Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ma.sa.ma] | سام٢

Definisi : 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sama-sama

Puisi
 

Jangan tuan mengail tenggiri,
     Sama-sama mengail sembilang;
Jangan tuan menghina diri,
     Sama-sama dagang terbuang.


Lihat selanjutnya...(201)
Peribahasa

Orang bergayung sama pandai,
     sama bak kundi atas dulang.

Bermaksud :

Sama-sama ahli; sama-sama pendekar. kundi = biji saga.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

380

So many men, so many opinions.

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. So many men, so many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan kepala sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain , saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(58)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam..saya ingin bertanya, adakah sama-sama kata ganda?

Sama-sama bukan merupakan kata ganda. Sama-sama ialah kata adverba penggandaan penuh. Kata adverba penggandaan penuh ialah perkataan yang terhasil daripada proses menggandakan seluruh kata dasarnya.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 292.

Tatabahasa11.03.2025
Adakah tanda baca koma beserta elipsis dalam ayat di bawah ini betul? "Segala gaya indah, hodoh, berpeluh,... kita sama-sama sudah nampak."Cara penulisan elipsis dalam ayat tersebut ialah:
 
"Segala gaya indah, hodoh, berpeluh ... kita sama-sama sudah nampak."    (perlu ada jarak sebelum dan selepas titik elipsis, tidak perlu tanda koma)  
Ejaan16.05.2024
Terima KasihSama-sama.Lain-lain03.06.2020
Salam sejahtera. Saya ingin menanyakan maksud peribahasa berikut. - Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Adakah peribahasa ini membawa maksud 'Kedua-dua belah pihak sama-sama bertanggungjawab.' Terima Kasih.

Maksud peribahasa “Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi” ialah cinta kasih yang tidak berbalas atau cinta kasih yang hanya datang daripada sebelah pihak saja.

Sastera26.07.2022
Dalam konteks e-commerce, penterjemahan yang mana paling sesuai digunakan untuk 'SIMILAR'. Similar disini merujuk kepada mencari produk yang sama. - Sama - SerupaTerjemahan perkataan bahasa Inggeris, similar dalam bidang e-dagang dalam bahasa Melayu ialah sama ada sama atau serupa. Kedua-duanya boleh digunakan kerana mempunyai maksud yang sama. 
Sama - tidak ada bezanya, serupa saja
Serupa - sama jenisnya atau sama rupanya
Makna04.01.2022
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
Kata Hubung 1. __________umurnya 70 tahun,_________dia masih bertenaga. 2. Sikap Faridah yang mengadakan-ngadakan _____hari ___ menjadi. 3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan __________ buku Latihan __________buku kerja. 4. “___________ saya tidak dihiraukan, ___________ awak ,” kata Amin kepada Dali. 5. __________ Siew Lan kurus, ___________ dia kuat makan. 6. Rumah di hujung pekan itu _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 7. “ Anak gadis Datuk Ramzi ____________bijak________ juga peramah,” kata Dato’ Azlan. 8. Bersenam _________ baik untuk fizikal, __________ mental kita. 9. “ ________ lelaki _________ perempuan, sama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,”kata ketua kampung. 10. ___________ terus berdiam, ___________ saya berterus terang sahaja.
Penggunaan kata hubung yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Walaupun umurnya 70 tahun, tetapi dia masih bertenaga.

2. Sikap Faridah yang mengada-ngada semakin hari  semakin menjadi.

3. Cikgu Lina meminta murid-murid mengeluarkan beberapa buku latihan dan buku kerja.

4. “Walaupun saya tidak dihiraukan, janganlah awak kecewa,” kata Amin kepada Dali.

5. Walaupun Siew Lan kurus, tetapi dia kuat makan.

6. Rumah di hujung pekan itu sangat  baik untuk fizikal dan mental kita.

7. “Anak gadis Datuk Ramzi terlalu bijak dan juga peramah,” kata Dato’ Azlan.

8. Bersenam sangat baik untuk fizikal dan mental kita.

9. “Baik  lelaki  mahupun perempuan, bersama-sama bergotong-royong membersihkan balai raya itu,” kata ketua kampung.

10. Daripada terus berdiam, sebaiknya saya berterus terang sahaja.

Tatabahasa06.10.2021
Tuan/Puan, Saya Dalam Peringkat Akhir Penyelidikan Antarabangsa Dan Kini Menuju Ke Peringkat PENJEJAKAN. Dan Untuk Hal Tersebut, Saya Memerlukan Bantuan Organisasi Bahasa Seperti Tuan/Puan Untuk Melakukan : TERJEMAHAN Bahan Laporan Yang Saya Buat Dalam BAHASA MALAYSIA Ke Dalam BAHASA INGGERIS - Untuk Rujukan Pelbagai Pihak Antarabangsa Kelak Termasuk Pihak KERAJAAN Negara-Negara Antarabangsa. Untuk Makluman, Saya Kurang Berkemahiran Menulis Dalam English. Semoga Pihak Tuan Dapat Membantu Usaha Amanah Tanggungjawab Antarabangsa Seperti Ini. Biar Balik Tangan Kosong Setelah Usaha, Daripada Berlaku : LALAI, CUAI, TERLEPAS PANDANG SERTA ENDAH TAK ENDAH DALAM PERKARA AGAMA DAN KETUHANAN (Covid19 TIADA KENA MENGENA DENGAN SIFAT ACUH TAK ACUH MANUSIA BERKENAAN Perkara Kajian Ini Yang Dibangkit Sejak 2018 Di Malaysia - Negara Kelahiran Subjek Kononnya Si KUNCI UTAMA & PEMULA LANGKAH PENJEJAKAN SUCI Di Akhir Zaman) Semoga Kerjasama Kita Berterusan Kelak Sesudah Dan Termasuk (Jika Sudi Supply TEAM GERAK KHAS DBP Untuk Jadi TEAM MANUSKRIP & PERBAHASA-AN Kelak); Untuk Sama Sama Dalam Sesi XRay Rasmi 4 IKONIK PEMANDA MASA AKHIR ZAMAN, Dimulai Dengan : INDIA, CHINA & MESIR Kelak. LAPORAN RASMI UTAMA Dihantar Kemudian Melalui Emel Reply Anda. Kapasiti Borang Ini Terhad.Untuk makluman, Dewan Bahasa dan Pustaka tidak membuat kerja-kerja terjemahan. Walau bagaimanapun, pihak tuan boleh berhubung dengan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) untuk urusan yang berkaitan dengan terjemahan. Terima kasih.Lain-lain16.05.2021
Selamat sejahtera, 1.Mereka menyiapkan tugasan seni bersama-sama. 2.Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni. (Kedua-dua ayat di atas betul ?) Terima kasih.Berdasarkan cadangan jawapan yang diberikan, yang betul ialah Mereka bersama-sama menyiapkan tugasan seni.Lain-lain13.06.2022
Apakah maksud frasa "antara satu sama lain" secara lebih terperinci ? Bolehkah tuan/puan memberikan beberapa contoh penggunaan frasa ini dalam ayat ?

Untuk makluman, frasa “antara satu sama lain” sama seperti frasa “antara satu dengan yang lain” yang membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun, antara kedua-dua frasa tersebut, frasa yang betul ialah “antara satu dengan yang lain”. Manakala frasa “antara satu sama lain”  pula, penggunaannya telah meluas dalam kalangan pengguna bahasa.

 

Kata “antara” dalam kedua-dua frasa tersebut berfungsi sebagai kata sendi nama yang menunjukkan “perbandingan”.  Contoh dalam ayat:

1. Mata mereka bertatapan antara satu sama lain.

2. Rakyat Malaysia saling menghormati antara satu dengan yang lain.

 

 

Tatabahasa29.07.2020
12345678910...

Kembali ke atas