Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam Sekitar | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar. | Makna | 13.07.2018 |
1. Adakah terdapat kajian tentang syair bidasari oleh sarjana tempatan ataupun luar negara dalam rekod dbp. 2. Jika ada boleh kah saya mendapat maklumat para sarjana tersebut dan tpik apakah yang sarjana kaji dalam syair bidasari. 3. Di manakah naskhah asal syair bidasari didapati? 4. Adakah diketahui siapa penulis syair tersebut? 5. Apakah beza baru dengan baharu? Berikan contoh dalam ayat agar mudah saya memehaminya denganlebih jelas. 6. Guru Besar atau guru besar dari segi ejaan huruf G dan B sama ada besar atau kecil? 7.Tulis huruf besar atau kecil untuk sambutan hari guru atau Sambutan Hari Guru Jumpa lagi. | Untuk makluman saudara, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan kajian tentang Syair Bidasari pada tahun 1989. Buku tersebut diusahakan oleh Puan Jamilah Hj. Ahmad , seorang Pegawai Penyelidik dari Bhg. Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka dan kini beliau telah pun bersara. Naskhah asal Syair Bidasari boleh ditemui di Royal Asiatic Society, London, School of Oriental and African Studies, London, Cambridge University Library, Cambridge, British Musem, London dan Leiden University Library. Pusat Dokumentasi Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara Malaysia dan Perpustakaan Universiti Malaya hanya menyimpan salinan naskhah dalam bentuk mikrofilem sahaja. | Lain-lain | 15.07.2010 |
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan? | Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.07.2012 |
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan dlm Bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. genius Science Master? Benarkah kalau saya tulis Sarjana Sains yang pintar? 2. The Master = Sarjana itu Terima kasih. | Perkataan sarjana sains yang pintar boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2019 |
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih. | Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. | Lain-lain | 15.06.2009 |
Salam 1Malaysia, yang manakah ayat (1 atau 2) yang paling sesuai digunakan dalam ayat berikut? mohon cadangan ayat yang sesuai. 1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. 2. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk Kandungan mata pelajaran adalah sama di antara responden guru Lelaki dan Perempuan, responden guru Luar Bandar dan Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana muda pendidikan. sekian terima kasih | 1. Ini bermakna tahap kompetensi guru dalam subkonstruk kandungan mata pelajaran adalah sama, sama ada responden guru Lelaki atau Perempuan, responden guru Luar Bandar atau Bandar, dan responden guru yang mempunyai ikhtisas Sijil perguruan, Diploma pendidikan, dan Sarjana Muda Pendidikan.
| Tatabahasa | 13.08.2015 |
Mohon bantuan 1. Anak .................. anugerah Allah. a).ialah b).adalah c).merupakan 2. Beliau memiliki ijazah sarjana .............. bidang ekonomi. a). di b).dari c). dalam 3. ............... abad ke-20 a). Di b). Pada c). Dalam 4. Dia asyik termenung dari hari ke sehari. a). Betul b). Salah 5. Institut KITA ............. sebuah institut persendirian. a). ialah b). adalah c). merupakan 6. Keputusan ini diambil adalah berdasarkan ... a). Betul b). Salah | Jawapan untuk soalan yang diberikan: 1. Anak ialah anugerah Allah 2. Beliau memiliki ijazah sarjana dalam bidang ekonomi 3. Pada abad ke-20 4. Dia asyik termenung dari hari ke sehari - Salah 5. Institut KITA ialah/merupakan sebuah institut persendirian 6. Keputusan yang diambil adalah berdasarkan ... Salah | Tatabahasa | 29.10.2016 |
1. Apakah istilah bahasa Melayu yang sesuai untuk menggantikan istilah 'Proposal Defense' dan 'Viva Voce'? 2. Adakah betul penggunaan istilah 'pascasiswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? Keliru dengan hasil pencarian ini --> [pas.ca.sis.wa.zah] | ڤسچاسيسوازه Definisi : bkn penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. (Kamus Dewan Edisi Keempat) 3. Adakah betul penggunaan istilah 'siswazah' bagi merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat doktor falsafah dan sarjana? | 1. Mohon tuan/puan berikan penggunaan “proposal defense” dan “viva voce” dalam contoh ayat supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai.1"> 2. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “pascasiswazah” sebagai penuntut yg meneruskan pendidikan yg lebih tinggi selepas menamatkan ijazah pertama. Ini bermakna merujuk kepada penuntut yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat sarjana dan doktor falsafah.1"> 3. Kamus Melayu Dewan Edisi Keempat mentakrifkan “siswazah” sebagai orang yang telah lulus dari universiti, iaitu lulusan universiti. | Istilah | 18.04.2019 |
Saya pelajar sarjana ukm dan sedang membuat kajian tentang "code switching" antara bahasa malayu dan bahasa inggeris. Soalan saya: 1. Apakah pandangan DBP tentang perkembangan lagu2 yang kini menggunakan bahasa campur antara bahasa melayu dan bahasa inggeris? 2. Pada pandangan DBP, Apakah kesannya terhadap pendengar dan perkembangan bahasa melayu? | Saudara, Jawapan kepada soalan yang dikemukakan memerlukan sauadara membuat kajian dan penyelidikan. Oleh yang demikian disarankan saudara membuat rujukan di perpustakaan di tempat saudara atau hubungi Pusat Dokumentasi Melayu melalui khidmat1@dbp.gov.my. | Lain-lain | 17.10.2009 |
Perkataan `barat’ dan `timur’ ialah kata nama am sebagai penunjuk arah atau lokasi. Bagaimanapun sering saya temui tulisan dalam artikel, jurnal dan berita, huruf `B’ dan `T’ ditulis bermula dengan huruf besar. Contoh: 1. Pemerintah di Timur dan Barat menganggap … 2. Pandangan sarjana Barat tentang fenomena ini agak … 3. Masyarakat Barat sering melihat masyarakat Timur sebagai bangsa yang … Mohon dijelaskan, apakah alasannya? Tidak bolehkah huruf `T’ dan `B’ itu ditulis menggunakan huruf kecil `t’ dan `b’ atas sifatnya bukan nama khas tetapi nama am. Apakah panduan yang boleh diguna pakai dalam hal ini. Sekian, terima kasih. | Merujuk kepada soalan tuan, setelah membuat tinjauan entri kamus dapatlah dirumuskan seperti berikut: 1. Jika merujuk kepada arah mata angin: utara, selatan, timur, barat dan lain-lain ialah kata nama nama (huruf kecil) contoh: dikir barat, angin timur laut, selatan Semenanjung dan utara Semenanjung. 2. Jika merujuk tempat atau kawasan yang sudah diwartakan, jelas itu kata nama khas (huruf besar). Contoh: Malaysia Barat, Malaysia Timur, Asia Tenggara, Hemisfera Barat, DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, Dasar Pandang ke Timur dan lain-lain lagi. Kesimpulannya huruf besar dan huruf kecil adalah betul bergantung pada konteks makna yang diingini. Bagi ayat 1,2 dan 3 di atas merujuk kawasan geografi secara umum, justeru huruf kecil t (timur) dan b (barat) mesti digunakan (sarjana barat, sarjana timur, masyarakat barat, masyarakat timur) Oleh itu, Alasan yang kukuh untuk menentukan jenis huruf ialah aspek konteks/semantik yang ingin dinyatakan oleh penulis. | Ejaan | 16.01.2018 |