Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sang.ku.tan] | سڠکوتن

Definisi : 1. penyangkut; 2. gangguan (halangan dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sang.ku.tan] | سڠکوتن

Definisi : 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tali terentang tidak putus,
     sangkutan tergantung tidak rekah.

Bermaksud :

Pertalian keluarga kerana perhubungan perkahwinan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk program *work attachment* dan *student attachment*? Terima kasih.Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "work attachment" dan "student attachment". Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan dan sangkutan.  Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah penempatan pelajar (Program Penempatan Pelajar).Istilah01.06.2013
Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan Attachment ke dalam Bahasa Melayu. Contoh perkataan adult attachmentUntuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "adult attachment". Walau bagaimanapun, terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk attachment, iaitu penempatan, perapatan, penahanan, pelekapan, pelekatan, alat tambah dan sangkutan. Padanan bahasa Melayu ini berbeza berdasarkan konsep dan bidang. Oleh itu, puan perlu mengetahui konsep istilah tersebut unutk mengetahui padanan bahasa Melayu yang sesuai.Istilah07.08.2012
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010
skop tugas seorang editor.

Tugas Editor Secara Umumnya:

1. Membuat penilaian manuskrip

2. Mempewraku buku/manuskrip untuk diterbitkan

3. Membuat penyuntingan Substantif dan penyuntingan kopi

4. Membuat penyediaan bahan lengkap Naskhah Sedia Kamera (NSK/CRC)

5. Menyediakan perwajahan buku

6. Memantau bahan siap dicetak dan terbit serta jual.

Selengkapnya perlu menhadiri kursus atau sangkutan mana-mana penerbit berwibawa

Lain-lain23.10.2009

Kembali ke atas