Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 angka pertama ketika membilang; 1; bilangan 1. 2 tidak ada yg lain lagi; tunggal: Tuhan hanya ~. satu-satu 1 = satu per satu lepas satu, satu; satu demi satu; setiap kali satu. 2 = sesuatu apa-apa yg belum tentu atau yg tidak tentu. bersatu 1 berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu: Bangsa-Bangsa ~. 2 = ~ hati ber­muafakat benar-benar; seia sekata: ~ teguh, bercerai roboh. 3 duduk bersama (bkn suami isteri): Mereka sudah me­lang­­sung­kan akad nikah tetapi belum ~ lagi. menyatu bersenyawa (menjadi satu): Semasa persenyawaan, gamet jantan dan gamet betina ~. menyatukan 1 meng­gabungkan atau mengumpulkan men­jadi satu; menjadikan satu: Usahanya hendak ~ semua syarikat kerjasama masih belum berjaya lagi. 2 mengahwinkan; menikahkan: Mereka telah disatukan. mempersatukan menjadikan bersatu (ttg rakyat sesebuah negara dll): Usaha utk ~ rakyat yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum di negara ini berjalan lancar. satuan 1 angka yg menduduki rumah sa pd bilangan yg terdiri drpd dua angka atau lebih: Pd bilangan 182, ~nya 2, puluhannya 8 dan ratusannya 1. 2 kadar yg digunakan utk mengukur atau utk menyukat sesuatu; unit. kesatuan 1 keadaan atau hal yg satu; keesaan: ~ Allah. 2 = ~ Sekerja kumpulan pekerja yg bertujuan menjaga kepentingan mereka. persatuan 1 keadaan bersatu; gabungan drpd beberapa bahagian yg telah bersatu: memperkukuh ~ rakyat Malaysia. 2 kumpulan beberapa orang, pasukan dsb yg mempunyai tujuan yg sama; pertubuhan: ~ Bola Sepak Malaysia; ~ Murid Tua Kolej Melayu, Kuala Kangsar. berpersatuan bergiat dlm persatuan: Dia asyik ~ sehingga lupa akan tanggungjawabnya di rumah. penyatuan proses (perbuatan dsb) me­nyatu atau menyatukan: ~ sel. penyatu orang dll yg menyatukan (sesuatu): Beliaulah ~ negara Jerman yg menggunakan paksaan dan kekuatan senjata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
satu (kata nama)
Bersinonim dengan tunggal, esa, ahad, eka, se, ganjil;,
Kata Terbitan : satu-satunya, bersatu, menyatukan, menyatupadukan, kesatuan, persatuan, berpersatuan, penyatu, penyatuan,

Puisi
 

Anak ayam turun dua,
     Satu mati tinggal satu;
Minta ampun segala dosa,
     Hendak menyebut Tuhan yang satu.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Seembus (sehembus) naik,
     seembus (sehembus) turun.

Bermaksud :

Sudah satu-satu nafasnya.

 

Lihat selanjutnya...(54)

417

A good name is sooner lost than won

Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil.

Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve)

You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won.

Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, hilang kemarau setahun oleh hujan sehari

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(63)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat anggapan bahawa satu-satu emosi adalah berasingan daripada satu-satu emosi yang lain. Walhal, emosi tidak harus wujud secara bersendirian. Satu-satu emosi tidak semestinya berdiri sendiri. Malahan, ia harus atau boleh wujud bersama (_co-exist_). Emosi sedih boleh wujud bersama emosi gembira pada satu-satu masa. Walaupun, jika dilihat pada permukaannya, kedua-dua emosi tersebut adalah bertentangan, hal ini adalah harus kerana emosi ialah makhluk atau ciptaan Allah S.W.T. Perumpamaan yang sesuai bagi perkara berkenaan dan situasi tersebut ialah lautan air tawar dan lautan air masin yang wujud bersama (al-Furqan: 53).Padanan bagi istilah co-exist dalam bahasa Melayu ialah wujud bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.01.2025
Yang mana betul, dalam satu-satu masa / dalam suatu masa / dalam sesuatu masa? Contoh ayat - saya hanya boleh melakukan dua perkara dalam satu-satu masa.Frasa yang betul ialah "dalam satu-satu masa", seperti contoh ayat "Saya hanya boleh melakukan dua perkara dalam satu-satu masa."Tatabahasa20.07.2023
Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.a)Satu kilogram setengah ATAU satu setengah kilogram? b)Satu jam setengah ATAU satu setengah jam? c)Satu meter setengah ATAU satu setengah meter? 2.a)Lagenda ATAU legenda? Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. satu setengah kilogram ii. satu setengah jam iii. satu setengah meter. Ejaan yang betul ialah legenda.Lain-lain19.03.2019
Assalamualaikum wbt Saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk menentukan sama ada satu-satu frasa adalah kata nama khas atau nama am? Cth: Bendera Pertama Persekutuan Tanah Melayu atau Bendera pertama Persekutuan Tanah Melayu. Frasa ini digunakan untuk mewartakan bendera tersebut. Mohon maklum balas. Terima kasih

Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dalam huruf besar. Contoh kata nama khas ialah Anwar Ibrahim, Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia, Jalur Gemilang dan lain-lain.

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah guru, nelayan, gajah, burung, bidadari, angin, kecantikan, angkasa dan lain-lain.

Berdasarkan contoh yang diberikan oleh tuan/puan, perkataan “bendera” dan “pertama” merupakan kata nama am manakala “Persekutuan Tanah Melayu” ialah kata nama khas. Jika frasa “Bendera Pertama Persekutuan Tanah Melayu” diwartakan sebagai kata nama khas, maka hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal setiap perkataan tersebut.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 96 – 101.

Tatabahasa11.12.2024
Salam dan hai. Saya mahu terjemah satu rencana di Wikipedia. Tetapi perkataan "read into" dalam istilah pengintipan agak sukar diterjemah secara satu-satu atau sepenuhnya dengan perkataan lebih kurang sama. Dan kebanyakannya tidak sesuai dengan konteks. Jadi saya berharap ada istilah sesuai untuk majoriti tema pengintipan. Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Read_intoPerkataan "read into" merupakan kata umum yang boleh diterjemah sebagai "mentafsirkan".
Perkataan ini bermaksud menganggap bahawa sesuatu mempunyai makna yang lebih daripada yang sebenar.
Lain-lain15.12.2021
Apakah perbezaan penggunaan istilah "Majlis "dan "Persatuan" ?Kekeliruan ini timbul sekiranya ingin mewujudkan satu-satu organisasi di peringkat daerah ? Contoh, Majlis Guru-Guru Besar atau Persatuan Guru-guru Besar .Majlis bermaksud badan yang dilantik atau dipilih, yang mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat, manakala persatuan bermaksud kumpulan beberapa orang, pasukan dan sebagainya yang mempunyai tujuan yang sama. Organisasi yang melibatkan kuasa pentadbiran kebiasaaannya dinamakan majlis.Penyemakan dan penterjemahan04.03.2020
Tolong berikan contoh ayat yang menggunakan "salah satu" dan "satu daripada" mengikut konteks.

Contoh penggunaan kata "salah satu" dan "satu daripada" dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Congkak merupakan salah satu jenis permainan tradisional.
2. Sapsucker merupakan satu daripada sekumpulan burung dalam famili belatuk.

Tatabahasa17.04.2025
Kebanyakan masyarakat kini dilihat leka dalam pematuhan SOP penjarakan fizikal memandangkan ramai orang dilihat berkumpul dalam satu-satu masa khususnya di pasaraya atau tempat awam. Salam,Tuan/Puan.Bolehkah saya tahu ‘mengapakah ayat di sini kebanyakan masyarakat boleh digunakan’bukannya tulis ‘masyarakat’ sahaja?atau kebanyakan masyarakat dikatakan lebih sesuai? Soalan kedua:ayat di atas predikat ‘dalam pematuhan’betul atau salah?Saya kerap membaca karangan ‘penulis kerap menulis “dalam membicarakan atau lain-lain” Maksudnya penulis menulis dalam tambah ke belakang ‘mem’? Apakah perbezaan antara ‘orang ramai’ dengan ‘ramai orang’?
  1. Perkataan kebanyakan membawa maksud sebahagian yang banyak; jumlah yang terbesar. Penggunaan perkataan “kebanyakan masyarakat” dalam ayat tersebut menerangkan bahawa “sebahagian besar masyarakat”. Jika ditulis masyarakat sahaja bermakna semua orang dalam masyarakat tersebut.
  2. Kata sendi nama dalam hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Perkataan seperti sebab (cause), perkara (matter) atau had (limit) tidak mempunyai ruang atau jarak yang dapat ditentukan. Oleh itu, penggunaan perkataan yang betul ialah dalam.
  3. Orang ramai maksudnya dengan masyarakat atau orang awam. Ramai orang pula merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala bagi merujuk bilangan orang penggunaan yang paling tepat ialah banyak orang.
  4. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tatabahasa15.01.2021
Satu jam setengah atau satu setengah jam Manakah yang betul ? Merujuk kamus dewan adalah satu setengah jam, TETAPI satu dan setengah adalah bilangan, adakah ia boleh bergabung bersama.

Jawapan yang betul ialah "satu setengah  jam".

Satu dan setengah boleh digabungkan dan diikuti dengan jam.

Lain-lain24.06.2022
Satu daripada (salah satu) lagu dalam senarai di atas atau satu daripada (salah satu) lagu-lagu dalam senarai di atas? Adakah kata tunggal juga digunakan sebagai kata ganda?Frasa yang betul ialah "satu daripada lagu dalam senarai di atas". Kata tunggal boleh dijadikan kata ganda, contohnya "lagu" boleh digandakan menjadi "lagu-lagu"yang membawa maksud jamak. Untuk pertanyaan yang akan datang, sila berikan soalan yang jelas dan contoh ayat yang lengkap bagi memudahkan kami memberikan jawapan yang tepat. Tatabahasa13.10.2024
12345678910...

Kembali ke atas