apakah perbezaan dan penggunaan penjodoh bilangan untuk gulung dan gelung | Perbezaan gelung dan gulung bergantung pada penggunaannya dari segi bentuk dan saiz. Gulung ialah benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang daripada benda berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat, seperti dawai, kain dan sebagainya manakala gelung ialah lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); contohnya sanggul ~ kondai, sanggul; | Istilah | 12.05.2009 |
Tuan, adakah ayat di sebelah ini betul? 1. Kakitangan lain memanggilnya 'Phi Yam'. Saya memikirkan bahawa ayat ini salah kerana saya pernah membaca buku Tuntunan Bahasa Awang Sariyan dan memahami bahawa "memanggil" bermaksud mengucapkan atau menjeritkan nama seseorang supaya seseorang itu datang kepada pemanggil. "Memanggil" tidak bermaksud menggelar, seperti "dia dipanggil sebagai Si Bodoh" atau "benda itu dipanggil sanggul". Ayat-ayat sedemikian, menurut Prof. Awang Sariyan, harus dibetulkan kepada: "dia disebut/digelar sebagai Si Bodoh" dan "benda itu disebut sanggul". Betulkan keterangan saya? Jadi, harus dibetulkankah ayat di atas kepada: 1. (a) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya 'Phi Yam'. ? atau 1. (b) Kakitangan lain menyebutnya / menggelarnya SEBAGAI 'Phi Yam'. (Perhatian: Pembesaran huruf, seperti "SEBAGAI" hanya untuk penegasan, tiada maksud lain.) | Ayat yang gramatis, Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.
| Tatabahasa | 20.03.2015 |
Apakah maksud dan asal-usul perkataan Toncit? Contoh ayat, "Jin pakai toncit". Terima kasih. | Kata "tonchet" telah terakam dalam Kamus Malay-English Dictionary (R.J Wilkinson, 1959) dengan maksud tuft or lock of hair; small queue; Hn. cf. kunchit, kunchir, kundai, chotet, konchet. Secara umumnya, makna "toncit" dalam ayat "Jin pakai toncit" bermaksud mempunyai secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol atau botak, sama ada diikat tinggi atau berbentuk sanggul dan sebagainya. Dalam Kamus Dewan Perdana, terdapat kata "kuncit" yang bermaksud secekak rambut yang dibiarkan panjang di kepala yang gondol; kucir. Kata "kucir" pula bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kuntung. Kata "kuntung" juga bermakna secekak rambut yang dibiarkan tumbuh panjang di atas kepala yang botak; kucir. Terdapat juga kata "tongset", kata berlabel kata klasik yang berasal daripada bahasa Cina (Kamus Dewan), dan bermaksud sanggul atau kundai. Kajian yang lebih lanjut adalah amat dialu-alukan. Bagi tujuan keselarasan ejaan, kata "toncet" atau "tuncit" adalah disarankan. | Lain-lain | 06.01.2022 |
Apakah perbezaan begitu dan begini? | Kata “begitu” dan “begini” digolongkan dalam "Kata Adverba Jati" iaitu perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif, kata nama dan frasa nama dan frasa sendi nama. Contoh penggunaannya: - Buku-buku begini amat terhad pasarannya.
- Jangan biarkan anak duduk begini selalu kerana menjejaskan pergerakan pada masa akan datang.
- Aku tidak pernah berasa begini gembira.
- Dahulu pun begitu juga keadaannya.
- Tidak manis berbuat begitu di hadapannya.
- Sanggul di kepalanya begitu rapi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan terbitan DBP. | Tatabahasa | 03.05.2023 |