| pemimpin negara yang sangat saya SANJUNG ialah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj PILIH perkataaan seerti bagi SANJUNG A puji B suka Cgemar D hormat terima kasih | Sanjung membawa maksud; menyanjung 1. sangat menghargai (sesuatu yg dianggap baik, berani, dll), meletak-kan pd tempat (kedudukan) yg mulia, memuji: mereka ~ tinggi kepala negara mereka; 2. = ~ hati mengambil hati, memujuk: pandai benar engkau ~ hati orang; penghulu disan-jung dgn adatnya, orang alim disanjung dgn kajinya, orang muda disanjung dgn mudanya prb a) kalau memuji orang hendak-lah dgn pujian yg kena pd tempatnya; b) mengambil hati orang hendaklah dgn perkara yg digemarinya; menyanjung-nyanjung memuji dgn berlebih-lebihan, menghormati sangat-sangat, mengangkat-angkat: hairan benar, mengapa pula majalah itu ~ namaku begitu sekali? sanjungan 1. penghormatan, pujian: dgn kemenangan itu agama Islam telah tersebar dgn pesatnya dan mendapat ~ yg tinggi; 2. suka dipuji-puji. Dalam konteks ayat tersebut perkataan hormat boleh digunakan. | Tatabahasa | 27.05.2015 |
| Pada 14 /11/12. Waktu berita utama TV3. Seorang tokoh politik yang sangat terkenal kononnya memperjuangkan Bahasa melayu/kebangsaan . Sempena meraikan sambutan hari devepavali beliau telah telah mengunakan imbuhan yang saya kurang pasti betul atau salah penggunaannya, iaitu berdeepavali dan bertahun baru. Ini bukan lah kali pertama beliau mengeluarkan perkataan yang pelik pelik. Bagi saya ini adalah satu pencemaran. | Penggunaan perkataan berdeepavali tersebut seolah-olah menyamakannya dengan perkataan berhari raya, iaitu merayakan hari raya. Namun pembentukan perkataan tersebut adalah tidak gramatis kerana kita juga tidak menggunakan ungkapan beraidilfitri dalam konteks merayakan hari raya Aidilfitri. | Tatabahasa | 15.11.2012 |
| Soalan: 1. Mengapa pencampuran bahasa tidak sesuai dalam sesuatu ayat.... contoh- " kita kena buat adjustment lah".... | Kita seharusnya menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan baik. Bahasa yang dinyatakan ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
| Selamat pagi, saya ingin bertanya tentang pembahagian suku kata. Berapa suku katakah bagi perkataan seperti 'dua', 'ia', 'dia', 'ialah', 'tua', 'kuih', 'daun'?Saya sangat keliru tentang cara pengiraan suku kata bagi perkataan yang mengandungi vokal berganding. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sama ada satu atau dua suku kata?Sekian, terima kasih. | Suku kata dipenggal seperti yang berikut: (du + a), (I + a), (di + a), (i + a + lah), (tu + a), (ku + ih), (da + un). Vokal berganding dikira sebagai dua suku kata dan hal ini tidak sama seperti diftong yang dikira dalam satu suku kata. | Tatabahasa | 27.06.2013 |
| Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. terima kasih. | Secara ringkasnya, bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan. | Tatabahasa | 24.01.2017 |
| Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks). apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. terima kasih. | Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. DBP sememangnya memantu penggunaan bahasa khususnya dalam media elektronik. Terdapat rancangan televisyen yang cenderung menggunakan bahasa pasar atau bahasa rojak terutamanya rancangan berbentuk hiburan dan santai. Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan. | Tatabahasa | 20.01.2017 |
| salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka. | Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran. | Makna | 04.01.2011 |
| Assalamualaikum, saya nak minta pendapat tentang penggunaan bahasa rojak, slang, ayat-ayat yg telah dicampur bahasa melayu dengan bahasa english atau accent (seperti: lah, cincai, jom, 4eva, boss, tapau, femes, syok giler, cun, beb, relaks) yang digunakan dalam produk-produk yang di hasilkan dalam Malaysia. perkataan-perkataan seperti yg di jelaskan tadi digunakan di dalam produk coklat, gula-gula, biskut dan sebagainya. apa pendapat DBP tentang perkara ini? apa langkah-langkah DBP telah lakukan untuk perkara seperti ini? Harap dapat menjawab soalan saya kerana saya akan membentangkan perkara ini di tempat kerja saya esok. *sila abaikan soalan pertama saya kerana saya tertekan hantar sebelum saya dapat menghabiskan soalan saya tadi. terima kasih. | Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. Bahasa rojak merupakan satu variasi atau ragam bahasa basahan yang hanya sesuai digunakan dalam suasana tidak rasmi sahaja. Jika bahasa ini digunakan dalam konteks rasmi, maka akan timbul masalah pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkiatan dengan isu kesantunan bahasa. Penggunaan bahasa rojak menunjukkan penguasaan seseorang penutur bahasa Melayu sangat lemah dan tidak mempunyai semangat cintakan bahasa kebangsaan. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh DBP dalam memperkasakan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul. Antaranya termasuklah, program Audit Bahasa, Penarafan Bintang PBT dan bank tempatan, pengesahan iklan melalui DBP, pemantauan bahasa kebangsaan dalam media cetak dan elektronik. . Melalui kerjasama DBP dengan pihak media, kami berusaha untuk memperbaik mutu rancangan dan seterusnya memartabatkan bahasa Melayu yang menjadi citra kebangsaan.
| Lain-lain | 20.01.2017 |
| Hai saya nak tanya suku kata untuk pembelajaran budak- budak untuk perkataan ( persiapan, kuali dan ialah ) dia macam mana ya sebab bila saya tengok kat google image dengan laman web rujukan bahasa melayu ni lain yang sebelah huruf jawi tu.. Saya amat berharap sangat pihak tuan dapat balas secepatnya tujuan QC saya .. Terima kasih | Pemenggalan suku kata bagi perkataan yang berikut: 1. per.si.ap.an 2. ku.a.li 3. ia.lah | Ejaan | 10.05.2021 |
| salam tuan, saya ingin tanya, adakah pihak DBP memerlukan pengisian kekosongan jawatan. Saya pelajar tahun akhir jabatan sejarah dan tamadun islam, Universiti Malaya yang akan bergraduasi pada bulan 10 tahun hadapan. Disebabkan pengajian saya tujuh semester, jadi sementara menunggu graduasi sepanjang kira-kira 9 bulan, saya sangat berminat untuk bekerja di DBP terutamanya dalam bidang penyelidikan. Saya amat meminati sejarah khususnya sejarah dan tamadun islam. Jadi saya sekadar ingin bertanya tentang apa2 kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran saya. | Rajin-rajin lah melayari laman seswang DBP dan bacalah akhbar arus perdana untuk iklan jawatan kosong. | Lain-lain | 18.12.2013 |