendiri yg byk menggunakannya sbg kata seruan. Contohnya ialah, "Salam, saya dari Johor!". Sekian.

Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1936) kata salam diberikan takrifan seperti yang berikut:
salam1
سلام

kata nama
1
ungkapan tertentu spt “assalamualaikum”, “selamat pagi” dan “salam sejahtera” yg diucapkan sbg tanda hormat kpd sso ketika bertemu, sebelum memulakan ucapan dsb:
Dia langsung tidak menjawab salam yg kuberikan.◊Aku mengucapkan salam saat bertemu dengannya.
2
tangan yg dihulurkan utk berjabat dgn sso sbg tanda hormat ketika mula bertemu atau hendak berpisah:
Dia tidak akan menghulurkan salam kpd perempuan yg bukan mahramnya.
3
ungkapan “assalamulaikum” yg disebut apb memalingkan muka ke kanan dan ke kiri sebelum mengakhiri solat;
4
digunakan dlm ucapan, surat dsb, utk menyatakan sst perasaan, meraikan sso atau sst peristiwa dll:
Salam Aidilfitri buat ayahanda dan bonda di kampung.◊Terimalah salam sayang drp kami di perantauan.

kata adjektif

5
aman damai atau sejahtera:
suasana yg salam;

salam kaut, salam keruk
bahasa basahan
perbuatan bersalaman sambil menghulurkan wang oleh tetamu kpd tuan rumah, terutamanya ketika kenduri kahwin:
Salam kaut ini seolah-olah sudah menjadi budaya setiap kali menghadiri majlis perkahwinan.

salam takzim
ucapan salam sbg tanda hormat kpd sso atau sst pihak:
Saya mengambil kesempatan ini utk menyampaikan salam takzim Yang Berhormat, yg tidak dapat hadir pd pagi ini.

2. Oleh sebab itu, salam dalam ayat "Salam, saya dari Johor!" masih berkelas kata nama, dan maknanya terkandung dalam pecahan makna keempat iaitu ungkapan yang digunakan dalam ucapan, surat dan sebagainya, untuk menyatakan sesuatu perasaan, meraikan seseorang atau sesuatu peristiwa dan lain-lain.

3. Dalam Tatabahasa Dewan (DBP, 2008: 255) menyatakan kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai, dan sebagainya.

Penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
44. Aduh, sakitnya kakiku!
45. Cis, terimalah tikamanku!
46. Celaka, habis tanamanku dimusnahkannya!

4. Dalam mana-mana bahasa, makna unit leksikal dalam lingkungan domain tunggal dapat dihubungkan dengan satu sama lain mengikut empat cara yang asas iaitu: perhubungan itu mungkin (1) menular, (2) bertindihan, (3) terkandung, dan (4) saling melengkapi. Kata ‘salam’ dikatakan berbeza daripada kata ‘hai’, ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’ kerana fitur dalam domain tunggalnya tidak berhubung dengan kata-kata tersebut. Secara mudahnya, makna unit leksikal kata ‘salam’ tidak sepadan dengan makna kata ‘hai’, ‘helo’ dan ‘selamat tinggal’. Oleh hal demikian, kata ‘salam’ tidak dapat dikelaskan dalam golongan kata seru.

5. Dalam proses peminjaman kata, penyempitan makna atau peluasan makna berlaku dalam bahasa sasaran. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali dalam proses pemberian makna sesuatu kata, khususnya dalam penganalisisan makna setiap kata yang dipinjam atau diserap. Contoh kata pinjaman yang mengalami perbezaan makna daripada bahasa asalnya ialah aljabar, amaun, beta, gahara dan grenad. Sila rujuk maklumat etimologi dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).

Makna02.08.2022
Salam sejahtera, Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan. Adakah ayat di atas betul dari segi tatabahasa? Adakah "bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan" merupakan subjek manakala "tidak dapat dinafikan" merupakan predikat? Mohon pencerahan. Terima kasih.

Ayat “Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan tidak dapat dinafikan.” ini betul.

 

Binaannya adalah seperti yang berikut:

Tidak dapat dinafikan – Subjek

Bahawa amalan membaca penting dalam kehidupan –  Predikat

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 510.

Tatabahasa19.05.2026
Salam sejahtera, saya ingin tanya soalan, adakah perkataan "alat tulis-alat tulis" dikira betul? Kalau betul atau tidak, bolehkah menerangkan sebab? Terima kasih

Frasa yang betul ialah alat tulis. Perkataan “alat tulis” boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaanya.



Lain-lain18.05.2026
Salam, yang mana penggunaan bahasa yang betul. 1.Saya pergi ke sekolah 2.Saya ke sekolah 3.Saya pergi sekolah Sekian, terima kasih

Penggunaan bahasa yang betul ialah:


  1. Saya pergi ke sekolah.
  2. Saya ke sekolah.
Tatabahasa16.05.2026
Salam sejahtera, Saya ingin memohon penjelasan daripada pihak DBP berkenaan penggunaan frasa “Hari Permohonan dan Penerimaan”. Untuk makluman pihak tuan/puan, frasa tersebut pernah diluluskan dalam semakan bahasa sebelum ini. Namun begitu, semakan terkini menunjukkan bahawa frasa tersebut tidak lagi diluluskan penggunaannya. Sehubungan dengan itu, saya amat berbesar hati sekiranya pihak DBP dapat memberikan penjelasan mengenai sebab perubahan tersebut, serta mencadangkan penggunaan frasa yang lebih tepat sekiranya perlu. Segala perhatian, bantuan dan penjelasan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih.

Penggunaan frasa “Hari Penerimaan” tidak jelas dan mengelirukan. Sehubungan dengan itu, pihak tuan boleh menghubungi talian 03-21479100/9200 untuk perbincangan.

Lain-lain13.05.2026
Salam sejahtera, Tuan/Puan Apakah jawapan untuk soalan ini? Arahan Pilih ayat-ayat yang mengguankan perkataan berhuruf condong dengan betul. I. Laila cuba mengira kesan baik penyertaannya dalam program itu. II. Kita hendaklah hidup bersatu padu tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. III. Ayah tersenyum melihat gelagat adik mengira duit raya yang diperolehnya. IV. Serangga perosak yang memusnahkan anak-anak padi itu tidak mengira lagi banyaknya. Terima Kasih.

Sila nyatakan pertanyaan dengan jelas kerana tiada perkataan berhuruf condong dalam contoh ayat yang diberikan.


Tatabahasa07.05.2026
Salam tuan, bolehkah saya mendapatkan kepastikan sama ada frasa di bawah betul atau tidak? beraneka jenis lauk-pauk​Frasa yang betul ialah beraneka jenis lauk atau pelbagai jenis lauk.Tatabahasa30.04.2026
Salam sejahtera, Apakah kata perintah yang tepat bagi soalan-soalan di bawah. 1.()patuhi arahan yang diberikan oleh guru.(Sila/Harap) 2.()semua murid dapat memberikan kerjasama.(Harap/Minta) 3.()jalankan aktiviti ini secara kumpulan.(Sila/Minta)

Penggunaan kata perintah yang betul ialah;

1. Sila patuh arahan yang diberikan oleh guru.

2. Harap semua murid dapat memberikan kerjasama.

3. Jalankan aktiviti ini secara kumpulan.

Untuk makluman lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 448 - 452.

Tatabahasa21.04.2026
Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang kata ganti nama diri bagi kerabat diraja. Jika ayahanda/bonda dan anakanda digunakan untuk perbualan antara raja/permaisuri dengan putera/puteri, apakah kata ganti nama diri yang sesuai bagi raja/permaisuri dengan anak saudaranya? Adakah "pak cik" dan "mak cik" sesuai digunakan?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, pak cik dan mak cik merupakan panggilan kekeluargaan bapa saudara dan ibu saudara tanpa ada pengkhususan status keluarga.

Pihak DBP tiada panduan atau tetapan untuk ganti nama gelaran kerabat diraja.  Untuk maklumat lanjut, tuan/puan boleh merujuk pihak istana.


Lain-lain18.04.2026
12345678910...

Kembali ke atas