Salam sejahtera, 1. Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. 2. Puan Lee pandai menganyam tikar dengan buluh. Ayat di atas yang manakah betul. Terima kasih.... | Ayat yang betul ialah Puan Lee pandai menganyam tikar daripada buluh. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
Salam sejahtera 1. ball point pen = pena mata bulat 2. rollerball pen = ? Terima Kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "rollerball pen". Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pena bola guling. | Istilah | 25.08.2013 |
Salam Ramadan, 1. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya ialah buku, majalah dan akhbar. 2. Bahan-bahan yang terdapat di pameran itu antaranya buku, majalah dan akhbar. 3. Antara bahan-bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar. | Ayat yang gramatis ialah "antara bahan yang terdapat di pameran itu ialah buku, majalah dan akhbar". | Tatabahasa | 02.08.2013 |
Salam sejahtera, 1. Saya tertarik ( dengan / oleh / akan ) cerita yang diberitahu oleh datuk. Terima kasih | Perkataan yang sesuai ialah akan. Saya tertarik akan cerita yang diberitahu oleh datuk. | Tatabahasa | 24.07.2013 |
Salam Ramadan, 1. Bergantung pada / kepada Yang mana satu betul ? Ada pandangan yang mengatakan kedua-keduanya betul, cuma maksud yang berbeza. Terima kasih. | Frasa yang gramatis ialah "bergantung pada". Kata sendi nama 'pada' digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Contoh lain : berpaut pada. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 265-284. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
Salam sejahtera, 1. Apakah yang dimaksudkan dengan peribahasa "menangis tidak berlagu" ? 2. Adakah penggunaan perkataan basi dalam ayat ini betul, " Erin menghulurkan kepada peniaga itu wang yang genap dan tidak mempunyai basi." | Frasa "menangis tak berlagu" bermaksud mengalami kesedihan.
Penggunaan perkataan "basi"adalah salah.Perkataan yang betul ialah baki. | Lain-lain | 26.06.2013 |
Salam sejahtera, 1. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak. 2. Kok Keong menyusun buku-buku yang di atas rak buku. 3. Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku 4. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi meja supaya kemas. 5. Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas. Ayat yang mana gramatis ? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah ayat ketiga iaitu "Kok Keong menyusun buku-buku di atas rak buku" dan ayat kelima iaitu "Mei Hong dan Loke mengatur kerusi dan meja supaya kemas." | Tatabahasa | 20.05.2013 |
Salam sejahtera. 1. Di sini bermula sejarah pewaris........ 2. Di sinilah bermula sejarah pewaris...... Ayat pertana dan ayat kedua, yang mana satu betul tentang penggunaan partikel lah? Terima kasih. | Partikel -lah atau kata penegas berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Jika hendak diberi penekanan maka partikel -lah boleh digunakan dan sebaliknya jika ditiadakan ayat tersebut masih lengkap. Oleh itu, partikel -lah boleh ada atau tiada dalam ayat. Penggunaan kata perlu/perlulah, mesti/mestilah, di sini/di sinilah dan hendak/hendaklah dibolehkan asalkan bersesuaian dengan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Salam Sejahtera, 1. Majlis upacara perasmian dewan. 2. Majlis perasmian dewan. 3. Upacara perasmian dewan. Ayat yang mana tepat. terima kasih. | Frasa yang betul ialah majlis perasmian dewan. | Tatabahasa | 22.05.2012 |
Salam sejahtera, 1. Di dalam Kamus Dewan = bertungkus-lumus Di dalam kamus Pelajar Edisi Khas KBSM = bertungkus lumus (tiada tanda sempang). 2. berjimat-cermat @ berjimat cermat Mohon pandangan tuan yang manakah betul. | Bertungkus lumus dieja tanpa tanda sempang kerana kedua-dua perkataan tersebut apabila diasingkan mempunyai makna yang tersendiri. | Tatabahasa | 29.04.2012 |