Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara). Di situ bermaksud di tempat itu. | Makna | 13.08.2011 |
di sana dan situ atau di sana dan di situ | Jawapan yang betul ialah di sana dan di situ. | Tatabahasa | 22.10.2014 |
Tuan, Ayat manakah di bawah ialah ayat gramatis? 1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang. 2. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga jam setengah. Terima kasih. | 1. Ali bertolak ke sana pada pukul tiga setengah petang, merupakan ayat gramatis | Tatabahasa | 01.06.2020 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
soalan 1 adakah penggunaan kata situ dan sana digunakan bagi jarak yang sama?atau 'sana' digunakan bagi jarak yang lebih jauh? soalan 2 apa yang membezakan penggunaan kata awak dan kamu? saya masih keliru.harap dapat penjelasan.tq | 1. Situ ialah kata yang menunjukkan tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara; manakala sana menunjukkan tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. 2. Awak ialah kata ganti nama diri kedua dan sama seperti engkau dan kamu. Walau bagaimanpun lazimnya kata Awak digunakan sesama rakan sebaya atau orang yang sama taraf dan umur, manakala Kamu digunakan kepada orang yang lebih rendah umur dan tarafnya. | Tatabahasa | 22.02.2011 |
penggunaan ke sana sini adakah betul? | Penggunaan ke sana sini adalah betul. | Tatabahasa | 24.03.2016 |
Banyak orang pergi ke sana. Ayat ini gramatis? Ramai wajar menggantikan banyak? Terima kasih. | Ayat "banyak orang pergi ke sana" adalah gramatis kerana banyak juga boleh digunakan untuk manusia selain daripada ramai. | Tatabahasa | 24.08.2011 |
Saya mengenalkan banyak kawan di sana. Ayat ini betul? | Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah "Saya mengenali banyak kawan di sana". "Mengenalkan" itu bermaksud membuatkan seseorang kenal akan | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Mohon pencerahan: a) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera," nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. b) "Sampai di sana nanti, saya akan menghubungi ibu dengan segera." Nada suara Risena sedikit berubah melihat ibunya kerisauan. | Ayat kedua (b) yang tepat kerana terdapat dua ayat yang berbeza konteksnya, pertama dialog dan kedua situasi ketika itu. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanyakan bagi penggunaan perkataan 'di sini / di sana', adakah penggunaan yang betul ianya perlu dijarakkan kerana ia tidak melibatkan kata kerja/ perbuatan seperti 'dibuat, dibuli'?. Maklum balas tuan amat dihargai. | Jawapan yang betul ialah di sini dan di sana perlu dijarakkan. Imbuhan ‘di’ sebagai sendi. Secara umum, bolehlah dinyatakan di sini, bahawa ‘di’ yang diikuti dengan perkataan-perkataan selain kata kerja, maka hendaklah dijarakkan. Jadi ‘di’ di sini akan menjadi sendi. Contohnya ‘di’+(‘kata nama’ tempat) seperti, ‘di Bangi’, ‘di sana’, ‘di atas’, di belakang’, ‘di utara’, ‘di dewan’ dan sebagainya. | Istilah | 02.12.2015 |