Manakah di antara dua ayat ini betul? (1) Didapati sampel adalah tercemar. (2) Sampel didapati tercemar. | Ayat yang lebih tepat ialah ayat kedua: Sampel didapati tercemar. | Tatabahasa | 19.04.2016 |
Sekolah A mempunyai sampel 'belajar' aritmetik mental yang paling banyak... Seramai 39 orang telah diambil sebagai sampel. Soalan: Adakah perlu 'belajar' diganti dengan 'pelajar', 'pembelajaran', 'pelajaran' atau 'pengajaran' ? | Terima kasih keranan menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Untuk makluman, ayat yang dikemukakan oleh saudara ini boleh digunakan memandangkan ayat ini sudah boleh difahami dan digunakan. Terima kasih. | Lain-lain | 11.01.2007 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih. | Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya: item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan) Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar. sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian) Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading. | Istilah | 15.08.2016 |
grab sampling | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna atau padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu, padanannya ialah persampelan cekau (bidang kejuruteraan). Maksudnya pengambilan sampel tunggal bagi air, sisa dan udara yang diambil dalam tempoh yang singkat. Sampel ini tidak mewakili kadar panjang pada tapak persampelan. | Lain-lain | 22.08.2010 |
dalam penulisan ilmiahpenyelidikan bolehkah saya menggunakan perkataan pelajar untuk sampel yang terdiri daripada individu yang belajar di sekolah . | Salam sejahtera, Penggunaan perkataan pelajar dalam penyelidikan ilmiah puan adalah tepat. Pelajar merujuk kepada mereka yang sedang belajar di sekolah. Sekian, terima kasih. | Pengembangan | 08.05.2020 |
Adakah format penyuratan rasmi 70-an sama dengan zaman kini? Jika tidak , sila tunjukkan sampel surat rasmi 70-an . Terima kasih. | Sdr.Emy, Buat masa ini saya tidak mempunyai surat yang ditulis atau contoh surat yang ditulis pada tahun 70-an. Secara umumnya memang terdapat sedikit perubahan / perbezaan. | Lain-lain | 13.04.2010 |
Apakah perbezaan di antara istilah persampelan dan pensampelan dan istilah mana yang lebih tepat untuk digunakan. | Kata terbitan yang betul ialah pensampelan yang bermaksud proses memilih sampel secara rawak. | Tatabahasa | 19.08.2011 |
Assalamualaikum, Saya nak tanya tentang ejaan. Yang manakah betul: Amniosintesis @ Amniosentesis? | Istilah sasar bagi amniocentesis ialah amniosentesis dalam bidang perubatan atau biologi yang bermaksud Kaedah penebukan kantung amnion untuk mendapatkan sampel cecair amnion atau pensampelan bendalir amnion untuk diagnosis antenatal bagi mengesan kerosakan kromosom pada fetus. | Ejaan | 23.07.2019 |
Salam Tuan, Saya sukar untuk membezakan antara "persampelan" dan "pensampelan". Mohon tuan beri sedikit penjelasan tentang penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. | Kata terbitan yang betul ialah pensampelan yang bermaksud proses memilih sampel secara rawak. | Ejaan | 03.04.2013 |
mohon cadangan bagi penggunaan istilah "Successive Independent Samples Design" dalam Bahasa Melayu. Contoh penggunaannya: In the successive independent samples design, different samples of respondents from the population complete the survey over a time period | Cadangan kami ialah reka bentuk sampel bebas. Walau bagaimanapun padanan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konsep sebenar dalam bahasa sumber. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.08.2017 |