Saya ingin bertanya soalan. Arahan yang manakah betul dan sesuai? 1. Baca, kemudian salin. 2. Baca. Kemudian, salin. Arahan ini ialah terjemahan langsung daripada bahasa Arab; اِقْرَأْ ثُمَّ انْسَخْ | Arahan yang betul ialah Baca, kemudian salin. Kata “kemudian” tergolong dalam kata hubung gabungan yang menghubungkan dua atau lebih kata yang setara sifatnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1042. | Tatabahasa | 22.07.2025 |
Saya hendak bertanya..tentang penggunaan di dalam dan ke dalam. Contoh ayat ; salin latihan tersebut dalam buku latihan atau salin ayat tersebut di dalam buku latihan. Harap dapat beri sedikit pencerahan. | Penggunaan yang betul ialah "Salin latihan tersebut dalam buku latihan". Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan.
| Tatabahasa | 15.02.2021 |
adakah tanda = dalam kamus dewan bermaksud kedua-dua perkataan itu boleh salin berganti? misalnya campur=bercampur, adakah ini bermaksud perkataan campur dan bercampur boleh salin berganti dalam semua jenis ayat? | Tanda persamaan (=) dalam Kamus Dewan bermaksud atau, sama dengan. Sila rujuk kamus Dewan ms x1ix. | Lain-lain | 31.03.2011 |
Tuan/Puan, Mohon pencerahan tentang ayat manakah yang betul untuk penggunaan ke/kepada: 1a) Salin Foto anda daripada Album Foto kepada Google Photos. 1b) Sailn Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2a) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 2b) Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik ke 10 GB. 3a) Muat naik foto dan video kepada Pustaka Google Photos. 3b) Muat naik foto dan video ke Pustaka Google Photos. 4a) Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda. 4b) Tukar ke paparan pustaka peribadi anda. Terima kasih kerana membantu. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa manakala "kepada" merupakan kata untuk menyatakan arah ke (dipakai sebelum nama orang atau kata pengganti diri), terhadap, akan atau daripada, pada Ayat yang betul ialah: 1. Salin Foto anda dari Album Foto ke Google Photos. 2. Pada masa ini, Google Drive mengehadkan muat naik kepada 10 GB. 3. Muat naik foto dan video melalui Pustaka Google Photos. 4. Tukar kepada paparan pustaka peribadi anda.
| Tatabahasa | 17.05.2023 |
Assalamualaikum Saya ingin menerbitkan sebuah buku nota syarahan sahih bukhari, tali masalahnya adalah pada teks hadis, setakat ini saya hanya salin dari shamela.com dan bandingkan dengan naskhah terbitan Al-bushra, adakah itu dikira melanggar hak cipta? Kalau ya, maka apa yang perlu lakukan untuk mengelakkan dari situasi itu? Kemudian saya baca dalam panduan penulisan teks hadis KDN bahawa setiap teks hadis perlu diterjemahkan, dan terjemahan perlu mengikut kunci transliterasi DBP, kalau saya tidak lakukan demikian ia dikira salah ke? | Salam tuan yang budiman, Permohonan penerbitan manuskrip ini bolehlah dihantar kepada: Pengarah Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Permohonan tersebut perlu disertakan dengan: 1. Salinan lembut manuskrip. 2. Salinan bercetak manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini untuk tindakan pihak DBP selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Karya | 27.05.2025 |
Bolehkah "Changing Mat" diterjemahkan kepada "Pelapik tukar lampin" atau "Alas tukar lampin"? Terima kasih. | Cadangan padanan bagi istilah changing mat dalam bahasa Melayu ialah tikar tukar atau tikar salin. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 15.10.2024 |
Hi, Please approve the billboard visual. Thank You. File name: Kenanga 2.jpg | Sila kemukakan iklan melalui www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Kemudian pilih Khidmat Pengesahan DBP. Sila daftar terlebih dahulu dan semak e-mel untuk mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengakitifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik 'Aktif'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan. | Lain-lain | 11.10.2011 |
Sumpel, Cangkang II, Kecut III, Kuping I (alat pancaindra utk mendengar), Kopok II, Cetek, Adem, Langka, Encok, Melek, Dandan I, Rojak, Jengkol, Sambal, Kontol, Kutil, Kodok, Bebek, Cindil, Samper, Umpet, Copet, Culik, Warung, Begal, Colong, Kebut II, Keteter, Rombongan, Gotong, Beres, Apik, Luwes, Kelilipan, Tengik, Ciut II, lirih, Mandek, Sangar, Tempe, Kolak, Gendut, Bongsor, Cebol, Becek, Beser, Gosong II, Bacin, Langu, Itil, Goblok, Kuntul II, Gabah I, Bekatul, Salin, Pesek, Keluyuran, Kalis, Badut, Kemaruk, Dupak, Jejer, Rongsok, Rongsokan, Lumrah, Kepincut, Bakal, Rembuk, Pundak, Congor, Colot, Rajungan, Yuyu, Ujar, Jebol, Lalap I, Enteng (Asli Bahasa Jawa, Berasal dari Bahasa Jawa [Jw] ) | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pihak DBP akan membuat penelitian bagi setiap kata tersebut. | Lain-lain | 25.04.2023 |
Yang mana betul, "mententeramkan" atau "menenteramkan"? | Perkataan yang betul ialah Menenteramkan. Kata dasar yang bermula dengan huruf p, t, k dan s termasuk di dalam jenis me-. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k dan ny bagi s, seperti contoh yang berikut; pesan= memesan, tetap= menetap, tari = menari, salin= menyalin, sinar= menyinar, serah= menyerah. | Tatabahasa | 10.10.2018 |
Baru-baru ini, saya mendapat info tentang peperibahasa yang ramai tidak sedari di WhatsApp. Ingin saya pastikan kebenarannya. 1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI atau HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI? 2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA atau MELEPASKAN BATOK DI TANGGA? 3. MATA KERANJANG atau MATA KE RANJANG? 4. MERAH PADAM atau MERAH PADMA? 5. MENJOLOK MATA atau MENCOLOK MATA? 6. SALING TAK TUMPAH atau SALIN TAK TUMPAH? | Pendapat baharu tentang peribahasa yang banyak dibincangkan dalam ruang maya belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu (1) harapkan pagar, pagar makan padi; (2) melepaskan batuk di tangga; (3) mata keranjang; (4) merah padam; (5) mencolok mata; dan (6) saling tak tumpah. | Lain-lain | 30.03.2017 |