Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tali dll yg diselendangkan di bahu (disilangkan di dada) utk membawa sesuatu; kata ~ (Lin) kata penyerta; sayap ~ selepang (rantai emas) yg disilangkan di dada; menyandang 1. membawa sesuatu dgn tali dll yg diselendangkan di bahu: ~ senapang; ketika bertanya itu, ia sedang ~ kameranya; 2. memikul, memanggul: ~ pedang; orang yg membawa persalinan itu semuanya ~ tetampan kekuningan; 3. ki menanggung atau menderita sesuatu (kesusahan, kesakitan, dll): ~ derita; 4. ki menjawat sesuatu pekerjaan (tugas dll), menjabat, memegang gelaran (pangkat dll): jawatan Timbalan Perdana Menteri itu telah lama benar disandangnya; menyandangkan memikulkan, menyuruh memanggul; penyandang 1. orang yg menyandang se-suatu (di bahu); 2. orang yg menyandang (memikul, memanggul); 3. orang yg menyan-dang (sesuatu jawatan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
sandang
Kata Terbitan : menyandang, penyandang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As'salam dan selamat pagi. Saya ini bertanya tentang penggunaan perkataan yang lebih sesuai sama ada "beg galas' atau "beg sandang' Contoh ayat" Pelbagai pilihan reka bentuk beg sandang yang berada di pasaran". TQWaalaikumsalam, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, beg sandang ialah  beg yg digalas pd bahu; dan beg galas juga bermaksud beg yang digalas pada bahu. Oleh itu kedua-dua kosa kata ini boleh digunakan.Istilah12.07.2018
Manakah yang betul berkaitan dengan kata sandang : 1 Kakak memberi Si Putih sepiring susu ATAU 2 Kakak memberi Sang Putih sepiring susu.Penggunaan untuk Si, biasanya untuk orang sahaja.Tatabahasa28.08.2007
Assalammualaikum/salam sejahtera. Saya ingin bertanya apa maksud dgn kata "Sang Murabbitun" terima kasih....

Sang: kata sandang yg lebih hormat drpd si, a) depan nama orang dll yg dimuliakan.

Murabbitun: tiada dalam rekod simpanan kami.

Murabbi: orang yg mendidik atau membimbing.

Makna06.05.2009
sayan ingin mengetahui perbezaan penggunaan Si dan Sang dalam bahasa melayu. T.K.Si dan sang ialah kata sandang yang terletak di depan kata-kata tertentu yang digunakan sebagai nama timangan, untuk mengejek, untuk menghormati dan lain-lain, dan kedua-duanya boleh digunakan untuk manusia dan binatang.Tatabahasa11.07.2010
Saya nak tanya. Bagaimana dengan cara eja perkataan Si. Contohnya: Soal Si Anak Ayam atau Soal si Anak Ayam. Ejaan "Si" tu huurf besar atau kecil.Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Ejaan09.01.2014
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang penggunaan 'si'. Contoh ...Si Nurul... atau ...si Nurul...?...Si tenggang atau si Tenggang...? Sekian, terima kasih.

Ejaan bagi <i style="mso-bidi-font-style: normal;">si i>kata sandang yang digunakan di depan kata nama perlu dieja <i style="mso-bidi-font-style: normal;">si Nurul. i>

Tatabahasa21.01.2015
Wajarkah perkataan 'sang' digunakan pada Nabi, Sultan atau Raja. Adakah perkataan 'sang' memang boleh digunakan pada manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.  Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain.
Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban. Sang tidak wajar digunakan kepada Nabi, Sultan atau Raja dan manusia tanpa mengira kedudukan atau darjat dalam urusan seharian.
Tatabahasa01.08.2012
KGND I 'aku' lazimnya digunakan kepada rakan. KGND I itu agak kasar tetapi bersifat mesra. Kenapakah 'aku' digunakan untuk Tuhan? Apakah hujahnya? Tolong jelaskan penggunaan kata 'sang' dan 'si' dengan terperinci?Aku, kata ganti nama diri pertama yang selalu digunakan dalam perhubungan yang akrab antara sesama kawan dan begitu juga antara manusia dengan tuhan. Oleh itu, aku sebagai laras bahasa yang sering digunakan dalam doa untuk merujuk keakraban antara manusia dengan pencipta-Nya. Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain, seperti: Sang Arjuna; dan Sang kancil. Si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat, seperti Si Bongsu dan Si Ahmad.Tatabahasa11.11.2010
Assalamualaikum. Kenapa "sangkakala" tidak ditulis sebagai "sang kakala", iaitu sepertimana kita tulis "sang kancil"? Terima kasih.Sangkakala merupakan satu perkataan , iaitu sejenis serunai daripada kulit kerang.  

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya.  Sang ialah kata sandang yang digunakan di depan sesuatu kata nama untuk maksud menghormati, mengejek dan lain-lain.
Sang biasanya digunakan dalam penceritaan sastera kreatif yang menunjukkan keakraban.
Tatabahasa02.10.2013
Salah satu takrif yang diberikan untuk 'si' dalam Kamus Dewan adalah kata yang bergabung dengan imbuhan ber- dan -an untuk menyatakan saling berbuat sesuatu. Contoh yang diberi adalah bersipadangan dengan maksud berpandang - pandangan. Bolehkah kata seperti 'bersilagapedangan' untuk maksud saling berlaga pedang digunakan dan adakah ia bertepatan dengan nahu Melayu?Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud si ialah kata sandang yang digunakan di depan nama, kata benda atau kata sifat. Contoh bagi bersipandangan boleh digunakan kerana menggabungkan ber+si+pandang+an dengan kata dasarnya ialah pandang yang membawa maksud berpandang-pandangan manakala bersilagapedangan menggabungkan perkataan laga dan pedang. Maka tidak bertepatan dengan nahu Melayu.Tatabahasa13.10.2018

Kembali ke atas