Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. sampai ke rumah / sampai di rumah 2. tiba di destinasi / tiba ke destinasiJawapan yang betul ialah 1. sampai ke rumah, 2. tiba ke destinasi.Tatabahasa11.03.2010
1. Sampai mana harga saham ini akan turun? 2. Sampai tahap apa harga saham ini akan turun? Yang manakah ayat yang gramatis? Terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Sampai mana harga saham ini akan turun?".Tatabahasa15.08.2013
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007
Yang mana betul? 1. Dia sampai lewat di sekolah. 2. Dia lewat sampai di sekolah. Soalan: Bagi "sampai lewat" ia adalah FK dengan intinya "sampai" dan keterangannya "lewat". Tetapi kalau kita anggap "lewat sampai" sebagai FA, dengan intinya "lewat"....macam betul juga.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa03.04.2012
apakah definisi kedatangan pekerja dalam organisasiDatang bermaksud 1. sampai,tiba.2. bergerak menghampiri sesorang atau sesuatu tempat 3. pergi 4. berasal 5. hingga, sampai 6.muncul,timbul 7.bkn. jangka masa,yang akan tiba,hadapan, kemudian. Berdasarkan makna di atas ungkapan tersebut boleh membawa maksud ketibaan atau kemunculan pekerja dalam organisasi atau kehadiran pekerja. Untuk maklumat lanjut  sila buku tentang organisasi atau pengurusan.   Makna31.10.2008
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya?

1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 

2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur).

Tatabahasa17.07.2011
ASSALAMUALAIKUM...ayat yang tepat: 1)masa sudah sampai @ masa sudah tiba...(merujuk kepada kematian)Ungkapan 'masa sudah sampai' dan 'masa sudah tiba' bermaksud sampai tempoh, tiba waktunya atau masanya (yang telah dijanjikan), kedua-duanya boleh merujuk hal kematian.Tatabahasa14.01.2011
Salam sejahtera, tuan. 1. Saya menghantar emel kepada kawan saya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) internet. 2. Perkataan "tiba", "sampai" dan "datang" diikuti dengan perkataan "di" atau "ke"? 3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun (sampai/tiba/datang). 4. Saya berasa terkejut (dan/lalu) cepat masuk ke dalam rumah. 5. Pencuri itu (berasa/-) takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Adakah perkataan "berasa" itu penting? Apakah perbezaan antara perkataan "berasa" dan "rasa"? 6. kakak minum teh di dalam rumah atau kafe? / kaka minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe? 7. walalupun saya berenang di atas permukaan air, tetapi saya harus menulis "saya berenang di dalam air"? 8. Saya mencari maklumat DI DALAM BILIK menggunakan komputer pada setiap hari. / Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari. 9. Adakah turutan nama(N), aktiviti(A), tempat(T), benda(B) dan keterangan (K) itu penting? contohnya, saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu. Terima kasih1. Saya menghantar emel kepada kawan saya. 
2. Perkataan tiba/sampai/datang + di/ke bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya apabila kereta api tiba di stesen itu ramai penumpang yg turun dan mereka sedia menerima sebarang bahaya yang akan tiba.  
3. Tidak lama kemudian, kereta polis pun sampai/tiba/datang.
4. Saya berasa terkejut lalu cepat masuk ke dalam rumah.
5. Pencuri itu takut lalu terjatuh dari bumbung rumah jiran. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasa dan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=berasa untuk melihat perbezaan makna rasa dan berasa. 
6. Kakak minum teh di dalam rumah atau di dalam kafe.
7. Walalupun saya berenang di dalam air.
8. Saya mencari maklumat menggunakan komputer DI DALAM BILIK pada setiap hari.
9. Dalam pembentukan ayat pola yang ada ialah Frasa Nama + Frasa Nama, Frasa Nama + Frasa Kerja, Frasa Nama + Frasa Sendi Nama dan Frasa Nama + Frasa Adjektif. Walau bagaimanapun pola ini boleh berubah dalam ayat songsang. Contohnya ayat saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok pada hari Ahad yang lalu dan ayat pada hari Ahad yang lalu saya membersihkan longkang di halaman rumah menggunakan penyodok, kedua-duanya betul.
Tatabahasa03.10.2012
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan.

 Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir).

Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti.   

Makna01.08.2008
1)Cik Amy membentangkan (sehelai/sebidang/sekeping) tikar untuk tetamu-tetamunya yang baru sampai.Jawapan yang mana tepat?Cik Amy membentangkan sehelai tikar untuk tetamu-tetamunya yang baru sampai. Tatabahasa17.07.2011
1234567

Kembali ke atas