Mohon penjelasan manakah yang betul: -sarapan -sarapan pagi Terima kasih. | Saudari Mariam, Kedua-dua perkataan adalah betul jika digunakan dalam ayat. Namun, memadai sekiranya hanya menggunakan perkataan 'sarapan' untuk menyampaikan maksud ayat kerana sarapan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud makanan yang dimakan pada waktu pagi untuk mengalas perut dan makan pagi. Oleh itu, memadai hanya menggunakan perkataan 'sarapan' yang merujuk kepada makan pagi. Namun sudah menjadi kelaziman penggunaan 'sarapan pagi' kerana sarapan yang merujuk pengambilan makanan pada waktu pagi. | Istilah | 10.09.2012 |
Hi, boleh saya tahu adakah perkataan "sarapan" memerlukan "pagi" atau "sarapan" sahaja pun boleh digunakan? Seterusnya, boleh saya tahu jika kita mempunyai istilah untuk "late-night snack". Terima kasih! | Frasa yang betul ialah "sarapan". Cadangan terjemahan untuk "late night snack" ialah "snek lewat malam". Cadangan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya. | Istilah | 15.08.2024 |
sarapan | sa - ra - pan | Lain-lain | 11.02.2009 |
Bagaimanakah pemenggalan suku kata untuk perkataan 'sarapan'? Adakah menjadi sa-ra-pan atau sa-rap-an? Ini kerana sarapan mempunyai kata dasar sarap tetapi telah menjadi kata terbitan. Jadi bolehkan ia dipenggal menjadi sa-rap-an | Pemenggalan yang betul bagi kata 'sarapan' ialah [sa.ra.pan] bukan [sa.rap.an] walaupun berasal daripada kata 'sarap'. | Lain-lain | 09.01.2009 |
Salam Tuan, Mohon pencerahan untuk penggunaan perkataan dari dan daripada untuk ayat ini. Pemakanan Sihat Bermula Dari Sarapan Yang Sihat atau Pemakanan Sihat Bermula Daripada Sarapan Yang Sihat? Terima kasih. | Jawapan yang betula ialah ayat kedua Pemakanan sihat bemula daripada sarapan yang sihat. | Lain-lain | 13.10.2014 |
Assalam, 1/ Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi sarap atau sarapan? 2. Apakah pilihan ayat songsang bagi ayat di bawah: Dahlia memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik. Terima kasih | 1. Istilah yang lebih tepat untuk minum pagi ialah sarapan. Ayat songsang bermakna ayat yang ditulis terbalik daripada gaya biasa. Ayat biasa ialah ayat yang dimulai dengan subjek dan diikuti dengan predikat. Ayat songsang berlaku apabila predikat mendahului subjek ayat. Sebagai contoh: Ali sudah mengambil barang itu semalam. ("Ali" ialah subjek, manakala "sudah mengambil barang itu semalam" ialah predikat atau frasa yang menerangkan subjek) Maka ayat yang betul ialah Memberikan Amna seutas jam tangan yang cantik Dahlia. | Istilah | 19.06.2016 |
Adakah terjemahan berikut tepat? i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Menu Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Menu Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat Atau, bolehkah tuan/puan berikan cadangan terjemahan bagi yang di atas? Terima kasih. | Cadangan terjemahan tuan telah disemak dan dibuat sedikit pindaan: i. All-Day-Dinning - Menu Sepanjang Hari ii. All-Day-Breakfast - Sarapan Sepanjang Hari iii. All-Day-Snacks - Snek Sepanjang Hari iv. Healthy choice - Pilihan berkhasiat | Penyemakan dan penterjemahan | 09.03.2015 |
makanan untuk pagi kita panggil sarapan, kalau makanan untuk malam , apakah kita panggil ? terima kasih | Makan pada waktu malam biasanya disebut Makan Malam, walau bagaimanapun dalam bahasa sukuan Sarawak menggunakan perkataan Gabi untuk makan malam. | Istilah | 25.01.2010 |
Apakah ceraian suku kata bagi perkataan "sarapan"? Adakah (sa+ra+pan) atau (sa+rap+an) | Jawapan yang betul ialah (sa+rap+an) | Tatabahasa | 12.10.2017 |
Adakah salah kalau murid tidak tulis -nya pada ayat berikut? 1)Ben Li makan sarapan dengan keluarga(nya). 2)Ben Li dan kawan-kawan(nya) pergi ke ladang anggur. 3)Ben Li dan keluarga(nya) menyaksikan pertunjukan udara. | Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat pertama, kedua dan ketiga yang disoal, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. Sekiranya tidak diletakkan 'nya' akan timbul persoalan misalnya menerusi ayat pertama sekiranya tidak diletakkan kata 'nya' akan wujud persoalan Ben makan bersama keluarga siapa? Oleh itu, saudari/saudari perlu meletakkan kata 'nya' di dalam ketiga-tiga ayat tersebut. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 02.08.2012 |