Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.man] | سامن

Definisi : perintah rasmi yg menuntut seseorang hadir ke mahkamah utk didakwa, (surat) panggilan utk diadili: hutang kajang belum habis dibayar, ~ pula tiba; menyaman mendakwa (menuntut) utk diadili: orang-orang yg tidak membayar cukai akan disaman. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.man] | سامن

Definisi : Kl sj topi yg diperbuat drpd meng-kuang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.man] | سامن

Definisi : ; ratib ~; ® ratib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.man] | سامن

Definisi : surat perintah supaya datang ke mahkamah utk dibicarakan. me­nyaman mengeluarkan perintah kpd seseorang supaya datang ke mahkamah utk dibicarakan: Kerajaan telah ~ orang-orang yg tidak membayar cukai pendapatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata saman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan cadangan dan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257(Contoh saman diseratakan) "Cadangan Slogan seperti berikut: Tidak hadir makhamah, Waran Tangkap akan dikeluarkan" Mohon pandangan dan cadangan untuk kegunaan dalam dwi bahasa, Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Sekian. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman.Kami mencadangkan frasa tersebut dipinda menjadi: Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan.Tatabahasa21.10.2015
Adakah istilah "Tak makan saman" boleh diguna pakai secara rasmi dalam bahasa malaysia untuk makna "tidak dengar cakap" atau "tidak belajar daripada kesilapan"?Frasa tak makan saman ialah bahasa percakapan dan dalam konteks rasmi seperti dalam bidang pendidikan hendaklah menggunakan bahasa standard.Tatabahasa16.08.2020
Assalamualaikum, Pihak Pemprosessan Saman dan Waran Tangkap Cawangan Trafik, PDRM ingin mendapatkan pandangan daripada pihak Tuan untuk kegunaan slogan di POL 257 Cadangan Slogan seperti berikut: "Gagal selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan" Mohon nasihat untuk pembaiikkan dan digunapakai. Insp Nooraini Ali Cawangan Trafik PDRM, Bukit Aman.Bagi slogan "Gagal Selesaikan, Waran Tangkap Dikeluarkan". Apakah yang gagal diselesaikan? Saman atau denda atau selainnya. Pada pandangan kami slogan ini tidak dapat difahami dengan jelas. Pertanyaan yang hamper sama pernah kami terima dan pernah mencadangkan "Gagal Hadir di Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan".Tatabahasa03.11.2015
Saya merupakan individu yang telah menfailkan saman tuntutan RM 1 juta terhadap Stesyen Radio Xfresh fm berkaitan penyiaran lagu Indonesia dan promo yang menjanjikan tawaran RM1 juta kepada mana-mana pendengar yang berjaya membuktikan bahawa pihak radio tersebut ada menyiarkan lagu-lagu Indonesia atau tidak. Proses perbicaraan masih berjalan berikutan wujud kemusykilan pada konteks penggunaan ayat. Peguam plaintif mengatakan promo yang berbunyi " ingat tau, RM 1 juta jika dapat membuktikan kami ada menyiarkan lagu Indonesia ......." bukan bermaksud satu tawaran. Mereka mengatakan ayat tawaran mesti berbunyi seperti ini "Siapa yang dapat membuktikan Xfresh Fm ada menyiarkan lagu Indonesia akan dibayar RM1 juta". Oleh itu saya ingin meminta penerangan secara penuh berkaitan konteks dan maksud ayat yang digunakan dalam promo tersebut. Saya juga mengharapkan jawapan secara bertulis kerana ia merupakan bahan atau hujah bagi menguatkan dakwaan saya berkenaan tawaran RM 1 juta tersebut. Untuk pengetahuan pihak tuan, pihak Xfresh fm memang telah terbukti telah menyiarkan lagu Indonesia iaitu "My Heart", bagaimanapun kini mereka enggan membayar RM 1 juta yang ditawarkan kerana beranggapan promo itu bukan bersifat tawaran dan ia hanya gimik sahaja. Harap pihak tuan dapat jelaskan juga maksud perkataan gimik dan syarat-syarat atau peraturan menggunakan gimik. Terima kasih.Khidmat Nasihat Bahasa tidak merangkumi sebarang pertikaian mahkamah. Walau bagaimanapun tuan boleh mengemukakan masalah ini menerusi surat rasmi kepada Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain11.07.2009
Salam sejahtera, tuan. Saya ada beberapa soalan. 1) Mengenai saman polis trafik itu akan dijelaskan oleh abang secepat mungkin. Adakah tentang sesuai untuk digantikan dengan mengenai? 2) Adakah demi digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama sahaja? Adakah demi sesuai untuk digunakan di hadapan kata kerja seperti menjaga keamanan negara? Terima kasih.

1. Perkataan “tentang” boleh menggantikan perkataan “mengenai” dalam konteks ayat yang diberikan.

2. i) Perkataan “demi” merupakan kata sendi nama yang kedudukannya terletak di hadapan kata nama atau frasa nama.

   ii) Perkataan “demi” boleh diletakkan di hadapan kata kerja dalam ayat pancangan keterangan. Contoh dalam ayat, “Ahmad rela ditugaskan di sempadan Thai-Malaysia demi menjaga keamanan negara.”.

Tatabahasa22.03.2022
Kemusykilan: Ada berapa ayat yang betul. Kenapa dipilih betul dan kenapa tidak betul? a. Semua guru-guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka. Terima kasih.

a. Semua guru dikehendaki berkumpul di bilik guru. (perkataan 'guru' tidak perlu diulang kerana perkataan 'semua' telah membawa maksud jamak)

b. Wan Mat Saman berasal dari negeri Kedah. (betul)

c. Kakak membersihkan lantai yang kotor. (betul)

d. Anak-anak lembu Pak Rastam gemuk belaka atau Anak lembu Pak Rastam gemuk-gemuk belaka.

Tatabahasa19.10.2011
Seorang anggota polis berseragam sedang menyaman pemandu itu. Adalah betul ayat saya? Terima kasih.Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah Seorang anggota polis berpakaian seragam sedang mengeluarkan surat saman kepada pemandu itu. Sekian, terima kasih.Pengembangan28.05.2020
saya mahasiswa ingin pertanya? Apakah perkaitan puisiBagi menjawab pertanyaan sdr itu, sila rujuk atau dapatkan buku terbitan DBP (2005) berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden - Puisi, pengkaji oleh Sahlan Mohd. Saman. Sdr juga boleh layari laman sesawang  DBP iaitu http://www.dbp.gov.my dan klik ikon INGIN MEMBELI BUKU. Dalam hal ini sdr boleh memilih judul-judul buku yang sesuai untuk maksud tersebut. Sekian, terima kasih dan selamat berjaya!   Lain-lain14.07.2010
kata ganti nama diri "ia" boleh atau tidak digunakan untuk benda atau sesuatu perkara?Selain daripada kata ganti diri ketiga, ia juga kata ganti benda yang dibicarakan seperti ayat: Inilah ganti rugi saman malu yang paling besar dalam sejarah negara kita walaupun ia hanya separuh daripada yang dituntut.Tatabahasa09.01.2012
Salam/ selamat sejahtera, Pertanyaan saya, adakah terma-terma perundangan/ kehakiman seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim perlu ditulis huruf besar walaupun di tengah-tengah ayat. Contoh: 1) Amber memohon kepada Mahkamah (mahkamah) di Virginia untuk mengetepikan saman itu. 2) Oleh yang demikian, Hakim (hakim) berpendapat terbukti Amber dipukul. 3) Apabila saksi Plaintif (plaintif) terpaku begitu. 4) Peguam Defendan (defendan) tiada bantahan. Terima kasih.Perkataan-perkataan dalam terma perundangan seperti defendan, mahkamah, plaintif dan hakim merupakan kata nama am dan ditulis dalam huruf kecil di tengah-tengah ayat. Namun penggunaan huruf besar dan huruf kecil dan penggunaan perkataan sebagai nama khas atau nama am bergantung pada makna dan konteks penggunaan dalam sesuatu wacana.Ejaan30.05.2023
12

Kembali ke atas