Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.ra] | سارا

Definisi : 1. = ~ hidup keperluan utk hidup (wang, makanan, dll), nafkah: suamilah yg ber-kewajiban berusaha mencari ~ hidup; 2. = wang ~ wang bantuan, wang sokongan hidup: ia mendapat ~ drpd syarikat itu; bersara 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; membersarakan menyebabkan (membuat supaya) bersara: langkah ini diambil utk me-mudahkan pemimpin parti ~ Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri yg difikir-kan perlu diganti; menyara menanggung sara hidup, memberi sara kpd: harta itu akan dapat ~ mereka hingga ke akhir hayat; mereka terpaksa ~ keluarga masing-masing yg berbilang mulut; saraan wang yg diberikan kpd seseorang utk membantu kehidupannya: ~ ini akan ber-panjangan sehingga ahli keluarga itu mampu berdikari; persaraan perihal (keadaan dsb) bersara, taraf atau kedudukan sudah bersara: penge-cualian cukai juga diberikan ke atas pen-dapatan drpd ~; penyaraan perihal (perbuatan, usaha dsb) me-nyara: kos ~ keluarga semakin meningkat sedangkan pendapatan mereka tidak ber-tambah; pesara orang yg sudah bersara (drpd bekerja atau berkhidmat); penyara orang yg menyara: sbg anak sulung, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab Almarhum ayahnya sbg ~ keluarga mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ra] | سارا

Definisi : ; bersara turut serta (dlm sesuatu per-kongsian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ra] | سارا

Definisi : ; ~-bara = tersara-bara kacau-bilau, kelam-kabut, tidak keruan: maka orang pun larilah ~-bara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.ra] | سارا

Definisi : 1 = ~ hidup segala yg diperlukan utk hidup (spt wang, makanan); nafkah. 2 = wang ~ wang bantuan yg diterima; wang sokongan hidup; pencen: Tiap-tiap bulan, dia menerima ~ RM250/- drpd kerajaan. ~ diri sesuatu yg cukup utk keperluan sendiri (bkn hasil tanaman dsb). bersara 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 ber­henti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. menyara menanggung sara hidup; memberi sara kpd. persaraan hal atau perbuatan bersara. penyaraan hal atau perbuatan menyara. pesara orang yg bersara. pe­nyara orang yg menyara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Terdapat perbezaan pendapat antara Sara dengan Lina. 2. Terdapat perbezaan pendapat antara Sara dan Lina. Yang manakah betul?Yang betul ialah yang pertama, iaitu terdapat perbezaan pendapat antara Sara dengan Lina.Lain-lain10.11.2006
Mohon jawapan daripada pihak Tuan yang bijaksana. Jawapan manakah yang paling tepat? 1. Sara menunggu Halim di tengah Kota Nicea. 2. Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sara menunggu Halim di tengah kota Nicea.Tatabahasa11.07.2013
menyara keluarga , menyara hidup keluarga dan menyara kehidupan keluarga,mana yang betul?

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyara bermaksud menanggung sara hidup, memberi sara kepada. Oleh itu, ayat yang lebih tepat ialah menyara keluarga. Perkataan 'hidup' atau 'kehidupan' tidak perlu kerana perkataan menyara sudah merangkumi maksud tersebut.

Tatabahasa18.01.2011
PENGKREDITAN ELAUN SARA HIDUP: MAC 2026 Sukacitanya dimaklumkan bahawa Elaun Sara Hidup bagi bulan ini akan mula dikreditkan ke dalam akaun bank siswa/i guru bermula hari ini, 00 Mac 2026. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Unit Kewangan IPG Kampus Kota Bharu atas komitmen dan kecekapan dalam menguruskan proses pengkreditan ini. Diharapkan siswa/i guru dapat memanfaatkan elaun ini dengan sebaiknya. Dahulukan keperluan, tangguhkan kehendak. Sekiranya elaun anda masih belum dikreditkan selepas tiga (3) hari dari tarikh makluman ini, sila hubungi:

Soalan yang dikemukakan kurang jelas. Mohon ajukan soalan yang lebih terperinci.

Lain-lain23.02.2026
Adakah ayat ini betul? Sara berpakaian seperti seorang doktor.Ayat  "Sara berpakaian seperti seorang doktor." adalah betul.Tatabahasa26.08.2013
Salam sejahtera. 1) "Walaupun ibu Sara sudah lama meninggal, ibunya sentiasa di dalam hati Sara." Adakah perkataan "hati" digunakan dengan tepat di dalam ayat ini? 2) Di dalam rekod pertanyaan DBP, perkataan "heart shape" diterjemahkan sebagai "bentuk hati". Namun, saya agak keliru kerana "heart" dalam Bahasa Melayu ialah "jantung". "Liver" dalam Bahasa Melayu ialah "hati". Oleh itu, mengapakah "heart shaped" diterjemahkan sebagai "bentuk hati"?

1) Penggunaan yang betul dalam ayat tersebut ialah dalam hati





2) “Heart” dan “liver” diterjemahkan sebagai jantung dan hati mengikut konteks dan bidang. Tetapi, “heart shape” mempunyai maksud idiomatik yang  berunsur metafora dan simbolik. Oleh sebab itu, “heart shape” diterjemahkan sebagai bentuk hati.
Tatabahasa20.05.2021
Sama ada perkataan "maintenance" boleh diterjemahkan sebagai "sara hidup" selain daripada "nafkah"

Merujuk Kamus Bahasa Inggeris-Melayu Dewan, perkataan “maintenance” juga bermaksud  “menangggung” (tindakan menyokong dengan makanan, wang). Namun maksud perkataan juga  bergantung pada kesesuaian bidang dan konteks penggunaan dalam ayat. Perkataan “Maintenance” yang merujuk “sara hidup” merupakan bahasa kolokial/bahasa percakapan.  

Makna19.12.2022
Salam sejahtera. Tuan, apakah istilah bagi orang yang mencari barang-barang buangan untuk dijual sebagai sara hidup. Sekian terima kasih.Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami ialah peniaga barang lusuh (secondhand dealer).Istilah25.02.2013
dalam imbuhan BM, terdapat imbuhan peN-, N yang berhuruf besar itu merujuk kepada apa? -dalam kategori peN, terdapat imbuhan pe-, dalam imbuhan biasa juga terdapat imbuhan pe-, apa beza imbuhan pe- di bawah peN dan pe- sahaja.Merujuk Tatabahasa Dewan, imbuhan peN...an, 'N' huruf besar kerana mewakili pe, per, peng, peny. Perubahan peN..an menjadi pe..an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m,n,ng,r,l,y dan w. Contoh: lari - pelarian, waris - pewarisan, manakala contoh imbuhan pe sahaja: lari - pelari, sara - pesara. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 121-122.Tatabahasa08.04.2010
Apakah perbezaan proaktif dan produktif ? Contoh soalan: Saya akan jadikan pagi ini pagi yang (proaktif/produktif).Merujuk kamus terbitan terkini DBP, Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020):

proaktif adj
1 (berkenaan dengan langkah, tindakan, fikiran dsb) jauh ke hadapan dan lebih baik drp jangkaan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb dgn cekap dan berkesan:
Kerajaan negeri sudah merangka langkah proaktif bagi menangani masalah peningkatan kos sara hidup rakyat.Cara didikan anak-anak haruslah lebih proaktif, sesuai dgn perkembangan zaman.
2 (berkenaan dengan seseorang) mampu berfikir dan bertindak pantas serta jauh ke hadapan bagi menyelesaikan sst masalah, meningkatkan kemajuan dsb:
Hanya ketua eksekutif yg benar-benar proaktif dan berwawasan berani membuat perubahan supaya syarikat lebih berdaya maju.Bank perlu lebih proaktif dlm mengambil langkah utk meningkatkan kepercayaan pelanggan mereka.

produktif adj
1 (berkenaan dengan seseorang) berupaya atau mampu mengeluarkan hasil yg banyak atau menguntungkan:
Golongan peniaga hendaklah lebih produktif dan mencari kaedah pemasaran yg lebih berkesan. Penulis perlu lebih produktif dan kreatif dlm berkarya.
2 (berkenaan dengan sesuatu) berkesan, bermanfaat dsb ke arah menghasilkan sst yg baik, berkualiti dsb:
Kursus ini bertujuan utk melahirkan gaya hidup yg sihat dan produktif.Minggu ini merupakan minggu yg produktif. Farooq menyifatkan rundingan itu amat produktif kerana pelbagai syor yg berbeza dibincangkan.
3 (berkenaan dengan wanita, tanaman dsb) berupaya melahirkan anak atau membiak:
Dia masih produktif dan telah melahirkan anak yg kelima dlm usia 40-an.

Penggunaan dan pemilihan kata adalah bergantung kepada maksud dan konteksnya. Maka, Saya akan menjadikan pagi ini pagi yang produktif.
Makna04.06.2023
12

Kembali ke atas