Salam sejahtera. Yang mana betul: Thailand atau negara/negeri Thai? Terima kasih! | Salam sejahtera, Saudara, Jawapan yang betul bagi soalan tersebut ialah Negara Thailand Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 11.08.2020 |
Salam sejahtera, Bilakah keluar result IV Perancang Bahasa ya? Mohon update terkini. Tk | Salam sejahtera, keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel puan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 01.07.2021 |
Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya? | Salam sejahtera saudara. Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji. Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji. Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji. | Tatabahasa | 01.03.2025 |
Salam sejahtera, Saya ingin membuat langganan bulanan Dewan Siswa. Bagaimana caranya melalui online ini? | Salam sejahtera, MEMBUAT LANGGANAN MAJALAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk. Untuk melanggan majalah DBP, anda boleh mengisi borang yang telah disediakan di portal DBPNiaga.my. Setelah mengisi borang tersebut, sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi Puan Hamadah, melalui talian 03-4101 0033, atau untuk mengesahkan langganan majalah tersebut. Bersama-sama ini dilampirkan gambar untuk rujukan. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 21.06.2022 |
Salam sejahtera! Bolehkah "skrol" digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk "scroll" dari segi kata kerja? Sekian, terima kasih! | Salam sejahtera, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan scroll ialah skrol. Skrol bermaksud gulungan kertas dan sebagainya yang padanya terdapat tulisan tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) Terima kasih | Makna | 12.08.2020 |
Salam sejahtera tuan,saya mohon agar saya diberi beri peluang untuk dipanggil temuduga.saya berminat dengan bidang yang ditawarkan. | Salam sejahtera. Permohonan jawatan kosong di Dewan Bahasa dan Pustaka Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih kerana berminat dengan jawatan tersebut. Oleh itu, untuk layak ditemuduga tuan/puan perlulah mengisi borang permohonan jawatan terlebih dahulu, sekiranya tuan/puan melepasi ujian/tapisan kelayakan, barulah boleh dipanggil untuk temuduga. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, tuan/puan bolehlah menghubungi kami melalui e-mel: pengambilan@dbp.gov.my Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 30.11.2021 |
Salam Sejahtera, saya mempunyai sebuah naskhah penulisan yang masih belum diterbitkan dan berhasrat untuk dapatkan khidmat nasihat pihak DBP dan bagaimana jika pihak DBP dapat menerbitkan naskhah tersebut. | Salam sejahtera, PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun) Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan: - Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
- Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.
Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my | Lain-lain | 17.12.2021 |
Salam sejahtera! Saya dapati bahawa perkataan seperti "assalamualaikum", ada tertera di dalam kamus tetapi "waalaikumsalam" tidak ada. Apakah sebab ianya tidak ada di dalam kamus? Sekian, teriam kasih! | Salam sejahtera. Perkataan "waalaikumussalam" telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana terbitan tahun 2020. Sila dapatkan kamus tersebut untuk rujukan terkini tuan. Terima kasih. | Ejaan | 30.12.2020 |
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. 1. Apakah ejaan yang betul apabila kita memberi salam dalam penulisan surat atau e-mel rasmi? Adakah "Assalamualaikum wbt" atau "Assalamualaikum wrt wbt"? 2. Adakah "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ayat yang betul? | 1. Ejaan yang betul ialah “Assalamualaikum WBT”. 2. "Assalamualaikum dan Salam sejahtera." ialah ayat yang betul.
| Ejaan | 31.10.2023 |
Salam sejahtera, saya ingin tanya apakah perbezaan antara fasih dan petah? Terima kasih | Salam sejahtera, Berikut ini diperturunkan beberapa contoh penggunaan bagi fasih dan petah yang dipetik daripada korpus DBP, iaitu: 1. fasih a. ... Mahadzir yang juga fasih dalam bahasa Itali, Perancis, Portugis dan Sepanyol b. Kita juga ada ramai ulama yang fasih berbahasa Arab ... c. ... untuk berurusan dengan warganegara asing yang tidak fasih berbahasa Inggeris d. Saya mengambil masa empat tahun untuk fasih dan mahir dalam bahasa Mandarin. 2. petah a. Ashraf seorang yang petah bercakap dan suka berhujah. b. ... soal Dayang Ruku yang sememangnya lebih petah berbicara berbanding Dayang Hubu ... c. Artis yang petah berbicara ini mengakui cukup teruja sebaik saja dikhabarkan ... d. ... Lincoln telah mula terkenal sebagai seorang yang petah lagi bijak bercakap. Berdasarkan contoh yang diberikan, terdapat perbezaan antara kedua-dua kata ini berdasarkan konteks penggunaannya. Perkataan fasih lebih sesuai digunakan untuk merujuk kepada tahap penguasaan bahasa seseorang yang bukan penutur asli bahasa itu, makakala petah pula merujuk kepada kebolehan seseorang melontarkan kata-kata dengan lancar dan jelas sebutannya sewaktu berbicara, berhujah dan sebagainya dalam bahasa yang dikuasainya. Terima kasih. | Makna | 23.09.2024 |