Melalui semakan kami, “refined salt” ialah “garam kilang”. Walau bagaimanapun dalam peruntukan ayat di bawah ini “refined salt” dipadankan dengan “garam bertapis”. Adakah padanan ini sesuai dalam konteks ayat ini. Table salt 284. (1) Table salt shall be refined salt. It shall contain not less than 97 per cent of sodium chloride on a water-free basis, food additive excluded and shall not lose more than 1 per cent of its weight on drying at 130°C. Garam halus 284. (1) Garam halus hendaklah garam bertapis. Ia hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97 peratus natrium klorida atas asas tanpa air, tidak termasuk aditif makanan; dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus daripada beratnya apabila dikeringkan pada 130°C. | Cadangan padanan yang sesuai digunakan dalam ayat bagi "refined salt" iaitu garam kilang ialah 'Garam halus hendaklah garam bertapis. Garam halus hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 97% natrium klorida pada kadar tanpa air, tidak termasuk tanpa bahan tambahan makanan dan hendaklah tidak kehilangan lebih daripada 1 peratus beratnya apabila dikeringkan pada suhu 130°C.' | Makna | 01.07.2021 |
Adakah perkataan "Special dietary foods with low sodium content including salt substitute" diberikan terjemahan yang betul dalam ayat di bawah ini? Special dietary foods with low sodium content including salt substitute 393A. (1) Special dietary foods with low sodium content shall be foods with special dietary value as the result from the reduction, restriction or removal of sodium and include salt substitutes with low sodium content. Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam 393A. (1) Makanan diet khas yang mempunyai kandungan natrium rendah ialah makanan yang nilai diet khasnya terhasil daripada pengurangan, pengehadan atau penyingkiran natrium dan termasuk pengganti garam yang mempunyai kandungan natrium rendah. | Padanan bahasa Melayu “Makanan diet khas dengan kandungan natrium rendah termasuk pengganti garam” untuk ayat “Special dietary foods with low sodium content including salt substitute” adalah betul. | Makna | 22.07.2021 |
Apakah padanan bagi istilah di bawah ini? Monosodium salt of L-Glutamic Acid (Monosodium L-Glutamate) Sodium or Calcium Salt of Guanylic Acid or Inosinic Acid or a combination of these. Yeast extract or dried inactive yeast or autolyzed yeast | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, kami mencadangkan padanan dan terjemahan seperti yang berikut: Garam monosodium asid L-glutamik (Monosodium L-Glutamat) natrium atau garam kalsium asid guanilik atau asid inosinik atau gabungan bahan-bahan ini. Ekstrak yis atau yis tak aktif kering atau yis autolisis. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.08.2021 |
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi "Salt Lake City"? Adakah nama tempat ini boleh dikekalkan seadanya? Mohon pendapat DBP. Terima kasih. | Salt Lake City merupakan sebuah bandar di Amerika Syarikat. Sehubungan dengan itu, nama tersebut perlu dikekalkan dalam ejaan asal. | Lain-lain | 26.09.2017 |
Boleh saya dapatkan terjemahan perkataan ini dalam bahasa Melayu: 1. 4-aminophenazone 2. Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate 3. Catalyses Bolehkah saya menambah imbuhan untuk dijadikan sebagai kata kerja bagi perkataan yang diterjemahkan sperti di bawah: 1. Dikatalisiskan (daripada catalyse) 2. Dihomogenkan (daripada homogenous) 3. Divorteks (daripada vortex) | 1. Aminophenazone - aminofenazola 2. Istilah Ethylenediaminetetraacetic acid disodium salt dihydrate tidak ada dalam sumber rujukan, cadangan kami Asid etilenediaminetetra dinatrium garam dihidrat. 3. Boleh diletak imbuhan asalkan sesuai dengan konteks makna istilah tersebut. | Istilah | 06.08.2012 |
Apakah padanan bagi istilah di bawah ini: citric acid esters othophosphoric acid sodium, potassium and calcium monobasic, dibasic and tribasic salt Terima kasih | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: citric acid esters - ester asid sitrik orthophosphoric acid sodium - asid natrium ortofosforik potassium and calcium monobasic - monobes kalium dan kalsium dibasic and tribasic salt - garam dwibes dan tribes Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Lain-lain | 19.08.2021 |
Tuan/Puan, Mohon khidmat nasihat tuan/puan bagi istilah yang sesuai untuk 'underlying medical conditions', 'outbound tourism', 'elastic compression stoking', 'healthcare professional', 'oral rehydration salt', 'transmission of disease', 'venous thromboembolism' dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Sila berikan konteks penggunaan istilah agar istilah yang sesuai boleh dicadangkan. | Makna | 14.05.2014 |
Adakah padanan bagi "iodine-containing compounds" ialah "sebatian yang mengandungi iodin"? seperti dalam ayat di bawah ini. 393A.(7) The addition of iodine-containing compounds to salt substitutes shall be in accordance with regulation 285 of these Regulations. 393A.(7) Penambahan sebatian yang mengandungi iodin pada pengganti garam hendaklah mengikut kehendak peraturan 285 Peraturan-Peraturan ini. | Cadangan padanan yang sesuai bagi istilah iodine-containing compounds ialah sebatian mengandungi iodin. Ayat yang betul ialah Penambahan sebatian mengandungi iodin ke dalam pengganti garam hendaklah mengikut peraturan 285 peraturan-peraturan ini.
| Istilah | 22.07.2021 |
Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “total nitrogen”? Sebagai contoh seperti dalam peruntukan di bawah ini— “ (b) shall contain not less than— (i) 0.6 per cent weight per volume of total nitrogen; and (ii) 7 per cent salt. (b) hendaklah mengandungi tidak kurang daripada— (i) 0.6 peratus berat bagi setiap isipadu nitrogen total; dan (ii) 7 peratus garam.” Adakah padanannya ialah “jumlah nitrogen”, “nitrogen total” atau adakah ada padanan yang lain. | Sekiranya bersesuaian dengan konteks penulisan puan, istilah total nitrogen boleh dipadankan dengan nitrogen total atau nitrogen penuh dalam bahasa Melayu. | Istilah | 07.07.2021 |
Adakah padanan “nearest multiple” dalam ayat di bawah ini betul dari sudut padanannya iaitu “gandaan yang terhampir”? 393A.(9) The following details shall be written in the label on a package of low sodium food or very low sodium food excluding salt substitutes: (a) the sodium content of the nearest multiple of 5 mg/100 g and, in addition, per as specified serving of the food as normally consumed; (9) Butir-butir yang berikut hendaklah ditulis pada label di atas suatu bungkusan makanan natrium rendah atau makanan natrium sangat rendah tidak termasuk garam pengganti: (b) kandungan natrium kepada gandaan kandungan 5 mg/100 g yang terhampir dan sebagai tambahan, bagi setiap hidangan yang ditentukan bagi makanan itu sebagaimana yang lazimnya dimakan; | Padanan bahasa Melayu yang sesuai bagi "nearest multiple" ialah gandaan terhampir. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.07.2021 |