Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tan] | سنتن

Definisi : air perahan kelapa yg telah diparut (dikukur); ~ dibalas dgn tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; ~ masuk ke pasu, hampasnya tumpah ke tanah prb ketika berguna di-sayangi, sesudah tidak berguna dibuang; kena-kena spt ~ bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala prb sesuatu perkataan itu kalau bersalahan tafsirannya jadi melarat, jika benar jadi kebajikan; meramas ~ di kuku prb me-minta pd orang yg tidak mempunyai sesuatu; spt ~ dgn tengguli prb dua perkara (hal) yg berpadanan benar; sungguhpun lemak ~, akhirnya basi juga prb orang yg cantik itu akhirnya akan tua juga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tan] | سنتن

Definisi : air dr kelapa parut yg diramas (berwarna putih spt susu): kepala ~ santan yg agak kental. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata santan

Puisi
 

Bermasak nasi santan bergantung,
     Ambil puntung dari seberang;
Tarik rebab mengenangkan untung,
     Untungku tidak seperti orang.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Santan dibalas dengan tuba.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perkataan untuk menerangkan santan yang sudah busuk? Bau hamis atau tengik?

Puan Shela terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kebiasaannya santan yang telah busuk dikatakan santan yang dah basi. Terima kasih

Istilah15.07.2009
Adakah DBP menerbitkan sebarang buku yang menjelaskan dengan lebih lanjut berhubung objek/benda/manusia/haiwan/perbuatan dsb yang digunakan dalam peribahasa. Contohnya; Ada pendapat yang mengatakan bahawa dalam peribahasa kerana pulut, santan binasa..pulut itu adalah merujuk kepada sejenis getah yang berwarna putih yang akan merosakkan santan jika ia terjatuh ke dalam santan. Saya hanya menemui buku yang menerangkan maksud sesuatu peribahasa sahaja dan bukannya menerangkan apa sebenarnya objek/benda/manusia/haiwan yang dinyatakan atau cerita yang menyebabkan terhasilnya sesuatu peribahasa seperti contoh yang saya berikan di atas. Harap dapat bantu. Sekian, terima kasih.Seperti yang tuan maklumi, buku peribahasa hanya menyenaraikan  peribahasa berserta maksudnya tanpa huraian atau etimologi peribahasa tersebut. Tidak ada maklumat tentang huraian peribahasa dalam sumber rujukan kami. Jika adapun mungkin kajian para sarjana/individu di institut pengajian tinggi.Lain-lain29.03.2012
Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1a) memerah kelapa b) memerah santan 2a) memerah oren b) memerah jus oren 3a) pemerah oren b) pemerah jus oren. Terima kasih.

Jika merujuk perbuatan frasa yang betul ialah memerah kelapa dan memerah oren dan jika merujuk alat frasa yang betul ialah pemerah kelapa dan pemerah oren. Santan dan jus oren ialah hasil daripada perbuatan memerah kelapa dan memerah oren.

Tatabahasa05.09.2011
As Salam, Saya ingin mendapatkan kepastian dan ketepatan bahasa yang bermaksud: "Liang Gurih" terima kasih.Tidak ada maklumat tentang frasa "liang Gurih" dalam pangkalan data kami. Gurih ialah yang bahasa Indonesia yang bermaksud sedap seperti sedap ketika menikmati makanan dan Nasi Gurih ialah nasi yang dimasak dengan santan dan kayu manis.Tatabahasa08.01.2013
apa yang betul polisim atau polisemi? bolehkah bagi contoh-contoh polisemi seberapa banyak yang boleh.

Polisemi

- (Lin) sesuatu bentuk kata, ungkapan, dsb yg mempunyai lebih drpd satu makna yg bertalian rapat antara satu sama lain.

Contoh: Kepala: - kepala (bhgn tubuh), kepala surat, kepala angin, kepala santan dsb.

             

 

Lain-lain26.06.2009

Kembali ke atas