Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
samada atau sama ada yang betul dalam penggunaan bahasa?Ejaan yang betul ialah sama ada.Ejaan07.10.2011
samada atau sama ada. ingin kepastianJawapan yang betul ialah sama ada. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Istilah13.11.2006
Sila semak samada ayat ucapan Hari Raya seperti berikut adalah betul. Salam Aidilfitri Dengan Ingatan Tulus Ikhlas Maaf Zahir Batin

Ayat tersebut betul untuk digunakan dalam laras ucapan/percakapan, tetapi jika  dalam bentuk tulisan/  teks     lebih baik ditulis seperti berikut: 

Salam Aidilfitri dengan Ingatan Tulus Ikhlas, Mohon Maaf Zahir dan Batin.
Lain-lain30.05.2017
Tolong nasihat samada minum sup boleh diterima atau tidak?Menurut Kamus Dewan, sup sejenis masakan yang banyak kuahnya (dibuat daripada ramuan-ramuan tertentu seperti daging, ikan, sayur, sup ayam: sup kambing. Oleh sebab sup dikategorikan sebagai makanan, maka kata kerja yang sesuai digunakan ialah "makan".Tatabahasa14.05.2015
Perkataan depositori samada sesuai digunakan bagi mengganti penyerahan iaitu: Pusat Penyerahan Koleksi Negeri kepada Pusat Koleksi Depositori Negeri terima kasih ....Depositori bermaksud badan yang di­amanahkan untuk menyimpan sesuatu (seperti dokumen, wang, sekuriti dan bon) untuk tuju­an keselamatan. Berdasarkan penggunaan perkataan depositori  dalam istilah seperti Syarikat Amanah Depositori, tidak membawa maksud penyerahan.Tatabahasa09.01.2015
mohon penjelasan samada perkataan " garis panduan " dan "berhubung kait" di renggankan atau dirapatkan.Perkataan "garis panduan" dan "berhubung kait" perlu dijarakkan.Ejaan01.04.2013
Mohon pengesahan samada penggunaan ayat Kempen Penggunaan Plastik Secara Mampan adalah tepat bagi tujuan kempen kesedaran masyarakat untuk mengurangkan penggunaan plastik konvensional dan menggalakkan penggunaan bahan alternatif lain seperti plastik bio-degeredable,beg kitar semula,kertas dan lain-lain dalam aktiviti harian.Perkataan mampan lazimnya digunakan dalam konteks ekonomi dan pembangunan. Kami cadangkan slogan tersebut diubah menjadi Kempen Tidak Menggunakan Plastik, bermakna pengguna harus mengurangkan dan kemudian tidak menggunakan plastik dalam urusan harian.Tatabahasa01.08.2012
ingin tahu samada soalan yang dilampirkan dalam email ini betul atau salah. ayat tersebut tidak menggunakan imbuhan & kata hubung. soalan ini dari buku sekolah untuk darjah satu di sekolah tamil vivekananda petaling jaya, jalan templer.

Ayat terdiri daripada Subjek dan Predikat. Subjek daripada kata nama/frasa nama, manakala predikat daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Oleh itu, ayat mesti menggunakan imbuhan untuk melengkapkan frasa kerja seperti Kakak membeli bakul rotan.

Tatabahasa12.06.2012
adakah perkataan "samada" wujud?atau kesalahan ejaan "sama ada"Ejaan betulnya ialah sama ada.Lain-lain16.08.2010
Tolong jelaskan samada penggunaan 'di' dalam frasa berikut betul. - di dalam petikan.kata sendi nama yang betul ialah dalam petikan, bukan di dalam petikan. Kata sendi nama dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.  Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 285.Tatabahasa18.04.2010
12345678910...

Kembali ke atas