Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.min] | سامين

Definisi : ; minyak ~ sj minyak sapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.min] | سامين

Definisi : minyak yg dibuat drpd lemak (umumnya lemak haiwan): nasi ~ nasi minyak. ~ nabati samin yg dibuat drpd lemak sayur-sayuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata samin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya tertarik dengan sessi soaljawab tentang 18 pola selarasan vokal. 1. Bagaimana pula dengan perkataan seperti 'lancong' - ( pola (a-o) tiada di dalam senarai ) yang mempunyai maksud yang berbeza dengan perktaan 'lancung'? 2. Adakah terdapat cara untuk membezakan perkataan yang banyak bunyi ( e taling dan pepet) sepeti ' sepak' dan 'perang'. 3. Adakah terdapat kaedah untuk membezakan e taling dan e-pepet di awal perkataan dalam pola (e-o)berdasarkan vokalnya di dalam perkataan seperti (emas dan emak vs elak dan esak) ? Sekian , terima kasih.

1. Dalam pola keselarasan vokal tidak pola a-o ada dalam sistem ejaan lama; contohnya batok, manakala dalam sistem ejaan baru pola a-o tidak ada lagi yang ada pola a-u; contohnya batuk. Mengenai perkataan lancong berkemungkinan perkataan tersebut ialah kata pinjaman daripada Nusantara, oleh itu kata tersebut tidak tertakluk pada pola keselarasan vokal.

2.Tidak ada cara khusus untuk membezakan antara e pepet dan e taling dalam sesuatu perkataan kecuali melihat pada keseluruhan ayat.; contohnya; ....membersihkan semak-samin di halaman rumah (e pepet), ...semak semua akaun yang ada (e taling).

 

Tatabahasa23.05.2010
Adakah pihak DBP mengendalikan sebarang ujian bahasa Melayu kepada warganegara asing yang ingin mendapatkan certificate dalam bahasa Melayu? Jika tidak, badan manakah yang perlu dirujuk dalam perkara ini?

Tuan/puan,

Berkenaan dengan perkara tersebut, mohon pihak tuan tanyakan persoalan ini kepada Akademi DBP kerana perancangan pernah dibuat oleh Akademi DBP.

Boleh hubungi Akademi DBP melalui

  • Encik Mohd Asri bin Mohammad 03-2147 9323/019-3412 32 /asri_m@dbp.gov.my
  • Encik Mohd Amran bin Daud 03-2147 9223 / 019- 9934 09/ amran2@dbp.gov.my
  • Puan Zaidah binti Md Samin 03-2147 9227 /012-6106 256/ zaidahms@dbp.gov.my
Lain-lain30.04.2017

Kembali ke atas