Bagaimanakah cara menyebut bagi perkataan santapan? adakah san-ta-pan atau san-tap-an? | Puan Isme Azura, Cara sebutan perkataan tersebut ialah san.ta.pan. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
San Zarin Oct 8th, 7:59am Saya difahamkan ada pegawai DBP (En Karim) memberi penerangan di UiTM mengatakan "Hal-Hal Lain". Adakah ini benar? | Frasa itu betul, ejaan itu perlu dibaiki menjadi "Hal-hal Lain". | Ejaan | 08.10.2014 |
Saudara, Apakah istilah-istilah berikut dalam Bahasa Malaysia? 1. tranferable skill 2. classroom management 3. progression & differentiation 4. sequencing 5. computer control Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Istilah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut: 1. kemahiran boleh pindah milik 2. pengurusan bilik darjah 3. pergerakan dan pembezaan. 4. penderetan/penjujukan 5. kawalan komputer. | Istilah | 19.11.2009 |
Saudara, Soalan 1) Apakah bezanya 'analisa' denagn 'analisis'? Sila berikan contoh penggunaannya. Soalan 2) Yang manakah yang betul : a] koperasi' atau 'kooperasi', b] 'soalan post', 'soalan post' atau 'soalan pasca'? Sekian. Terima kasih. Salam hormat, Lim Khan San | Perkataan yang betul ialah analisis (daripada perkataan analysis) dan koperasi. Pasca ialah awalan asing dan tidak boleh berdiri sendiri. Lazimnya perkataan yang terbentuk ialah pascasiswazah, pascamoden dan pascasoalan. | Tatabahasa | 29.03.2012 |
Saudara, Adakah kata terbitan tergolong dalam Kata Nama Am? Sebagai contoh: Apakah kata-kata nama am dalam ayat berikut? Setiap hari, penjual pisang goreng itu telah memperoleh keuntungan yang besar dalam perniagaannya. Sekian, terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | 1. Kata terbitan dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Kata terbitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kata adjektif. 2. Contoh kata nama am yang terdapat dalam ayat yang saudara kemukakan ialah hari, penjual pisang goreng, keuntungan, dan perniagaan. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 67. Terima kasih. | Tatabahasa | 12.01.2009 |
sila berikan ayat aktif, pasif, pasif songsang. ayat transitif dan ayat tak transitif | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif0 Ayat Pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. contoh: Bola ditendang oleh Ali. Ayat Transitif - ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau pun klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. ayat tak transitif-Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. | Makna | 23.08.2006 |
Saya Abdullah Suriya belajar universiti Fatoni jurusan bahasa Melayu ingin bertanya tatabahasa apakah ayat aktif. | Menurut Tatabahasa Dewan, Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif san ayat aktif tak transitif. Contoh ayat: Ali menendang bola (aktif transitif) Murid-murid sekolah itu sedang belajar (aktif tak transitif) | Tatabahasa | 15.11.2015 |
Selamat Pagi Tuan/Puan saya ingin mohon nasihat serta panduan dari pihak tuan untuk terjemahaan dari Bahasa Ingeris Ke Bahasa Melayu untuk satu document , Material safety Data Sheet untuk product dari Australia. lampiran file disertakan. Mohon nasihat dari pihak Tuan Terima Kasih Ang Kim San | Untuk makluman tuan DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan dokumen. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut, tuan boleh hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel terjemah1@gmail.com. | Lain-lain | 19.06.2015 |
harap pihak tuan dapat memberikan suku kata yang tepat untuk perkataan berikut: 1)santapan 2)memperolehi 3)Allah 4)mengisi 5)kebaikan 6)permainan 7)dunia 8)kaum tq | Saudara Asmazaira, Suku kata yang tepat adalah seperti yang berikut: i. san.ta.pan ii. mem.per.oleh (bukan memperolehi) iii. Al. lah iv. me.ngi.si v. ke.bai.kan vi. per.mai.nan vii. du.nia viii. kaum | Ejaan | 15.04.2010 |
Saudara, Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Kalau tidak, apakah kesalahannya? 1. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual rokok kepada kanak-kanak. 2. Mak Temah terkejut dan pengsan apabila terdengar bunyi letupan. 3. Razak membawa hatinya ikut suka ke mana sahaja. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN | Encik Lim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Ayat ini (1) adalah ayat kenyataan/pemakluman jadi ayat tersebut betul walaupun ayat ini menggunakan perkataan adalah pada permulaan ayat. Ayat kedua perkataan dan seharusnya diganti dengan perkataan lalu. Manakala ayat ketiga sepatutnya ditulis. Razak membawa diri mengikut kata hatinya. Terima kasih. | Tatabahasa | 17.01.2010 |