saya ingin mengatahui maksud sastera moden dan ciri-cirinya? | Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri moden. salah satu ciri sastera moden ialah menggunakan sisitem tulisan. Untuk mendapatkan huraikan lebih lanjut, DBP telah menerbikan sebuah buku (2006) yang berjudul "Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu". Buku ini boleh di dapati di Kedai Buku DBP atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.09.2009 |
apakah fungsi sastera moden? | Antara fungsi sastera moden ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan pengarang. - Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang. - Novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara - karya terjemahan - Madu Dalam Saringan, Ranjau Sepanjang Jalan). 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan salam. | Lain-lain | 28.03.2009 |
apakah perbezaan maksud diantara sastera moden dan sastera tradisional? | Perbezaan maksud antara sastera moden dan sastera tradisional ialah sastera moden mengandungi karya meliputi genre novel, cerpen, puisi, drama dan esei/kritikan. Sastera tradisional pula terbahagi kepada sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan mengandungi sastera rakyat yan terbahagi kepada prosa (cerita lipur lara, jenaka, teladan, binatang, mitos dan legenda) dan puisi (pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, teromba, peribahasa dan dikir/mentera). Sastera tulisan pula mengandungi sastera hikayat, sastera panji, sastera epik sastera sejarah, cerita nabi-nabi, sastera kitab dan sastera undang-undang. Sekian dan salam. | Lain-lain | 09.07.2009 |
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden? | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
Assalamualikum dan salam sejahtera..saya ingin bertanya kepada pihak Dbp tentang sastera melayu moden yang sesuai untuk membuat tajuk kajian saya. Diharap pihak Dbp akan membantu. | Banyak tajuk yang boleh dibuat kajian dalam Sastera Melayu Moden. Sebagai panduan saudara boleh lihat di sastera+moden&d=9">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sastera+moden&d=9. | Sastera | 23.02.2012 |
apakah konsep,fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden | Salam. Berhubung dengan soalan tersebut, sdr. boleh mendapatkan maklumat lengkap dengan merujuk kepada buku berjudul Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Sehubungan itu, antara fungsi dan peranan sastera ialah: 1. Untuk mendidik - unsur-unsur didaktik (contoh - novel Imam karya SN Abdullah Hussein). 2. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca atau pengarang. Contoh - puisi-puisi merdeka mengetengahkan semangat berjuang dan juga novel-novel perjuangan. 3. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu bangsa, tata nilai. 4. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pELANCONGAN) ke destinasi-destinasi tertentu dengan pengalaman sebenar tanpa perjalanan fizikalasebenar. Contoh - karya berlatar luar negara - karya terjemahan seperti Madu Dalam Saringan, rRanjau Sepanjang Jalan 5. Berfungsi sebagai menghibur. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 14.03.2009 |
Assalamualaikum,saya ingin tahu tentang serba sedikit mengenai ciri-ciri serta bentuk sastera melayu moden yang terdapat di rantau ini. | Waalaikumusalam wbk. Ada lima bentuk (genre) sastera moden iaitu cerpen, drama, esei/kritikan, novel dan puisi, dengan ciri-ciri masing-masing. Antara ciri-ciri cerpen, novel dan drama ialah prosa kreatif sementera puisi ialah puisi kreatif dan esei/kritikan ialah non kreatif. Untuk lebih terperinci, sila rujuk buku Sejarah Kesusasteraan Melayu - Siri Lestari Sastera, terbitan DBP 2006. Wassalam. | Lain-lain | 20.03.2009 |
Sastera Melayu Moden | Sastera Melayu moden adalah berlawanan dengan sastera Melayu tradisional. Antara genre yang terlibat dalam sastera Melayu moden ialah puisi, cerpen, novel, drama dan esei/kritikan. Sekian dan salam. | Lain-lain | 30.04.2009 |
saya ingin tahu mengenai faktor yang menyebabkan perkembangan sastera Melayu moden. terima kasih. | DBP telah menerbitkan empat (4) buah buku Sejarah Perkembangan Sastera Melayu Moden mengikut genre iaitu: Cerpen, Novel, Puisi dan Esei. Sila rujuk kepada buku tersebut untuk mengetahui faktor perkembangan sastera Melayu moden. | Lain-lain | 30.09.2007 |
Apakah yang dimaksudkan sebagai mesej dan pandangan penulis dalam sesebuah karya sastera sama ada dalam sastera tradisional atau moden. Ada berapa jenis mesej dalam penulisan sastera. Bagaimana mebuat analisis pemikiran yang digarap oleh penulis sesebuah karya sastera. Siapakah sarjana dalam sastera | Mesej ialah pengajaran atau moral cerita yang merangkumi keseluruhan cerita tersebut kesan daripada pembacaan karya sastera atau kesan daripada menikmati serta menghayati karya sastera. Mesej atau pandangan penulis ini bergantung pada cerita atau karya tersebut, contohnya menghormati ibu bapa dan buat baik dibalas baik. Untuk lebih memahami tajuk ini kami cadangkan saudara merujuk buku Glosari Sastera dan Kamus Puisi, terbitan DBP serta buku Landasan Kreativiti, karya Othman Puteh, terbitan DBP. | Sastera | 01.07.2011 |