| Assalam. Apa beza makna "Happy" dan "Delighted" dalam Bahasa Melayu? Terima kasih membantu. | Dalam Kamus Inggeris- Melayu Dewan, happy bermaksud 1.(willing, glad), (berasa) gembira: we are ~ to be here, kami gembira berada di sini; we are ~ to be of service, kami gembira dapat menolong; (not reluctant) tidak keberatan: I'll be ~ to see you next Monday, saya tidak keberatan berjumpa dengan anda pada hari Isnin depan; 2. pleased, satisfied, puas hati: if you're not ~ with the present situation, why dont you do something about it, kalau kamu tidak puas hati dengan keadaan sekarang, mengapa kamu tidak membuat sesuatu tentangnya; 3. felicitous, kena pd tempatnya: that was not a very ~ remark, kata-kata itu tdk kena pd tempatnya; 4. (in greetings) selamat: H~ Birthday, Selamat Hari /Jadi, Lahir/; H~ New Year, Selamat Tahun Baru. Delighted pula bermaksud (berasa) gembira: the class was ~ to hear that they will be getting a new teacher, murid-murid kelas itu gembira kerana akan mendapat guru baru. Berdasarkan huraian di atas, happy mempunyai beberapa maksud, manakala delighted bermaksud gembira sahaja. | Makna | 07.09.2012 |