Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sa.sa.ran] | ساسرن

Definisi : tempat belajar (me-nembak, bersilat, mengaji, dll): apabila hari malam, ia pun pergi ke ~ silat; ~ tenis padang tenis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sa.ran] | ساسرن

Definisi : 1. tujuan (menembak), bulan-bulan: ada yg menembak ~, ada yg bercatur, ada yg bersepak raga; 2. tujuan (serangan politik, marah, kritik, dll): Tijah sudah menjadi tempat ~ marah dan hamun; 3. hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sa.sa.ran] | ساسرن

Definisi : 1 benda yg dituju ketika berlatih menembak dll; bulan-bulan. 2 sesuatu yg menjadi tujuan serangan (kritikan dll). 3 hasil atau perolehan yg ingin dicapai drpd sesuatu usaha: Mereka menetapkan ~ yg agak tinggi bagi projek itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sasar3
Kata Terbitan : menyasar, sasaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mengesahkan penggunaan pekataan yang betul bagi kemuskilan di bawah 1. Penggunaan perkataan sasaran dan menyasar, contoh PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit atau PNB menyasarkan mengumpul RM10 juta 2. Perbezaan makna Baru dan Baharu... Contoh Saya balik kampung baru-baru ini Saya membeli kereta baharu

Sdri zaharah,

Frasa yang betul ialah:

 PNB menetapkan sasaran mengumpul RM10 juta deposit.

     Hal ini demikian, kerana makna kata Sasaran ialah hasil drpd sesuatu usaha, tindakan dsb yg ingin dicapai, matlamat: kami harus mencapai ~ kerja bulanan yg telah ditetapkan; menetapkan sasaran (hasil, perolehan dsb yg ingin dicapai): syarikat ~ jualan bagi kedua-dua unit amanah ini mencecah sehingga RM30 juta menjelang bulan Jun depan; negara kita ~ 14 pingat emas bagi acara olahraga di temasya Sukan SEA itu; .

    Manakala ayat ( No.2) yang sdri kemukakan seperti di atas, iaitu penggunaan kata baru-baru dan baharu. Jika diteliti ayat tersebut, kata baru-baru menunjukkan masa perjalanan balik ke kampong, manakala kata baharu atau baru menunjukkan bahawa dia membeli kereta yang baharu/baru bukan yang lama.

 

     

Tatabahasa27.03.2009
Soalan Bahasa Melayu Tahun 6 (UPSR) Haikal berjaya menggondol pingat emas dalam pertandingan memanah kerana semua.............panahnya menepati sasaran. a. busar b. busur c. baur d. sulur pada pandangan saya soalan ini salah sepatutnya anak panah yang menepati sasaran bukan nya busur(tempat melepaskan anak panah) atau juga baur yang mempunyai makna yang sama. Apa komen tuan..Saya sependapat dengan saudara. Perkara ini akan dikemukakan kepada Bahagian Buku Teks untuk perhatian mereka.Istilah18.05.2011
memberi perhatian diikuti dengan "kepada" atau "terhadap"? Jika kedua-dua boleh digunakan, apakah perbezaannya? Sekian, terima kasih.Walaupun terhadap juga bermaksud kepada, namun lazimnya kita menggunakan frasa "memberi perhatian kepada". Kata sendi nama kepada digunakan untuk sasaran, maka frasa perhatian kepada + sasaran.Tatabahasa21.02.2013
definisi matlamat

Matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai.

Makna11.07.2009
Salam sejahtera, Tuan / Puan Sila nyatakan perkataan / istilah sasaran sains dalam BM yang betul: Glowing wood splint 1) Dalam Istilah Sains Sekolah2 Malaysia, dinyatakan sebagai "Kayu uji membara" 2) Dalam enjin carian DBP, dinyatakan sebagai "Kayu uji berbara" Antara 1) and 2) di atas, yang manakah yang betul? Sekian, Terima kasih.

Untuk makluman, Daftar Istilah Sains Sekolah-Sekolah Malaysia diterbitkan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan istilah ini digunakan untuk peperiksaan di sekolah. Sekiranya istilah ini digunakan pada peringkat sekolah, kami syorkan istilah 'kayu uji membara'.

Istilah29.11.2011
Perkataan "mengenai" tergolong dalam kata apa? Cth ayat: 1.Tembakan itu mengenai sasaran. 2. Datuk bercerita mengenai kehidupannya semasa kecil.Perkataan "mengenai" tergolong sebagai kata kerja yang membawa maksud kena pada. Contohnya: Tembakan pemburu itu mengenai sasarannya.

Walau bagaimanapun, penggunaan "mengenai" yang disamakan dengan tentang serupa dengan penggunaan bentuk kata kerja lain seperti melalui, mengikuti dan menerusi, iaitu berfungsi sebagai kata sendi nama walaupun kata-kata ini sebenarnya tergolong dalam kata kerja. Contoh penggunaan kata kerja ini sebagai kata sendi nama adalah seperti yang berikut:
1. Antara laporan yang disediakan itu termasuklah ringkasan mengenai keperluan tenaga manusia dan keperluan kemudahan.
Tatabahasa19.10.2012
SALAM, MINTA DITERANGKAN MAKSUD HALATUJU SECARA TERPERINCI.Hala tuju ialah matlamat atau sasaran, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam sesebuah organisasi.Makna17.10.2010
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA?Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan.Makna09.01.2008
Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "milestone payment". Maksud milestone payment: bayaran setelah mencapai sesuatu target/sasaran Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "milestone payment". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "progress payment" yang padanan bahasa Melayunya ialah pembayaran ikut kerja. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "milestone payment" ialah pembayaran ikut kerja atau pembayaran berdasarkan perkembangan.Istilah25.10.2012
BAGAIMANAKAH CARANYA MENJADI PENULIS BERJAYA.Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis.Lain-lain25.07.2007
12345678910...

Kembali ke atas