1.Dia salah seorang anak buah dalam gerombolan samseng itu. 2.Dia salah seoarang anak emas dalam gerombolan samseng itu. Soalan saya: Adakah penggunaan simpulan bahasa dalam ayat 1 dan 2 betul . Harap dapat beri ulasan | Simpulan bahasa 'anak buah' bermaksud orang yg termasuk dlm sesuatu keluarga dan 'anak emas' bermaksud orang yg dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa). Berdasarkan huraian makna yang tersebut penggunaan simpulan bahasa dalam ayat kedua adalah lebih tepat. | Tatabahasa | 23.03.2011 |
Penggunaan istilah 'samseng jalanan' yang rasmi? Istilah ini merujuk kepada golongan mana dan adakah 'mat rempit' termasuk dalam istilah ini atau istilah ini sememangnya dirujuk kepada 'mat rempit'? | Istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan istilah mat rempit yang diberikan kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram. | Istilah | 22.03.2010 |
berikan maksud "gengster" dan "gengsterisme" | Menurut Kamus Dewan, gengster ialah ahli atau anggota kumpulan penjenayah atau samseng. Gengsterisme pula ialah kegiatan gengster . Contoh ayat: masalah gejala samseng dan gengsterisme dalam kalangan pelajar mendapat perhatian umum. | Makna | 03.09.2006 |
1.sata teramat gembira apabila ketahui khabar baik ini. adakah betul penyata ini? bolehkah teramat digunakan untuk bermaksud sangat? 2.dia melalui jalan itu atau dia lalu jalan itu? mengapa? 3.bahawa kegiatan samseng semakin berleluasa di sekolah adalah benar? adakah soalan ini salah dari segi ayat tergantung? 4.i)saya menghidangi tetamu makanan.(ii)saya menghidangkan makanann kepada tetamu. tetapi (iii) saya mengambilkan tetamu makanan. apakah beza ketiga-tiga ayat ini? apakah kontex kegunaan imbuhan me...i, me...kan? terima kasih atas bantuan yang dihulurkan | 1. Ayat itu betul, teramat gembira atau tersangat gembira. 2. Dia melalui jalan itu, kata kerja transitif perlu ada imbuhan me. 3. Ayat itu tidak lengkap. 4. Dua ayat itu betul, ayat ketiga sepatutnya Saya mengambilkan makanan untuk tetamu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 191 dan 202. | Tatabahasa | 12.05.2010 |
1. Apakah definisi polisemi dan homonimi?Bagaimana hendak membezakan keduanya? 2. Apakah definisi sinonim?Berikan contoh kata sinonim yang bukan sinonim dan apakah maksudnya? | Polisemi ialah sesuatu bentuk kata, ungkapan, dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu makna yang bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh perkataan ialah kepala yang boleh merujuk kepada orang, ketua samseng dan kepala kain sarung. Manakala makna homonimi pula ialah penggunaan sesuatu nama yang sebelum itu pernah digunakan dalam pengelasan, dan oleh yang demikian tidak sesuai digunakan. Sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain, misalnya cantik dengan indah dan cepat dengan pantas. | Makna | 12.05.2009 |
apakah perbezaan ketara antara homonim dengan polisemi kerana satu perkataan itu mempunyai banyak makna ? | Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannnya, tetapi mempunyai makna yang berbeza. Contoh: 1. perak (logam) : perak (terpinga-pinga) 2. semak (kaji) : semak (kusut) Polisemi ialah kata yang mempunyai banyak makna (yang berbeza-beza) tetapi berkaitan, menurut konteks penggunaannya. Contoh: 1. kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepada (kain sarung) | Istilah | 07.04.2009 |
sinonim yang bukan sinonim dalam bahasa melayu: pengaruh situasi penggunaan dan amalan kebudayaan masyarakat penuturnya? polisemi dan homonimi dalam bahasa melayu: perkaitan makna yang sering mengelirukan pengguna bahasa? | Pertanyaan saudara ini memerlukan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Saudara digalakkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau mana-mana pusat sumber untuk membuat rujukan. Untuk makluman saudara, sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain. Penggunaan perkataan yang sinonim adalah mengikut kesesuaian dan saling berganti. Polisemi sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain. Contoh: kepala (orang) : kepala (kumpulan samseng) : kepala (kain sarung) Homonim ialah kata yang sama ejaan dan/atau sebutannya tetapi mempunyai makna yang ebrbeza. Contoh: semak (kaji) : semak (kusut) | Tatabahasa | 09.04.2009 |