Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"? Adakah (ceong-sam) atau (ce-ong-sam)? Terima kasih.Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan - Jawi Edisi kedua  pemenggalan suku kata bagi perkataan "ceongsam"  ialah [Céong.sam]  iaitu pemenggalan mengikut sebutan bunyi. é bermaksud membunyikan e secara e taling. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan antara pemenggalan suku kata (pemisahan suku kata) dengan pemenggalan sebutan bagi kata bahasa Melayu. Pemenggalan suku kata ditandai oleh satu vokal, vokal itu dapat didahului atau diapit oleh konsonan (berbeza dengan pemenggalan sebutan). Kebiasaannya di peringkat prasekolah, pemenggalan dibuat berdasarkan suku kata. Oleh itu, jika berdasarkan suku kata, pemenggalannya ialah (ce.ong.sam).Ejaan21.02.2018
Sam Liew ISN 11.10 PAGI Selamat pagi, Tuan / Puan Minta bantuan untuk menyemak status permohonan pengesahan Bahasa iklan. No. permohonan ialah 4352/2017 dan 4336/2017. Terima kasih.Permohonan tuan telah diproses.Lain-lain10.07.2017
Sam Nizar Taufick 6:14PM kenapa perkataan kemaluan digunakan untuk menterjemah alat kelamin?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud alat kelamin ialah kemaluan manusia atau binatang pada laki-laki atau perempuan, jantan atau betina. Manakala maksud kemaluan pula merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah alat kelamin pada manusia lelaki atau perempuan, dalam keadaan malu, berasa malu, rasa malu, rasa aib, sesuatu yang memalukan, keaiban.Istilah02.08.2016
Saya Sam bercakap. Ayat ini betul ke?

Ayat “Saya Sam bercakap.” betul sekiranya dalam konteks perbualan telefon.

Tatabahasa01.02.2024
Assalamualaikum, pada sesetengah kitab Tauhid, perkataan "al-sam'," diterjemahkan sebagai "pendengaran," dan "al-basar" sebagai penglihatan untuk menyelaraskan terjemahan tersebut dengan masdar (kata dasar) bahasa Arab, menunjukkan ianya sebagai sifat dan membezakannya dengan kata kerja. Akan tetapi, perkataan "al-kalam" diterjemahkan sebagai "berkata-kata" iaitu kata kerja dan tidak diterjemahkan sebagai "pengataan" dan istilah ini tidak saya temui dalam carian saya. Apakah cadangan istilah yang sesuai untuk diterjemahkan perkataan ini? Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih atas perhatian pihak tuan.Al-sam', al-basar, dan al-kalam merujuk kepada sifat Allah. Bagi perkataan al-kalam, terjemahan yang sesuai ialah "berkata-kata" iaitu merujuk kepada sifat Allah yang berkata-kata. Perkataan "pengataan" tidak gramatis dan tiada di dalam Kamus Dewan edisi keempat.Istilah20.04.2011
apakah padanan jawi untuk perkataan KLIA,MRSM,SMK, SJK(t) / sjk(c),SAM,SMP,RISDA,MARA,UIA,ADUN,UPSI

Padanan ejaan Jawi bagi singkatan (yang dilafazkan huruf demi huruf), ditulis dengan menggunakan sebutan atau nama huruf dalam abjad Rumi yang ditulis Jawi dan dibubuh tanda titik selepas setiap huruf tersebut: 

KLIA - کي.ּּاؠل.اءي.أي.

MRSM- عيم.ار.ايس.عيم.

SMK- ايس.عيم.کي.

SJK(t)- (.تي).  ايس.جيه.کي  

SJK(c)- (.سي).  ايس.جيه.کي  

SAM-ايس.أي.عيم.

SMP-.ڨي. ايس.عيم

UIA- يو.اءي.أي.

UPSI- يو.ڨي.ايس.أي.

Padanan ejaan Jawi bagi akronim nama khas atau akronim kata umum dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (yang dilafaz sebagai kata) boleh ditulis lengkap sebagai kata: 

RISDA-ريسدا

MARA- مارا

ADUN-ادون

Ejaan18.02.2022
Salam sejahtera. Bersama-sam ini dihantar dokumen yagn mengandungi sosalan-soalan untuk modul PdpC untuk murid Prasekolah dan Pendidikan Khas Prasekolah utnuk pohon panduan penyemakan bahasa.Terima kasih.KNB mempunyai ruang yang terhad dan perlu mematuhi tempoh menjawab yang ditetapkan. Pertanyaan yang dikemukakan terlalu banyak dan mengambil masa untuk menjawabnya. Oleh itu, kami memerlukan masa yang sewajarnya dan jawapan akan di-e-melkan terus kepada tuan.Tatabahasa05.12.2017
Selamat petang, bolehkah tuan tolong semakkan suku kata yang berikut adakah betul? Dan mana boleh rujuk suku kata ?Suku kata yang betul ialah 
KV+VKK+KVK = Ceongsam
KVK+KVKV = Corrine
Tuan juga boleh rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.
Lain-lain25.05.2021
1. Apakah kata dasar bagi perkataan "Permohonan" Pohon atau Mohon. 2. Untuk membentuk ayat bagi tajuk surat yang betul, yang mana saya sesuai dan betul penulisannya. Sama ada i) POHON KHIDMAT KAUNSELING ii) MEMOHON KHIDMAT KAUNSELING atau iii) PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING 3) Untuk membentuk ayat yang betul, yang mana saya betul sam ada, i) Dipohon kerjasama tuan atau ii) Dimohon kerjasama tuan. mohon mendapat penjelasan secepat mungkin. terima kasih. t.t. (Rusli Kamaruddin) PA YB. Dato' Speaker merangkap Pelapor Perbahasan Dewan Undangan Negeri PULAU PINANG.

1. Kata dasar permohonan ialah mohon. 

2. Ayat yang paling tepat untuk tajuk surat ialah "PERMOHONAN KHIDMAT KAUNSELING"

Tatabahasa18.07.2011
Apakah perbezaan antara menyambungkan dengan menyambung?Menyambung membawa maksud: 1. menjadikan lebih panjang dengan tambahan (tali, perbualan, cerita, dan lain-lain), me­manjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dan lain-lain)2. meng­hubungkan sesuatu dengan yang lain (benda yang putus-putus dan lain-lain) 3. menghubungkan (tele­fon yang mendapat panggilan dengan sam­bungan-sambungan lain). Menyambungkan pula, 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan 2. menghubungkan sesuatu dengan yg lain (perkara yg putus-putus dll) 3. menggunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyambung untuk (orang lain). Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang sama. Cuma makna tambahan bagi menyambungkan ialah, menyambung untuk orang lain.Tatabahasa16.06.2016
12

Kembali ke atas