Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi; ~ ajal meninggal; ~ akal boleh diterima oleh fikiran, tidak mustahil; ~ bulan(nya) a) tiba waktu utk melahirkan (anak dlm kandungan); b) cukup tempoh (yg telah ditetapkan); ~ hati = ~ hemat berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sesuatu; ~ tempoh tiba waktunya atau masanya (yg telah dijanjikan); ~ umur a) sudah dewasa; b) sudah lanjut umur; sudah ~ umurnya meninggal; nan dimaksud-kan, ~, nan diamalkan pecah prb sudah berlaku apa-apa yg dimaksudkan atau yg dicita-citakan; sesampai, sesampainya sebaik sahaja sam-pai, apabila sampai, setibanya: ~ di halaman, terdengarlah olehnya bunyi orang ber-tengkar di belakang; sampai-sampai 1. bahkan, hingga(kan), malahan: ~ memulangkan padi dr ladang pun diselenggarakannya dgn baik; 2. hingga sampai: pd rambutnya bergantung lumpur ~ ke kening dan telinganya; menyampai 1. mencukupi, cukup: jumlah denda itu terkumpul, kadang-kadang ~ angka puluhan ringgit; 2. mendatangi (sesuatu tempat): pulau ini jarang-jarang disampai orang; menyampaikan 1. membawa dan menyerah-kan, mengirimkan (surat, khabar, dll), mem-berikan kpd, mengunjukkan kpd: ia datang ~ pesan orang itu; isteri Menteri Besar telah ~ hadiah tersebut kpd pemenang; 2. mem-beritahukan, me­laporkan: mereka juga wajib ~ kemusykilan rakyat kpd kerajaan; 3. melanjutkan (berita, ajaran, dll), meman­jangkan (kpd umum): orang Arablah yg telah menjadi alat ~ fikiran-fikiran Aristotle kpd orang di Eropah; 4. memenuhi (permintaan, kewajiban, niat, dll), memperkenankan, mengabulkan: jikalau patik mati pun, apalah boleh buat sebab ~ kehendak tuan patik; 5. mencukupkan, menjadikan cukup; kesampaian 1. ketibaan, tibanya, sampai­nya: orang ramai di situ tidak menghiraukan ~ mereka; 2. tercapai (maksud, cita-cita, dll), terlaksana: janji-janjinya tidak pernah ~; 3. sampai-menyampai; penyampaian perihal menyampaikan sesuatu: adakah ~ pelajaran itu dilakukan dgn tulus ikhlas? penyampai 1. orang yg menyampaikan (surat, khabar, berita, dll); 2. (sesuatu) yg menyampaikan: namun begitu bahasa Malaysia masih belum menjadi alat ~ perasaan di kalangan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : ; menyampai 1. menyelampaikan (kain di bahu), menyampirkan, menyidaikan: di atas balai itu ada seorang perempuan tua sedang ~ kain pendukung; 2. = bersampai-an tersampir, tersidai; menyampaikan menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampai-kan kpd galah; tersampai tersampir, tersidai: dia meng-hilang ke dlm bilik dan kemudian keluar dgn tuala mandi ~ di bahu; sampaian tempat menyampirkan (me­nyidai-kan) kain, ampaian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sam.pai] | سمڤاي

Definisi : 1 tiba di tempat yg dituju: Surat yg dihantarnya itu tidak ~ kpd ayahnya. 2 tercapai apa-apa yg dimaksudkan atau yg diniatkan: Mudah-mudahan cita-citamu itu akan ~ juga. 3 dpt dicapai (dgn tangan atau dgn menggunakan benda-benda lain): Kalau tak ~ dgn tangan, gunakanlah galah. 4 mencapai had atau paras tertentu: Airnya dalam ~ ke leher. ~ ajal meninggal dunia. ~ akal dpt diterima akal; tidak mustahil. ~ bulan a. sudah cukup masa­nya utk melahirkan anak. b. sudah cukup tempoh yg ditetapkan. ~ hajat ber­jaya mencapai apa-apa yg dihajati (dikehendaki). ~ hati tidak berasa segan-segan atau tidak menaruh belas kasihan lagi melakukan sesuatu yg buruk akibatnya kpd orang lain. ~ umur a. sudah dewasa. b. sudah tua benar. sudah ~ umurnya meninggal dunia; mati. menyampaikan 1 membawa dan menyerahkan apa-apa yg dikirim; menghantar: Saya telah ~ surat itu kpd ayah saudaranya. 2 meluluskan apa-apa yg dipinta dll; memperkenankan; mengabulkan: Moga-moga Allah akan ~ cita-citamu itu. 3 mengunjukkan se­suatu; memberikan: Isteri Pegawai Daerah telah ~ hadiah kpd para pemenang. kesampaian 1 hal tibanya (sampainya) sesuatu atau seseorang; ketibaan: ~ kami tidak disambut oleh sesiapa. 2 tercapai atau terlaksana apa-apa yg dimaksudkan dll: Janji-janjinya tidak pernah ~. penyampaian perbuatan atau hal menyampaikan: ~ hadiah akan dilakukan oleh Guru Besar. sesampai sebaik-baik sampai: ~nya kami di kedai Arimoto San, dia dan isterinya tergesa-gesa membantu Sakura bersiap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sampai

Puisi
 

Sayur meranti dirampai ketola,
     Nasi putih dalam pinggan;
Sampai hati sampai rasa,
     Sedang berkasih tuan tinggalkan.


Lihat selanjutnya...(265)
Peribahasa

Sampai bersalam,
     pulang berterajang.

Bermaksud :

Masuk ke negeri orang dengan nama yang baik, tetapi pulang dengan nama yang jahat.

 

Lihat selanjutnya...(84)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
... tidak sampai di destinasinya. atau ... tidak sampai ke destinasinya.? ... tidak sampai ke peti masuk (inbox). ... atau ... tidak sampai di peti masuk (inbox).? Terima kasih.dua-dua boleh digunakan kerana di dan ke digunakan di hadapan kata nama/ frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.Tatabahasa25.07.2012
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
1. sampai ke rumah / sampai di rumah 2. tiba di destinasi / tiba ke destinasiJawapan yang betul ialah 1. sampai ke rumah, 2. tiba ke destinasi.Tatabahasa11.03.2010
Makna atau maksud perkataan "sampai" di dlm ayat "Jangan sampai aku marah" atau "Jangan sampai dia tahu"Makna sampai mengikut Kamus Dewan - sehingga menjadi-Makna17.08.2007
TADIKAH AWAK SAMPAI?BILAKAH AWAK SAMPAI?Tatabahasa11.10.2010
Untuk dua frasa ini, yang mana betul? "Apabila sampai di rumah, ..." atau "Apabila sampai ke rumah,...", Ada buku teks BM yang tulis "..tiba ke destinasi..",bukankah sepatutnya "..tiba di destinasi..."?Pada pandangan kami yang betul ialah " apabila sampai di rumah" dan " tiba di destinasi". Kata sampai dan destinasi sudah membawa maksud berada di tempat tersebut.Tatabahasa30.09.2006
1. Sampai mana harga saham ini akan turun? 2. Sampai tahap apa harga saham ini akan turun? Yang manakah ayat yang gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Sampai mana harga saham ini akan turun?".Tatabahasa15.08.2013
Adakah kata tanya MESTI diikuti partikel '-kah'? Contoh: Bila / Bilakah kamu sampai? Terima kasih.Tidak semua kata tanya perlu diikuti  dengan partikel kah, sebaliknya penggunaan partikel kah mengikut kesesuaian ayat tersebut. Contoh ayat: Bila kamu sampai? dan Bilakah kamu sampai?, kedua-duanya ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa08.07.2010
Sedikit pertanyaan. Adakah penggunaan kata sendi "sampai" bersama kata arah "tengah" tersebut betul? Adik mengutip sampah sampai tengah padang. Terima kasih. Ayat tersebut betul. Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halama 284.   Tatabahasa11.04.2008
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian)Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian.Tatabahasa14.01.2011
12345678910...

Kembali ke atas