grab sampling | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sekiranya saudara memerlukan makna atau padanan perkataan ini dalam bahasa Melayu, padanannya ialah persampelan cekau (bidang kejuruteraan). Maksudnya pengambilan sampel tunggal bagi air, sisa dan udara yang diambil dalam tempoh yang singkat. Sampel ini tidak mewakili kadar panjang pada tapak persampelan. | Lain-lain | 22.08.2010 |
Untuk Sampling (English) adakah terjemahannya ke Bahasa Malaysia menjadi Pensampelan? Atau Pesampelan? Yang mana satu yang betul? | Puan Suraya, Ejaan yang betul ialah Pensampalan. | Ejaan | 02.07.2010 |
Minta terjemahan maksud upgradient dan downgradient seperti ayat di bawah: sampling locations will be placed at the area suspected with subsurface contamination or at down gradient locations to the suspected contaminated area. It is also recommended to consider placing of sampling locations at both up gradient and down gradient of the site to determine the background level of contaminants concentrations and the boundary concentrations for comparison purposes. | Cadangan yang dapat kami berikan ialah: upgradient = hulu, downgradient = hilir. | Penyemakan dan penterjemahan | 16.09.2015 |
saya memerlukan terjemahan English ke Melayu berkenaan dengan istilah destructive sampling, adaptive filter dan enhanced filter. Mohon jasa baik pihak DBP untuk memuatkan istilah ini dalam kamus English - Melayu untuk memperkasakan Bahasa Melayu untuk penyelidikan saintifik | Sekiranya tuan/puan mempunyai cadangan istilah yang ingin diberikan, tuan/puan boleh melayari laman web http://ekamus.dbp.gov.my/ Untuk terjemahan destructive sampling masih belum ada dalam data Pusat Rujukan Persuratan Melayu kami, cadangan terjemahan bagi istilah ini ialah persampelan musnah. Manakala adaptive filter ialah penapis mudah suai. Istilah yang sesuai bagi enhanced filter pula ialah penapis tertingkat. Sekian terima kasih | Istilah | 03.02.2017 |
Salam, Saya ingin bertanya... "pensampelan" atau "penyampelan" yang mana satu penggunaan yang betul. Terima kasih. | Jika yang tuan maksudkan perkataan sampling, padanannya dalam bahasa Melayu ialah pensampelan. | Istilah | 19.04.2014 |
Assalamualaikum wbt Tn. Saya ingin mendapatkan kepastian berkenaan dengan perkara berikut: Adakah istilah PERsampelan atau PENsampelan yang perlu digunakan dalam penulisan tesis pada bahagian metodologi kajian. Terima kasih. | Penggunaan "pensampelan" dan "persampelan" bergantung pada maksud dan konteks penggunaan. Pensampelan bermaksud proses, kaedah atau tatacara memilih sampel secara rawak. Persampelan bermaksud benda atau perkara yang dijadikan sampel atau penerangan mengenai sampel yang diambil secara rawak. Contohnya: item sampling - pensampelan butiran (bidang Pendidikan) Proses menguji kesahihan soalan peperiksaan dengan cara mencubanya terlebih dahulu pada sampel kumpulan sasar. sampling site - tapak persampelan (bidang Pertanian) Kawasan kecil yang digunakan sebagai sampel bagi kawasan yang lebih luas. Contohnya, bagi ladang seluas seribu hektar, beberapa tapak persampelan diambil daripada kawasan yang kecil untuk mewakili keseluruhan lading. | Istilah | 15.08.2016 |