munsyi, adakah saling bermaafan, saling berpandangan, saling bertolongan...adalah gramatis? saya kekeliruan kerana be..an bermaksud saling, mengapakah saling bermaafan adalah betul dan saling bermaaf-maafan adalah salah? TK | Perkataan yang betul ialah bermaaf-maafan, berpandangan dan bertolong-tolongan. Contohnya ayat: Ros mengesat air matanya setelah bermaaf-maafan dengan Jamilah. | Tatabahasa | 13.04.2012 |
Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafan | Makna | 25.03.2012 |
saling faham memahami atau saling memahami atau faham memahami? | saling memahami... | Tatabahasa | 20.09.2012 |
saling bertikam-tikaman..adakah frasa ini betul? tuan, TQ | Bertikam-tikaman bermaksud saling menusuk dgn senjata. Oleh itu, tidak perlu lagi didahului oleh kata saling. | Tatabahasa | 01.02.2012 |
saling berkasih-kasihan munsyi, adakah gramatis digunakan? | Bentuk yang gramatis ialah berkasih-kasihan. Perkataan saling tidak perlu kerana berkasih-kasihan telah membawa maksud saling menyayangi. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
Masalah ini tidak akan selesai jika kamu berdua tidak mahu saling bertolak ansur. MUNSYI, SEKALI LAGI, ADAKAH SALING BERTOLAK ANSUR TIDAK SESUAI DIGUNAKAN KERANA ADA BUKU KATAKAN SALAH. TK MUNSYI | Frasa "saling bertolak ansur" adalah tidak gramatis. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan dapatkan maksud bertolak ansur. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Kita boleh saling ______ khabar melalui internet. A. bertanyakan B. berkirim Jawapan mana yang sesuai untuk soalan di atas. | Jawapan yang sesuai ialah bertanyakan. | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Hi, apakah padanan untuk interoperability? Saling boleh kendali? Kesalingbolehkendalian? | Padanan yang lebih sesuai ialah saling boleh kendali. | Istilah | 06.11.2007 |
Assalamualaikum..saya nak tau ape maksud "mutual" dengan lebih jelas..terima kasih... | Berdasarkan Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud mutual ialah adj 1. shared (feeling, emotion, etc) perasaan saling: their ~ affection, perasaan saling sayang-menyayangi; ~ respect and understanding, perasaan saling hormat menghormati dan faham memahami; 2. equally share by each one, bersama: our ~acquaintance, kawan kita bersama; to our ~ advantage, utk kebaikan kita bersama; ~ hobbies, minat bersama; 3. (of people) having same specified relationship to each other, saling, sama-sama: they are ~ friends, mereka saling berkawan. | Makna | 03.08.2010 |
Selalunya kami saling berlumba-lumba untuk menyudahi sesuatu kerja. munsyi, adakah ayat ini salah dari segi gramatisnya? tk | Ayat tersebut tidak gramatis, penggunaan yang betul ialah saling berlumba atau berlumba-lumba. | Tatabahasa | 16.04.2012 |