| Terjemahan yang paling sesuai untuk ayat english ini: Perpustakaan Kuala Lumpur : Your Knowledge Sanctuary In The City | Bagi penterjemahan, lebih-lebih lagi slogan/tema mohon tuan dapat memberikan konsep yang ingin disampaikan. Perkataan ‘sanctuary’ boleh diterjemahkan sebagai 1. tempat suci; 2. tempat perlindungan 3. kawasan perlindungan. Pada pendapat kami, ketiga-tiga maksud daripada terjemahan langsung ini tidak sesuai untuk perpustakaan negara. Antara cadangan terjemahan yang kami boleh cadangkan berdasarkan konsep yang kami agak adalah seperti yang berikut: - Perpustakaan Kuala Lumpur: Gedung Ilmu Bandar Raya
- Perpustakaan Kuala Lumpur: Pusat Ilmu Bandar Raya
| Penyemakan dan penterjemahan | 09.02.2015 |
| Luxury mixed development -Kepelbagaian pembangunan mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living -Pembangunan kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address -Pembangunan pilihan anda Freehold -Milikan bebas An evergreen sanctuary -Pembangunan malar hijau Nature inspired park living -kehidupan inspirasi alam semula jadi Exclusive gated and guarded living -Kehidupan eksklusif berpagar | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Luxury mixed development - Pembangunan becampur yang mewah Iskandar Puteri’s Contemporary Waterfront Living - Pembangunan Persisiran Kontemporari Iskandar Puteri Your preferred waterfront address - Kediaman persisiran pilihan anda Freehold - Pegangan kekal An evergreen sanctuary - Kawasan malar hijau atau Taman malar hijau Nature inspired park living - Kehidupan berkonsepkan alam semula jadi Exclusive gated and guarded living - Kediaman eksklusif yang berpagar dan berpengawal | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2016 |
| Sesuai atau tidak pengunaan perkataan ini dalam Bahasa Malaysia: Perpustakaan Kuala Lumpur : Santuari Ilmu Anda ayat tema asal: Perpustakaan Kuala Lumpur : Your Knowledge Sanctuary In The City | Perkataan ‘santuari’ dalam tema Perpustakaan Kuala Lumpur:Santuari Ilmu Anda tidak sesuai kerana santuari bermaksud 1. tempat suci; 2. tempat perlindungan 3. kawasan perlindungan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.02.2015 |