sambungan ... menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih yang terletakhak pada Perbadanan atas apa-apa terma sebagaimana yang didapati patut oleh Perbadanan,…” 4. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
(Sambungan) ... Saving 13. Nothing in this Act shall affect the rights of the Yang di-Pertuan Agong, the Rulers or yang di-Pertua Negeri or of any body politic or corporate or of any other persons except such as are mentioned in this Act and those claiming by, from or under them.” 3. Saya juga memohon khidmat nasihat Tuan sama ada imbuhan “kan” perlu digunakan bagi perkataan “memindah” seperti mana peruntukan di bawah seksyen 3 Akta yang sama yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu di bawah: “Pemerbadanan Perbadanan terdahulu dan Cawangan Persatuan Palang Merah British di Sabah dan Sarawak 3. Orang yang sebaik sebelum hari yang ditetapkan telah menjadi anggota Perbadanan terdahulu atau mana-mana Cawangan dan semua orang itu yang kemudian daripada ini menjadi anggota Perbadanan menurut Akta ini atau mana-mana kaedah-kaedah atau undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya, hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (atau dalam Bahasa Inggeris Malaysian Red Crescent Society) dan dengan nama itu hendaklah kekal turun-temurun dan boleh membuat kontrak, dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih, dan boleh memindahhakkan, (memindahkan hak milik / memindah milik), ... (Bersambung) | Perkataan atau frasa yang puan berikan terlalu umum. Terjemahan yang baik dan tepat memerlukan pemahaman yang menyeluruh berkaitan konsep dan konteks penggunaan teks dalam sesebuah bidang. Padanan yang diberikan juga perlu selaras untuk keseluruhan teks, khususnya teks laras undang-undang. Untuk makluman, DBP tidak menjalankan kerja penterjemahan atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. Untuk maklumat tambahan berkaitan padanan istilah, puan boleh melayari laman web PRPM melalui https://prpm.dbp.gov.my | Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2022 |
sambungan ... 1.Apa yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa zaman bahari? | Zaman bahari ialah zaman purbakala | Makna | 27.07.2007 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang sesuai untuk 'check' dalam ayat 'Check your connection'. Mesej ini dipaparkan pada skrin komputer apabila pengguna tiada sambungan Internet dan tidak dapat mencapai laman web. Adakah terjemahan yang betul 'Semak sambungan anda' atau 'Periksa sambungan anda'? Terima kasih atas bantuan tuan. | Cadangan kami Check your connection diterjemahkan kepada periksa sambungan anda. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.09.2017 |
Salam, sambungan kepada soalan SESTA tadi, bagaimana pula ejaannya jika sebutan e ialah e pepet. Saya ingin tahu ejaan Jawi bagi kedua2 sebutan, e pepet dan e taling. Terima kasih. | Ejaan SESTA (e pepet) ialah سستا dan ujian SESTA (e taling) ialah سيستا. | Ejaan | 09.10.2019 |
Maaf. sambungan soalan yang tadi. Sekiranya majlis konvokesyen digunakan, adakah ia hanya terhad untuk menyampaikan di peringkat ijazah sahaja? Memandangkan Jabatan ini hanya mengeluarkan graduan/ siswazah di peringkat sijil sahaja. Terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan kata graduan ialah mahasiswa yang akan menerima ijazah pada hari penyampaian ijazah. Untuk makluman tuan, kata graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Majlis penyampaian sijil tidak boleh dinamakan sebagai majlis konvokesyen kerana konvokesyen untuk ijazah sahaja. Cadangan yang sesuai ialah Majlis Penyampaian Sijil Institut Latihan Perhutanan Ke-33. | Tatabahasa | 12.04.2019 |
Sambungan Internet bekelajuan tinggi membolehkan perpindahan data dengan cepat dan serta-merta Adakah penggunaan ayat di atas betul atau salah? Boleh saya tahu sebab kesalahan tersebut | Ayat berikut betul dan boleh digunakan: “Sambungan Internet bekelajuan tinggi membolehkan perpindahan data dengan cepat dan serta-merta.” Nota: * Internet connection/joint - sambungan Internet (istilah) * Perpindahan - Hal atau perbuatan berpindah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 432 – 575 dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1718. | Tatabahasa | 21.07.2024 |
Saya ingin bertanya tentang tatabahasa ayat ini dan penggunaan perkataan "sambungan" dan "penyambungan". Contoh ayat: Jika anda mengalami masalah seperti kualiti media rendah atau penghantaran mesej tertangguh, ia mungkin masalah berkaitan penyambungan. (Atau sambungan?). Terima kasih | Perkataan yang digunakan dalam ayat tersebut ialah penyambungan. "Jika anda mengalami masalah seperti kualiti media rendah atau penghantaran mesej tertangguh, ini mungkin masalah penyambungan." | Lain-lain | 03.12.2021 |
Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak dengan 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan Adakah penggunaan kata sendi 'dengan' dalam ayat ini betul? | Ayat yang betul ialah: Bagi Sistem Solar Hibrid atau sambungan ke grid, terdapat 429 projek di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 423 (99%) telah siap dan 6 (1%) dalam pelaksanaan. | Tatabahasa | 19.01.2010 |
Saya ingin mengeluarkan surat untuk sambungan perjanjian. Di antara 'Lanjutan Tempoh Perjanjian' dan 'Tempoh Lanjutan Perjanjian', yang manakah sesuai untuk menerangkan maksud surat tersebut? Adakah lanjutan + tempoh adalah penggunaan yang betul? Jikalau betul, boleh terangkan maksudnya? | Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Lanjutan bermaksud sambungan manakala tempoh pula bermaksud masa atau waktu. | Tatabahasa | 04.06.2021 |