"Saya ikut sunah nabi," suara Wafiq tersangkut-sangkut. (Betulkah penggunaan tanda koma itu. Atau sebetulnya adalah tanda noktah?) | Penggunaan yang betul ialah tanda noktah. | Ejaan | 10.10.2011 |
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding. | Saudara, Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud 1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Bajunya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 bersangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. menyangkutkan meletakkan sesuatu pd kait; menggantungkan; menggayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; terpaut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkutan hal, keadaan dsb bersangkut atau bersangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk menyangkutkan sesuatu. Daripada makna di atas, kata menyangkut digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
maksud perkataan hubungan dan hubungan etnik... sekian, | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Untuk keterangan lanjut sila rujuk IPTA/IPTS bidang sosiologi dan antropologi. | Makna | 12.08.2009 |
Salam sejahtera, * Semakan Istilah: Apakah istilah yang tepat untuk merujuk kepada tempat pegang, iaitu tempat untuk bergayut dalam kereta? * Apakah: galang tangan / sangkut tangan? * Contoh: Tangannya memegang kuat pada galang tangan sewaktu kereta itu membelok laju. Terima kasih. | Yang sesuai digunakan ialah galang tangan. | Lain-lain | 21.04.2009 |
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih. | LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu. Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa. " Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja.
| Tatabahasa | 11.09.2012 |
perkataan 'berhubungan' wujud atau tidak. dan apakah maknanya. Sekian, terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan berhubungan bermaksud 1. ada sangkut pautnya (dgn), bersangkutan, bertalian: suasana di kapal menyebabkan dia melupakan segala sesuatu yg ~ dgn dirinya sendiri; ia mengutuk segala yg ~ dgn bekas isterinya itu; 2. berjumpa (dgn), bertemu (dgn), mempunyai pertemuan (dgn): ia berasa hairan kenapa rakannya itu tidak mahu ~ dengannya lagi; PM menjadi ketua Dewan Rakyat dan ia juga sentiasa ~ dgn PM Komanwel; 3. saling berhubungan. | Istilah | 25.11.2009 |
Adakah perkataan lancar digunakan dengan betul? 1. Aktiviti itu berjalan dengan lancar. 2. Dia boleh bercakap dengan lancar. 3. Perjalanan ke kampung itu lancar. 4. Kereta itu bergerak dengan lancar. | Kamus Dewan Edisi Keempat, mentakrifkan perkataan lancar sebagai terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih. Oleh itu, berdasarkan keterangan tersebut, contoh ayat 1-4 yang saudara kemukakan itu betul. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Saya ada soalan. Apa maksud perkataan-perkataan di bawah. 1. Listing 2. Listed price 3. Island (Perabot) 4. Breakfast bar 5. Fixer upper 6. Self-levelling 7. Mounted sink Terima kasih. | Maksud terjemahan di bawah ialah: 1. Listing - senarai 2. Listed price - harga daftar 3. Island (Perabot) - kabinet dapur berkonsep pulau 4. Breakfast bar - Bar sarapan pagi 5. Fixer upper - Pengubahsuai 6. Self-levelling - Aras Sendiri 7. Mounted sink - Sinki lekap atau sangkut | Makna | 07.03.2017 |
Salam sejahtera, apakah maksud peribahasa yang berikut? 1. yang bulat tidak akan bergolek, yang pipih tidak datang melayang 2. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air 3. Rokiah _________ apabila disergah oleh rakannya ketika dia sedang asyik membaca nove. A terkial-kial B terpinga-pinga apakah jawapan yang tepat? 4. atlet yang tersohor itu tidak dapat berlari dengan LANCAR kerana halangan angin yang bertiup kencang dari arah bertentangan. tepatkah penggunaan kata LANCAR dalam ayat di atas? 5. (a) kereta yang dipandu secara BERANSUR dapat mengelakkan kemalangan. (b) kami sekeluarga BERANSUR dari majlis kenduri itu ketika hari sudah lewat petang. betulkah penggunaan kata 'beransur' dalam kedua-dua ayat di atas? terima kasih | Saudara, Maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: i. Orang yang bertuah mendapat keuntungan dari mana-mana saja ii. Tak usah takut-takut, kerana sama-sama mempunyai kekuatan dan alat syaratnya. iii. terpinga-pinga iv. Antara makna lancar ialah terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), laju, tidak tersangkut-sangkut: nya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, menyebabkan berjalan dgn cepat (licin). Berdasarkan makna yang diberikan perkataan "lancar" boleh digunakan. Makna beransur-ansur :1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlakunya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; | | | | Oleh itu, penggunaan perkataan "beransur-ansur dalam ayat 5(a) tidak sesuai, tetapi sesuai dalam ayat 5(b). | Lain-lain | 15.10.2010 |