tuan, yang manakah ejaan yang betul? sanak saudara atau sanak-saudara | Ejaan yang betul ialah sanak saudara. | Ejaan | 16.07.2012 |
Manakah satu yang betul? Boleh berikan contoh ayat? 1. Institusi kekeluargaan 2. Institusi keluarga | "Keluarga" bermaksud sanak saudara, manakala "kekeluargaan" ialah "hal yang berkaitan dengan keluarga" atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu frasa yang betul ialah "institusi kekeluargaan". | Tatabahasa | 30.10.2014 |
Maksud 'Keluarga' | Keluarga bermaksud saudara-mara, kaum kerabat, sanak- saudara; seisi rumahtangga (terdiri daripada suami, iesteri berserta anak-anak). | Makna | 24.06.2008 |
definisi keluarga | Keluarga bermaksud 1. saudara-mara ,kaum kerabat,sanak saudara.2. seisi rumahtangga(yang terdiri daripada suami,isteri atau berserta anak-anak. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 725. | Makna | 22.06.2008 |
Syafiq Abdullah AHA 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih. | Sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my untuk mendapatkan makna dan contoh penggunaan sesuatu perkataan. | Makna | 09.07.2017 |
Syafiq Abdullah 9HB JULAI 12.01 PTG Salam. Saya ada satu persoalan mengenai "sebatang kara" yang bermaksud tinggal seorang diri tiada sanak saudara. Persoalannya adalah apakah itu "kara"? Merujuk kepada apa. Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam. “Sebatang kara” tergolong dalam peribahasa. Peribahasa ialah warisan nenek moyang orang Melayu. Orang Melayu dahulu kala mencipta peribahasa melalui pemerhatian mereka terhadap keadaan atau persekitaran kehidupan mereka. Sekian. Terima kasih. | Makna | 09.07.2017 |
Apakah perbezaan maksud "bangsa" dengan "kaum"? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat "bangsa" ialah jenis manusia daripada satu asal keturunan; atau kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan manakala "kaum" ialah 1. puak, suku bangsa 2. jenis bangsa 3. Keluarga, sanak-saudara 4. golongan (orang yang sekerja, sefahaman, setingkat) | Istilah | 01.10.2015 |
Salam Sejahtera, Soalan 1 : Saya ingin mendapat penjelasan tentang penggunaan 'ialah' dan 'adalah' yang betul yang mudah difahami serta teknik mudah untuk diajar kepada pelajar-pelajar? Soalan 2 : Penggunaan kata 'ia' sesuai untuk manusia? Soalan 3 : Fungsi dan penggunaan imbuhan 'memper...' dan 'memper...kan' yang tepat. soalan 4 : Yang manakah betul penggunaannya? a)ibu bapa, b)ibu-bapa a)suami isteri, b)suami-isteri a)sanak saudara,b) sanak-saudara a)ipar duai, b)ipar-duai Berdasarkan, kata-kata yang disenaraikan, apakah relevan dan rasional penggunaan tanda sempang bagi perkataan-perkataan tertentu dalam bahasa Melayu? | 1. Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan untuk kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. 2. Ia kata ganti nama diri ketiga (untuk manusia) dan boleh juga digunakan bagi merujuk benda yang dibicarakan. 3. Awalan memper-... digunakan dengan kata adjektif, manakala apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 177. 4. Ejaan yang betul ialah ibu bapa, suami isteri, sanak saudara dan ipar-duai. Tanda sempang digunakan bagi perkataan berganda yang menunjukkan banyak/ramai. | Tatabahasa | 04.12.2009 |
Apakah perbezaan antara yatim, piatu dan yatim piatu semasa mengisi maklumat murid yang terdapat dalam pengkalan data murid APDM ada tiga pilihan iaitu piatu, yatim dan yatim piatu | yatim =anak yg kematian ibu atau bapanya yatim piatu = anak yg kematian kedua-dua ibu bapanya Piatu- tiada beribu dan tiada berbapa: anak ~; rumah ~ rumah tempat memelihara anak-anak piatu; 2. sl tidak mempunyai sanak-saudara; dagang ~ orang asing yg tidak mempunyai sanak-saudara; rimba ~ sl rimba besar; kepiatuan sl hidup bersendirian (tiada beribu bapa atau tiada bersanak-saudara), tersendiri. Yatim dan yatim piatu mempunyai maksud yang sama. Saudara boleh memilih dan merujuk kepada pembuat sistem maklumat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Salam Tahun Baharu, 1. Apakah beza frasa 'institusi keluarga' dan 'institusi kekeluargaan'? 2. Maksud 'post-mortem' dalam terjemahan BM, apa? 3. Maksud 'band', 'deskriptor', dan 'evidens' dalam terjemahan BM, apa? 4. Pakar IT mengatakan bahawa istilah 'laman sesawang' adalah tidak tepat untuk merujuk kepada 'laman web'. Pendapat tuan? 5. Kata 'diam' dan 'istirahat' tergolong dalam kata apa? 6. Bagaimanakah cara untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen 'untuk'? Sekian, terima kasih. | 1. Keluarga bermaksud sanak saudara, manakala kekeluargaan ialah hal yang berkaitan dengan keluarga atau hubungan sebagai anggota dalam sesuatu keluarga. Oleh itu, frasa yang betul ialah institusi kekeluargaan. 2. Perkataan post-mortem diterima pakai dalam konteks pemeriksaan dan pembedahan mayat untuk menentukan sebab-sebab kematian, manakala dalam konteks yang berbeza post-mortem diterjemahkan kepada pascanilai bagi mendapatkan maklumat untuk dibuat penambahbaikkan setelah sesuatu projek dilaksanakan. 3. Band diterjemahkan kepada kumpulan, descriptor ialah penerang, dan evidence ialah bukti atau keterangan. Untuk maklumat lanjut rujuk www.prpm.dbp.gov.my. 4. Laman sesawang' ialah pilihan lain kepada istilah 'laman web'. Ketepatan istilah ini telah dibincangkan oleh pakar bidang dan dipersetujui. Dalam pelaksanaan pengguna boleh memilih salah satu daripadanya. 5. Diam dan istirahat ialah kata kerja 6. Contoh ayat komplemen ialah Cikgu itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. Untuk membina ayat yang gramatis dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 253. | Tatabahasa | 13.01.2013 |