saya ingin bertanya mengenai sardine atau ikan sardin apa perbezaan sardin dan sardine , betul kah ayat yang diguna : sardin keli... | Sardin - bahasa Melayu : 1. Sejenis ikan laut (biasanya ditinkan), a) Harengula fimbriata; b) Harengula melanura; c) Amblygaster sirm, dll; 2. bp penuh sesak (orang dlm kereta dll), penuh sekali, tumpat: orang dlm bas itu penuh sesak macam ~. Sardine - bahasa Inggeris : sardin; be packed like ~s, macam sardin: commuters, at peak hours, are packed like ~s in the carriages, pd waktu-waktu yg paling sibuk, penumpang-penumpang macam sardin dlm kereta api. Jika mengikut takrif di atas, frasa tersebut menjadi salah. | Makna | 09.04.2009 |
sALAM sEJAHTERA! saya ingin mendapatkan istilah yang betul bagi perkataan berikut dalam bahasa melayu & inggeris : karipap kentang, karipap sardin, koci pandan, koci labu, lopes pandan, pisang goreng/goreng pisang. Saya harap pihak tuan dapat membantu seberapa segera Terima kasih! | Encik Azfar, Bukan semua kuih-muih dalam bahasa Melayu boleh diterjemahkan. Kebiasaannya kuih-muih ini diberi huraian dalam bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Inggeris bagi beberapa kuih yang saudara kemukakan adalah seperti yang berikut: karipap kentang : currypuff with potato filling karipap sardin : currypuff with sardine filling koci pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made of glutinous flour with coconut filling koci labu : a sweet delicacy made of pumpkin with coconut filling lopes pandan : a sweet pandan flavoured delicacy made from glutinous rice rolled in coconut and serve with a kind of brown sugar pisang goreng : banana fritters | Tatabahasa | 18.05.2010 |
Apakah penjodoh bilangan untuk sandwic? Terima kasih. | Tiada penjodoh bilangan khusus bagi sandwic. Oleh sebab makanan tersebut terdiri daripada dua keping roti atau lebih yang berkapit dan berisi lauk (sardin, telur dan lain-lain) di tengah-tengahnya, maka dicadangkan penggunaan set bagi unit bilangan sandwic. Contohnya, satu set sandwic ayam dan sebagainya. | Tatabahasa | 02.10.2019 |