Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.nad] | سند

Definisi : Ar rangkaian perawi dan lafaz-lafaz yg digunakannya utk sampai kpd matan: hadis itu telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dgn ~ yg sama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.nad] | سند

Definisi : salasilah atau pertalian antara beberapa orang rawi yg meriwayatkan sesuatu hadis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sanad (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan punca, rujukan, sumber, keterangan, pokok, pusat, pangkal.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD MATANMatan: 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat.Makna08.09.2009
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015

Kembali ke atas