Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[san.tun] | سنتون

Definisi : 1. halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab, sopan: sungguh tidak diduganya perempuan yg lemah lembut, sopan dan ~ itu telah berubah sikap; pakaian yg ~ dan ranggi ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. berasa kasihan (akan orang lain), suka menolong; sudah merasa maka ~ prb setelah merasai sesuatu kesusahan barulah berasa belas kasihan akan penderitaan orang lain; menyantun, menyantuni menaruh belas kasihan, suka menolong (orang lain); kesantunan perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya; penyantunan 1. perihal menyantun(i); 2. pemberian pertolongan; penyantun 1. (orang yg) halus budi bahasa, sopan: dia gadis pemalu, pelajar dan ~; 2. menaruh belas kasihan (akan orang lain), suka menolong, baik hati: engkau akan beroleh kemanakan yg ~, yg tidak mengenal bosan dan jemu; 3. penolong, pembantu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[san.tun] | سنتون

Definisi : 1 halus budi pekerti; beradab: Orangnya lemah lembut serta dgn sopan ~nya. 2 rasa belas kasihan terhadap orang lain; suka menolong. penyantun orang yg halus budi bahasanya: Dia gadis yg peramah lagi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
santun (adjektif)
1. Bersinonim dengan sopan: beradab, halus, berbudi pekerti, tahu adat, tertib, baik perangai, baik akhlak, simbai, adib, manis, baik laku, berbudi bahasa, alap, susila, lembut, baik, elok, takzim, bagus,
Berantonim dengan kasar

2. Bersinonim dengan berbelas kasihan: murah hati, suka menolong, bersimpati, bertimbang rasa, welas, sayang,
Berantonim dengan kejam

Kata Terbitan : menyantuni, kesantunan, penyantun,

Peribahasa

Jalan di tepi-tepi,
     benang arang orang jangan dipijak.

Bermaksud :

Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bersopan santun mempunyai sengkang di antara atau tidak? perlu tulis berspan santun atau bersopan-santun?? Terima kasih....Perkataan bersopan santun dieja tanpa tanda sengkang.Tatabahasa03.07.2013
Apa itu Santun Bahasa dalam Sastera Melayu

Sila rujuk buku “Santun Bahasa”, Anton M. Moeliono, 1985, Dewan Bahasa dan Pustaka dan buku “Santun Berbahasa”, Awang Sariyan, 2007, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lain-lain26.03.2008
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa?Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak.Tatabahasa21.02.2012
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasihKedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun.Tatabahasa20.01.2013
Persoalan tentang penggunaan "di dalam dan dalam". Yang manakah betul.? Antara nilai yang terdapat (di dalam / dalam) petikan ialah bersopan santun.Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun".Tatabahasa29.08.2011
Berikan jenis-jenis kesantunan secara luas dan juga definisi kesantunan secara am.

Assalamualaikum Encik Saipudin,

Kesantunan ialah perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;

Dalam kalangan orang Melayu, kesantunan dapat dilihat melalui pelbagai perkara. Malahan sejak kita kecil lagi kita telah diajar bagaimana untuk bersopan santun apabila bercakap dengan orang yang lebiah tua, bagaimana hendak membahasakan diri dan juga bagaimana hendak menegur sapa mengikut peringkat umur seseorang.

Encik juga boleh mendapatkan maklumat ini melalui laman web dan juga buku-buku yang banyak dijual di kedai-kedai buku.

Makna19.02.2010
Apa beza tatasusila dengan tatacaraTatasusila bermaksud adat sopan santun dan budi pekerti yg baik manakala tatacara bermaksud 1. adat istiadat; 2. adat resam; 3. cara dan peraturan, prosedur.Makna06.03.2007
Apakah langkah-langkah mengatasi masalah bahasa? (seperti bahasa rojak)Penggunaan bahasa yang baik dan santun hanya dapat dibudayakan melalui pendidikan. Semua pihak perlu menjadikan pendidikan sbg wadah utk membina sahsiah generasi kita termasuk dalam soal penggunaan bahasa kecintaan kepada bahasa warisan bangsa. Kedua, penguatkuasaan dan pengawasan secara bersepadu oleh semua pihak berwajib untuk memastikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dihormati penggunaannya pd papan tandam nama jaln, tempat banguna dsb. Dalam bidang penyiaran Suruhanjaya Komunikasi Multimedia bertanggungjawab memastikan garis panduan yang mensyaratkan 60% siaran mesti dalam bahasa Melayu dipenuhi oleh stesen radio dan televisyen swaasta dan kerajaan. Untuk maklumat lanjut silalah berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Makna09.10.2006
BAGAIMANA SAYA MAHU MENCARI MAKLUMAT BERKAITAN KESANTUNAN BAHASA LAMBANG BUDAYA MASYARAKAT MELAYUSila rujuk buku bertajuk Santun Berbahasa karya Awang Sariyan, dan Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain17.03.2008
apakah maksud berbasa-basi yang sebenarnya?Adakah perkataan itu termasuk dalam kata kerja dan apakah kata dasar perkataan ini?Maksudnya, beradat -istiadat, bersopan-santun. (asal - bahasa Minang )Makna19.01.2007
12345

Kembali ke atas