"Tolong sampaikan kepada_______bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. a. Beta b. Tuanku c. Baginda d. Beliau apakah jawapan bagi soalan ini? Sila beri penjelasan. Terima kasih. | "Tolong sampaikan kepada beliau bahawa cucunda Tengku Azman tiba-tiba jatuh gering," titah permaisuri kepada pengasuhnya. Tengku Azman bukanlah seorang raja atau sultan, maka kata ganti nama diri ketiga yang betul ialah beliau. | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK | 1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya. 2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.01.2009 |
Bagaimanakah perkataan gabungan seperti berikut ditulis? 1) menyalah gambarkan 2) menyalah sampaikan 3) menyalah gunakan Sebagai 2 perkataan atau dengan sengkang atau digabungkan? | Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Oleh itu, ejaan yang betul ialah menyalahgambarkan, menyalahsampaikan dan menyalahgunakan. | Ejaan | 29.07.2011 |
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?) | 1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan. 2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan. | Tatabahasa | 03.09.2013 |
Soalan dalam lampiran fail. | Pihak kami ambil maklum atas apa yang tuan sampaikan. Jawapan yang betul ialah "kurang daripada" kerana perkataan "daripada" dalam konteks pertanyaan tuan menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contoh: Harga kain itu kurang daripada harga biasa. | Tatabahasa | 30.03.2019 |
Selamat petang , Diharapkan tuan dapat menyelesaikan masalah ayat di bawah. terima kasih. Adakah ayat ini betul? 1.Cerita ini mereka sampaikan di dewan . ATAu 1. Cerita ini disampaikan oleh mereka di dewan. Mereka--kata ganti nama diri ketiga seharusnya letak di--oleh berbanding kata nama diri 1 dan 2 . | Ayat yang gramatis ialah "Cerita ini disampaikan oleh mereka di dewan" kerana bentuk di-...-kan oleh hadir di hadapan kata ganti nama diri ketiga dalam ayat pasif. | Tatabahasa | 21.05.2012 |
Endang Purwasari Oct 29th, 7:56am Yth. Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Dengan hormat, Perkenalkan kami dari Jurusan Sastra Indonesia, Universitas Gadjah Mada. Kami sampaikan bahwa dalam rangka kegiatan benchmarking, kami berencana mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia pada tanggal 5 November 2014. Surat permohonan lawatan terlampir dan akan kami kirimkan melalui faksimile. Atas perhatian dan kesediaan Tuan/Puan kami ucapkan terima kasih. ----- Salam, | Sehingga kami memberikan maklum balas ini kepada pihak puan, Dewan Bahasa dan Pustaka belum menerima surat rasmi daripada pihak puan berkaitan lawatan yang dimaksudkan. Tiada juga surat yang terlampir bersama-sama pertanyaan ini. Mohon surat tersebut dapat dihantar kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Dewan Bahasa dan Pustaka, Aras 11, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Selain itu, tuan juga boleh menghubungi Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP melalui talian 03-2147 9464/012-6956446 atau e-mel razali3@dbp.gov.my. | Lain-lain | 29.10.2014 |
adakah penggunaan perkataan 'rosak' betul dalam ayat ini? Suara abang menjadi rosak. | Sila berikan maksud yang tuan ingin sampaikan, kami cadangkan frasa peti suara bukannya suara. | Makna | 11.02.2015 |
Adakah ayat ini betul? Hi, aku sebagai air? | Kata seru yang betul ialah hai. Sila jelaskan makna yang puan ingin sampaikan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Bukan sekali dua Pak Aji menyatakan hasrat untuk memperisterikannya. Tuan, kata 'memperisterikannya' dalam ayat di atas adakah bermaksud hasrat Pak Aji untuk berkahwin dengan seseorang, kerana itu yang saya mahu sampaikan. | Perkataan memperisterikannya boleh digunakan dan kata ganti nama "nya" di sini hendaklah merujuk orang yang diperkatakan dalam ayat sebelumnya. | Tatabahasa | 26.06.2012 |