Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata salim


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini dianggap betul-'Salim menulis dengan baik karangan ini'---kerana ayat pasif--'Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim' juga diterimaSalim menulis dengan baik karangan ini. - ayat ini betul.Tatabahasa24.03.2010
1.Yang manakah betul-mengajar kami mata pelajaran Sejarah ATAU mengajari kami mata pelajaran Sejarah. 2. Sila berikan satu contoh yang dapat membezakan 'merindui' dengan 'meridukan' 3. Ayat Aktif-Salim menulis karangan ini dengan baik Ayat Pasif-Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik -Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim (Yang manakah betul ayat pasif di atas)

Ayat yang betul ialah,

1.  Mengajari kami mata pelajaran Sejarah - mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang): contoh,  guru yang mengajari murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah.

2. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya: contohnya, orang tua itu merindui anak cucunya, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: contohnya, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati.

3. Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik dan Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim, kedua-dua ayat ini boleh menjadi ayat pasif.

Tatabahasa11.03.2010
(1)Adakah ini ayat songsang-'Salim menulis dengan baik karangan ini'?(2)Mengapakah objeknya bukan ditulis selepas kata kerja(KKT)? (3)Adakah ayat ini betul-'Ketua darjah dipilih oleh saya dan rakan-rakam sekelas.'

(1) Ayat yang betul ialah 'Salim menulis karangan ini dengan baik'. (2) Ayat yang betul ialah 'Ketua darjah saya  dan rakan-rakan sekelas yang pilih.

Tatabahasa27.03.2010
Assalamualakum, Saya nak tanya tentang Hukum D-M. Restoran Kari Kepala Ikan Salim, adakah menepati Hukum D-M? Terima kasih.

Frasa “Restoran Kari Kepala Ikan Salim” mengikut hukum D-M.

Tatabahasa16.05.2024
saya inim meminta biogarfi penulis sajak buku kumpulan puisi MAYA iaitu Agus Salim,serta biografi penulis sajak buku kumpulan puisi DI BAWAH BAHANG MENTARI iaitu Sabar Bohari dan biografi penulis sajak kumpulan puisi RAUNG MERDEKA iaitiu Abdullah Shuib. Saya juga ingin mendapatkan cara untuk menghubungi ketiga tiga penulis sajak tersebut.

Sila rujuk bahan dibawah :

 

 Salim Haji Taib">  

1. Karisma PEN : Biografi Penulis Negeri Sembilan / Salim Hj Taib : 2005

2. Wajah :Biogarfi Penulis ? DBP : 2005

3. Abdullah Shuib / Dewan Sastera Februari 1996

4. Sabar Bohari / Latif Yusoff : Mastika : Ma

Lain-lain31.08.2008
Salam sejahtera, 1. Pak Salim menyiram sayur supaya tumbuh segar.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak sayur yang sama jenis, jadi guna sayur atau sayur-sayur ?). 2. Seorang pekerja menyabit rumput yang panjang dengan menggunakan sabit.(dalam gambar tunggal menunjukkan banyak rumput,jadi guna perkataan rumput atau rumput-rumput?) 3. Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput-rumput yang disabit.(dalam ayat sudah ada perkataan penuh, jadi guna rumput atau rumput-rumput?)(belakang perkataan disabit perlu ditambah dengan subjek? atau memadai dengan disabit. Sekian, terima kasih.

1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud sayur-sayuran ialah sayuran bermacam-macam (berjenis-jenis) sayur, maka yang betul ialah sayur-sayuran untuk menunjukkan bermacam-macam sayur.

2. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud rumput ialah  tumbuh-tumbuhan yang kecil, maka perkataan rumput sudah memadai untuk menunjukkan banyak.

3. Ayat yang betul ialah Jin An menyorong kereta sorong yang penuh dengan rumput yang disabitnya

Tatabahasa21.02.2020
12, Kerana dia bergaduh dengan adik saya, Salim tidak datang-datang ke ramah kami lagi .Tiada kesalahan Munsyi, adakah ayat ini gramatis? saya berpendapat bahawa ayat ini ayat songsang. kerana boleh letak di hadapan ayat, betulkah jawapan saya, munsyi?Ayat itu betul. Ayat songsang juga ayat gramatis. Sila rujuk buku tatabahasa sebagai panduan untuk membina ayat dengan gramatis.Tatabahasa11.03.2012
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi soalan B. Melayu tahun 3 bagi anak saya. Soalan: Pokok kelapa itu CONDONG ke arah rumah Pak Salim. Pilihan jawapan, A Senget B. Miring C Tegak D bengkok. Jawapan guru yang menanda kertas ialah BENGKOK. Kamus DBP edisi 4 menyatakan sinonim bagi condong ialah senget / miring. 3 orang guru BM sekolah anak saya enggan terima jawapan senget. Alasan mereka. Pokok adalah benda hidup, bengkok lebih tepat daripada senget. Saya ingin kepastian daripada pihak tuan, supaya pada masa akan soalan sebegini tidak akan mengelirukan pelajar. Saya amat berharap tuan akan email kepada saya jawapan yang tepat untuk dirujuk kepada guru-guru berkenaan. Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan sinonim bagi condong ialah senget/miring, maka jawapan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah A dan B. Bengkok lazimnya dikaitkan dengan jalan.Tatabahasa23.10.2012
assalamualaikum... saya Nor Sa'adah dari UIAM, Gombak mohon bantuan boleh saya tahu adakah terdapat bahan-bahan manuskrip Melayu dalam format digital di PRPM@DBP? saya merupakan calon PhD yang sedang membuat kajian tentang faktor-faktor penyelidik menggunakan atau tidak menggunakan bahan2 digital tersebut... jadi, saya mohon bantuan untuk mendapatkan contact no. person in charge untuk mendapatkan maklumat tersebutWassalam, Puan/cik boleh menghubungi Encik Mohd Salman bin Zainol atau Encik Salim bin Md zin daripada Pusat Dokumentasi Melayu, nombor telefon 03-2147 9630 atau 03-2147 9637 untuk dapatkan maklumat tersebut. Terima kasih.Lain-lain27.04.2017
maluAntara maksud malu merujuk Kamus Dewan ialah 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya.Makna29.01.2010
12

Kembali ke atas