Boleh saya tahu nama lain dalam BM, bagi nama yang dinyatakan? Raisin Sand, Luxe Rice, Palmier, Biscotti, Pumpkin Seed Crisp | Adakah yang dimaksudkan istilah raisin sand atau raisin sandwich? Mohon diberikan cadangan, bidang, konsep dan konteks istilah ini bagi membantu pihak kami memberikan padanan istilah bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 30.09.2024 |
Saya ingin mencari perkataan bahasa Malaysia yang sama maksud, "GRIT" dalam bahasa English. | Terjemahan perkataan GRIT dalam bahasa Melayu: Kamus BI-BM: n 1. (small pieces of stone) batu halus; (sand particles) pasir; (tech) kersik Untuk maklumat lebih terperinci, sila layari laman web kami melalui http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=grit&d=346196&#LIHATSINI | Penyemakan dan penterjemahan | 31.07.2017 |
Soalan daripada pengikut FB DBP - "Saya ingin menanyakan terjemahan tepat bagi istilah "fracking". Istilah ini belum ada dalam carian DBP. Terima kasih". Terjemahan inggeris bagi fracking adalah "the process of injecting liquid at high pressure into subterranean rocks, boreholes, etc. so as to force open existing fissures and extract oil or gas". | Tiada maklumat dalam data pangkalan kami. Walau bagaimanapun, terdapat maksud yang sama, iaitu "fracturing" yang diterjemakan kepada "Peretakan". Dalam bidang kejuruteraan, "Sand fracturing" (peretakan hidraulik) bermaksud kaedah menghasilkan retakan pada formasi dengan menyuntik bendalir yang mengandungi pasir bertekanan tinggi.
| Lain-lain | 09.04.2018 |
Saya ingin menyemak dengan pihak DBP sama ada istilah ssndtray dalam bahasa Inggeris boleh ditukar ke dulang pasir dalam bahasa Melayu? Saya sedang menjalankan kajian di peringkat doktor falsafah. tahuk kajian saya ialah terapi sandtray dalam kaunseling untuk kanak-kanak ibu bapa bercerai. Terima Kasih. | Kami mencadangkan penggunaan istilah terapi dulang pasir sebagai padanan bahasa Melayu bagi sand tray therapy. Mengikut rujukan kami, kaedah terapi menggunakan elemen pasir di dalam dulang ini digunakan khusus bagi murid-murid berkeperluan khas atau kanak-kanak untuk menilai aspek perkembangan diri mereka, iaitu dari segi fizikal, mental, emosi, dan sosial. | Istilah | 04.04.2020 |
Mohon dapatkan terjemahan "Green Lungs" dalam konteks kawasan hijau perhutanan di dalam bahasa Melayu. "Jantung Hijau" atau "Paru-Paru Hijau" agak janggal. | Belum ada maklumat tentang Green Lung dalam bahasa Melayu. Perkataan Lung diterjemahkan kepada Paru-paru, berkemungkinan bukanlah merujuk paru-paru itu secara fizikal tetapi fungsinya sebagaimana penggunaannya dalam bahasa Inggeris. Secara harfiah Green Lung diterjemahkan kepada Paru-paru Hijau sama seperti rumah hijau (green home) dan pasir hijau (green sand) yang telah digunakan dalam bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 27.01.2015 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |