Maniam dan Saleh terus bercakap tentang kawan -kawan lama mereka. Adakah perkataan 'bercakap' sesuai digunakan dalam ayat ini? | Perkataan bercakap boleh digunakan. Selain itu, perkataan berbual juga sesuai digunakan dalam ayat ini. | Lain-lain | 26.07.2021 |
Siti Rokiah Saleh Jun 21st, 2:39pm Akm..admin sya ada hubungi no tel bhgian pmasarn pengedaran DBP Tp no tiada dlm prkhidmtn...ada no lain x utk tmphn mjlh utk sek | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Jun 23rd, 12:47pm Sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin di talian 03-41012328 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasih | Lain-lain | 21.06.2015 |
Saya Akmal Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar, di Universiti Fatoni selatan Thailand, ingin bertanya DBP tentang peribahasa berapakah bahagian peribahasa, terima kasih. | Peribahasa merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk di hujan dan tak lekang di panas. Setiap peribahasa terdiri daripada bait-bait kata yang mengandungi makna tersirat yang menggambarkan betapa luasnya renungan, fikiran dan pengalaman hidup penyusunnya. | Tatabahasa | 08.12.2013 |
Saya Asisah Saleh sedang belajar bahasa Melayu dasar di Universiti Fatani Thailand, ingin bertanya, bangaimanakah teknik mula menulis pantun ? Terima kasih. | Puan boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini. Puan juga boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Puan boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian. Selain itu, puan boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu atau perpustakaan DBP di cawangan untuk mendapatkan bahan rujukan bahasa Melayu. | Lain-lain | 24.10.2013 |
Saya ingin mendapakan maklumat tentang bahasa rasmi, pengantar, komunikasi, ilmu ,kebangsaan | Bahasa Melayu tetap bahasa rasmi | Saleh">Armin Azhari Saleh | Pelita Bahasa | 01/08/1999 Dasar dan pelaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan | Ainon Muhammad | Dewan Bahasa | 01/02/1985 Bahasa Melayu dan Bahasa Pengantar Sekolah | Hasan Baseri Budiman | Pelita Bahasa | 01/07/2002 Bahasa Malaysia bahasa komunikasi semua kaum | Wardati Md Sheriff | Pelita Bahasa (Sisipan) | 01/10/1990 Bahasa Melayu bahasa komunikasi luas | Asiah Idris | Pelita Bahasa | 01/12/199 Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu | Abdul Hamid Mahmood | Jurnal Dewan Bahasa | 01/07/1990 Bahasa Melayu Bahasa Ilmu | Mohd Yusof Othman | Pelita Bahasa | 01/01/2000 Bahasa kebangsaan dalam pendidikan, antara matlamat dan cabaran | Zakaria Sungib | Massa | 01/02/1983 | Lain-lain | 17.04.2008 |
MAKSUD PELAJAR PERINGKAT RENDAH MAKSUD PELAJAR PENGAJIAN TINGGI | Encik Saleh, terima kasih kerana bertanyakan soalan ini. Pelajar sekolah rendah merujuk murid-murid sekolah dari darjah satu hingga tingkatan lima, manakala di peringkat pengajian tinggi pula ialah mereka yang menunutut di universiti atau kolej. sekian terima kasih. | Makna | 07.01.2009 |
حدثنا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ قال: حَدَّثَنِي ابن شُرَيْحٍ عَبْد الرَّحْمَنِ Terjemahan: Abdullah bin Saleh menceritakan kepada kami@bercerita kepada kami, katanya: Ibn Syuraih menceritakan kepadaku@bercerita kepadaku? Terima kasih. | Dewan Bahasa tidak memberikan khidmat terjemahan. Mohon soalan ini diajukan kepada Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui talian 03-92262506 | Penyemakan dan penterjemahan | 19.05.2016 |
bagaimana saya hentak hantar karya-karya saya untuk diterbitkan??? | Sdr Muhammad Zaid Md Saleh (van_persie1989@yahoo.com), harap maklum: jawapan kepada pertanyaan sdra itu adalah sama seperti jawapan kepada soalan sdr sebelum ini. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.08.2010 |
Salam, saya berminat untuk menerjemahkan sebuah novel terbitan DBP ke dalam Bahasa Inggeris. Tajuknya ialah '3 tahun 8 bulan' karya Allahyarham Saleh Daud. Saya kurang pasti tentang prosedurnya seperti izin mencetak semula dan hakmilik. Diharap pihak tuan dapat membantu. | Sila berhubung dengan Ketua, Bahagian Hakcipta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 06.05.2009 |
Assalamualaikum, Tuan/Puan, Kami ingin membuat permohonan pengesahan visual iklan untuk premis perniagaan kami. Bersama-sama ini kami lampirkan gambar 'foto' lokasi pemasangan papan iklan untuk maklumat pihak Tuan/Puan. Sekian, terima kasih. Yang benar, Norhafizah Hasriq Mohd Saleh SSL DEV SDN BHD Tel : 03-55184948 | Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 17.11.2015 |