Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di Malaysia yg terletak di barat laut Borneo, keluasan 1 129 500 km2, Kuching sbg ibu negeri, Bumi Kenyalang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sarawak

Puisi
 

Sayang Sarawak sungainya sempit,
     Buah nanas lambung-lambungan;
Hendak kubawa perahuku sempit,
     Tinggallah emak tinggal junjungan.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Buaya setanjung makan tak habis (Sarawak).

Bermaksud :

Terlalu gemuk (tentang orang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana satukah di antara motto-motto ini membawa maksud meletakkan Sarawak (nama Sarawak) ke tahap yang lebih tingg: a. Menjulang Sarawak b. Menjulangi Sarawak c. Menjulangkan SarawakTidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dan menjulangkan dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak".Tatabahasa19.04.2012
kek lapis Sarawak ditulis Kek Lapis Sarawak atau kek lapis Sarawak? Adakah ia perkataan ini dikategorikan sebagai kata nama khas?Ejaan yang betul ialah kek lapis sarawak dan merupakan kata nama am sama seperti selipar jepun yang dieja dengan huruf kecil.Ejaan02.06.2020
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian

Saudara,

Jawapan yang tepat ialah:

1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan'

2.
 Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula,  perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut.

3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis.

4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina'

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa13.08.2012
Adakah DBP Sarawak menerbitkan Kamus Bahasa Melayu Sarawak? Kalau ada saya ingin mendapatkan satu naskhah. Kalau tidak, saya ingin menawarkan menulis kamus ini. Terima kasihDBP Cawangan Sarawak sedang dalam penyusunan Kamus Melayu Sarawak - Bahasa Melayu Dewan. Mohon saudara berhubung terus dengan DBP Cawangan Sarawak untuk maklumat lanjut.Lain-lain12.09.2022
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya bahawa dalam ayat "Inspektor Mohan akan ditukarkan ke Sarawak.", kata nama khas dalam ayat tersebut ialah 1. Inspektor Mohan / Sarawak atau 2. Mohan / Sarawak Terima kasih.Inspektor Mohan / SarawakTatabahasa15.02.2015
artikel perkembangan bahasa melayu di sarawakSila rujuk bahan ini : 1. Bahasa Melayu di Sarawak : sejarah, perkembangan dan masa depan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak 2003 . 2. Monograf Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu/ Malaysia di Sarawak Prof Dato' Asmah Haji Omar Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) . 3. Seminar perkembangan Bahasa Melayu di Sarawak [t.p.] Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003Lain-lain01.08.2007
Yang mana satu betul? 1. bumiputera Sabah atau bumiputera Sarawak 2. bumiputera Sabah atau Sarawak Minta berikan sebab ya?Penggunaan yang betul ialah bumiputera Sabah atau bumiputera Sarawak. Perkataan bumiputera tidak boleh digugurkan kerana bumiputera Sabah dan bumiputera Sarawak merupakan frasa. Tatabahasa17.06.2021
- Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak? - Kanang anak Langkau berasal dari Selangor? a) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau Selangor? b) Kanang anak Langkau berasal dari Sarawak atau dari Selangor? Ayat majmuk (a) atau (b) yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat majmuk yang betul ialah Kanang anak Langkau berasal dari Selangor atau Sarawak? Dalam ayat tersebut, kata sendi nama dari digugurkan.Tatabahasa25.09.2013
Adakah perkataan 'Menjulangi' boleh digunakan? Contoh, 'Menjulangi Sarawak'. Atau Adakah Menjulang lebih sesuai. Contoh, 'Menjulang Sarawak'. Terima kasih.Tidak ada contoh penggunaan kata menjulangi dalam pangkalan data kami. Perkataan menjulang yang bermaksud menghormati dan menyanjung tinggi telah melengkapkan makna frasa "menjulang Sarawak". Oleh itu frasa "menjulangi Sarawak" tidak gramatis.Tatabahasa23.03.2012
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
12345678910...

Kembali ke atas