Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : 1. turunan (surat dll), halaman atau lembaran yg bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dgn yg asal: hanya ~-~ sijil sahaja yg perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.li.nan] | سالينن

Definisi : hasil drpd menyalin; tiruan yg sama: ~ surat beranak; ~ foto salinan yg dibuat dgn menggunakan mesin fotostat; fotokopi. ~ keras ist output komputer yg dicetak pd kertas atau disalin pd filem, transparensi, atau bahantara fizikal lain. ~ lembut ist output komputer dlm bentuk video, audio, dsb yg memerlukan perkakasan utk melihat output tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
salin (kata kerja)
1. Dalam konteks pakaian
bersinonim dengan tukar, ganti, silih, ubah,

2. Bersinonim dengan tulis: tiru, ikut, surih, tekap, fotokopi, mendua,

Kata Terbitan : bersalin, menyalin, menyalinkan, mempersalinkan, salinan, persalinan, penyalinan, penyalin,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERKATAAN SALINAN DIAKUI SAH ATAU SALINAN DISAHKAN BETUL MAKNANYA SAMA ATAU SEBALIK NYA DAN BERI MAKNA PERKATAAN TERSEBUT DAN PERKATAAN YANG MANA SATU BOLEH DIGUNAKAN UNTUK DICOP DISALINAN2 SURAT

Salinan disahkan betul lebih tepat dalam konteks yang saudara maksudkan. Salinan diakui sah jika menurut peraturan yang ditetapkan dan salinan disahkan betul jika sama seperti dokumen asal. 

Tatabahasa05.02.2009
Apakah yang lazim digunakan bagi istilah 'soft copy'? Apakah perbezaan SALINAN SOFT COPY dengan SALINAN DIGITAL?

Puan,

"Soft copy" dan salinan digital ialah perkara yang sama, iaitu salinan dalam bentuk digital,iaitu dalam disket dsb..   "hard copy" pula ialah salinan cetak. 

Istilah09.11.2010
Ingin mencari istilah perkatan 'hardcopy dan softcopy' dalam penggunaan bahasa melayu.

hard copy - salinan cetak atau salinan keras

soft copy - salinan lembut

Istilah14.04.2011
Untuk penggunaan "hard-copy" dan "soft-copy" apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai? Terima kasih.Soft copy diterjemahkan kepada salinan lembut, hard copy diterjemahkan kepada salinan cetak/salinan keras.Tatabahasa02.07.2013
1)dalam bidang ict, apakah terjemahan yang paling sesuai untuk perkataan "soft copy" dan "hard copy". 2) Saya sering temui perkataan "KOSWER" dlm B.Melayu untuk padanan "Courseware".Adakah ia diterima pakai?

Soft copy: salinan skrin atau salinan lembut.

Hard copy: salinan cetak atau salinan keras.

Courseware: Perisian kursus.

Istilah13.03.2009
Apakah perbezaan di antara salinan dokumen dan cabutan dokumen? Contoh salinan sijil nikah dan cabutan sijil nikah.Menurut data kami, salinan ialah 1. turunan (surat dan lain-lain), halaman atau lembaran yang bukan asal, tetapi sama setiap butirannya dengan yang asal: hanya ~-~ sijil sahaja yang perlu dihantar; 2. terjemahan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) manakala cabutan bermaksud 1. apa yang (sudah) dicabut, diambil daripada sesuatu; ~ bertuah undian yang dibuat dengan mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yang menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (daripada karangan dan sebagainya); (Kamus Dewan Edisi Keempat). Sehungan dengan itu, rangkai kata yang sesuai ialah salinan sijil nikah.Makna27.12.2018
Salam, Mohon penjelasan daripada pihak Tuan berkenaan: 1. Salinan ketiga = peniga 2. Salinan keempat = pengempat (Contoh pengunaan resit rasmi) Adakah pengunaan bahasa tersebut adalah betul? Kerjasama daripada pihak Tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasihPeniga ialah padanan perkataan triplicate dalam bahasa Melayu, walau bagaimanpun tidak ada perkataan pengempat dalam sumber rujukan kami.Tatabahasa25.11.2011
Perkataan seperti dibawah apabila diterjemahkan dalam bahasa melayu diterjemahkan sebagai apa? a. Soft copy b. Hard copy c. pen drive/ thumb drive . Terima kasihSoft copy diterjemahkan kepada salinan lembut, hard copy diterjemahkan kepada salinan cetak/salinan keras dan pen drive atau thumb drive diterjemahkan kepada pemacu pena.Istilah19.10.2012
Tajuk: "Salinan Kepada" dalam Surat Rasmi Soalan saya: agensi yang menerima surat melalui "salinan kepada", adakah agensi tersebut boleh mengambil tindakan untuk menjawab surat tersebut?

Penerima surat yang sebenarnya perlu menjawab surat yang diterima, manakala penerima salinan kepada hanya perlu maklum sahaja tanpa mengambil tindakan untuk menjawab surat tersebut. 

Tatabahasa22.08.2011
Tuan/Puan, Manakah cara menulis yang betul? Buat dua(2) salinan dokumen ini. (Tiada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) atau Buat dua (2) salinan dokumen ini. (Ada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) Sekian, terima kasih. Yang benar, Anisah

Ayat yang betul ialah Buat dua (2) salinan dokumen ini.

Lain-lain15.06.2010
12345678910...

Kembali ke atas