| Salam Jumaat tuan/puan, saya ingin mendapat huraian tentang perbezaan dan bilakah kita patut menggunakan samada "dirumus dari" ataupun "dirumus dengan". Sekian, terima kasih | Kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Kata sendi 'dengan' hadir di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud seperti yang berikut: 1. membawa maksud bersama-sama atau berserta 2. membawa maksud cara sesuatu dilakukan 3. membawa maksud memakai atau menggunakan 4. menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama | Tatabahasa | 24.07.2020 |
| Salam Puan/Tuan, Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai bagi yang berikut daripada BI ke B.Melayu: Weekday - dlm bahasa melayu adakah hari minggu? Weekend - hujung minggu? Friday night - malam jumaat? kalau diterjemahkan begini, malam jumaat ini ada maksud lain bagi org melayu. Daripada B.Melayu ke BI malam minggu? Apakah terjemahannya dalam B.Inggeris? Harap puan / tuan dapat membantu. terima kasih. | Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan. Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah hujung minggu. Istilah bagi malam minggu ialah saturday night manakala bagi Friday Night ialah malam Sabtu bukannya malam Jumaat.
| Tatabahasa | 07.01.2013 |
| Nur Izzah Laisa Jun 27th, 10:32am Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin bertanya apakah perbezaan makna di antara istilah 'rekabentuk' dan 'reka bentuk'. Yang mana satu betul penggunaannya dalam struktur ayat, atau kedua-duanya boleh digunakan? Maaf jika penggunaan tatabahasa saya salah. Terima kasih. | Kedua-duanya merujuk perkara yang samadan ejaan yang betul ialah reka bentuk. | Ejaan | 27.06.2014 |
| Assalamualaikum Tuan Puan, Saya sedang siapkan buku berkaitan dengan agama dan memerlukan segera rujukan untuk nama - nama surah dalam al-Quran. 114 surah keseluruhannya.. Mohon bantuan dan khidmat nasihat DBP sebagai rujukan segera. Jasa baik amatlah saya hargai.. Terima kasih dan salam hormat.. Salam Ramadan Kareem.. | Sdr. boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan sdr. boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari mulai pukul 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang. Hasil carian melalui KAWAT DBP menunjukkan terdapat 1056 maklumat berkaitan dengan al-Quran. | Lain-lain | 08.06.2017 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, adakah perkataan solidariti boleh digunakan dalam penulisan kerana baru baru ini saya terdengar perkataan solidariti digunakan dalam Khutbah Jumaat MAIK Siri 06/2025 sedangkan perkataan tersebut tiada dalam Kamus Dewan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Kata solidariti sudah banyak bukti penggunaannya dalam korpus dan ada terakam dalam Kamus Dewan Perdana terbitan DBP pada tahun 2020. Kata ini boleh digunakan dalam penulisan.
| Istilah | 12.02.2025 |
| Innanie Ariffin 8.29 PAGI Salam DBP. Saya ada buat pesanan pembelian Majalah sejak 2 Oktober 2017 lagi. Sehingga hari ini status pembelian saya Unfulfilled jika dilihat pd website. Boleh bantu saya. Lama saya dah tunggu. Sy dah buay aduan pada Jumaat lepas, namun satu balasan pun saya tak terima. Saya kecewa dengan servis yang diberikan sedangkan saya adalah peminat majalah-majalah DBP. | Pihak puan boleh segera hubungi Bahagian Pemasaran dan Pengedaran DBP. Telefon: 03-41010033 / e-mel: pp@dbp.gov.my | Lain-lain | 10.10.2017 |
| Salam sejahtera, Syarikat kami ingin membuat pengesahan ejaan penggunaaan bahasa pada visual iklan premis untuk permohanon lesen Majlis Perbandaran Seberang Perai. harap maklum tuan mengemukakan syrat pengesahan untuk membuat permohonan tersebut. terima kasih | Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 16.07.2018 |
| Salam....saya nk buat pengesahan bahasa utk papan iklan... saya taktahu nak buat macamana..boleh beri panduan atau saya da hubungi no yg di beri tapi tak angkat call.... | Wasalam. Untuk makluman tuan/puan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. 2. Bagi pendaftaran dalam talian, tuan perlu mendaftar dahulu bagi mendapatkan id akses dan kata laluan. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 09.07.2018 |
| Pengesahan Iklan | Salam sejahtera, Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 27.11.2019 |
| Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Saya ingin mengajukan persoalan berhubung penggunaan perkataan "Malam". Sebagai contoh: Malam Rabu atau Rabu malam - Yang manakah penggunaan lebih tepat bagi aspek bahasa penulisan dan pertuturan? Mohon pencerahan. Terima kasih. emel: shafiq@jsm.gov.my | Soalan: "Malam Rabu" atau "Rabu malam" Waalaikumsalam. Kedua-dua perkataan "malam Rabu" dan "Rabu malam" boleh digunakan dalam penulisan dan pertuturan bahasa Melayu. Yang membezakan kedua-dua perkataan tersebut adalah maknanya. "Malam Rabu" bermaksud "siangnya hari Selasa, malamnya Rabu" (seperti ungkapan "malam Jumaat" bermaksud "pada malam hari Khamis"). Manakala "Rabu malam" pula bermaksud penutur ingin menegaskan "malam" pada hari tersebut. Terima kasih. | Istilah | 04.06.2014 |